September 28, 2011

Okaay Fine ~

Wahhhh ! Berkulat la seyh blog ! Still dalam mood TRIAL lagi, tapi nafsu tak menahan nak online Haha ! Neway, selamat menyambut Zulkaedah. Means, lagi sebulan seminggu je nak SPM! Gila bhaii! Banyak lagi topics nak cover. Insya-Allah sempat. Cuakkk ! Sama jugak masalah hati ni. Banyak benda yg before ni, aku tak tau, tp terlerai jugak time dah nak exam ni ==" Biar la, benda dah berlalu, kan ? Airmata darah yg tumpah sekalipun, bukannya boleh ubah keadaan pon. Isn't ?

Cuba mematangkan diri. Berdiam tak bererti kalah. Membisu tak bererti mengalah. Dulu, kau yg dulu aku sanjung. Kau yg dulu aku puja. Kau yg paling suci, paling mulia kat mata aku. Aku percaya semua kata kata bak gula bertaburan kat bibir kau. Aku rasa bersalah dengan orang yg dulunya aku anggap musuh.

Aku sedar diri ini terlalu lurus kerana terlalu percaya bahasa kiasan kau. Bahasa kau memang aku akui boleh dapat A+ lah ! Kau ajar aku erti pembohongan yg sebenarnya. Kau ajar aku apa itu bahasa kiasan yg melampau. Mengenali diri kau buat aku lebih berhati hati utk percaya orang lain. Mengenali kau buat aku berwaspada dengan kata kata kiasan.

Sekarang, bagi aku masa utk lupakan apa apa yg kau buat kat aku. Bagi aku masa utk buatbuat tak tahu dengan apa yg kau buat kat aku. Bagi aku masa utk aku berbaik semula dengan orangygaku anggap musauh dulu. Bagi aku masa utk buka hati aku utk terima yg kau tipu aku.

Sekian, Assalamualaikum sahabat.

No comments: