December 31, 2012

I'm Not In The Mood To Put The Title. Thankyou.

Assalamualaikum

My 30 December was just nice. Spent time with family before going back to palam this Tuesday. And slept as usual without taking bathe. Then woke up at 1.00 am to take bathe. Freezing. Shivering. Yet refreshing. That is my definition of my 30 December, just nice..

Until this shitty news suddenly approached me like thunderstorms  Too hyperbola. But, how cares. Frustrated. Disappointed. Annoyed. Betrayed. Hmphhhhhh! 
But, why dont you tell me the truth? Afraid that I'm gonna be mad at you? Ahhh! Have you see me mad, like seriously extra mad at you? Do you remember each word that came out from your mouth? Yes. I do remember. 

0448hour

December 30, 2012

Early Marriage

Assalamualaikum

Title macam title nak buat open essay untuk BEL. Ni kalau Umi ke Cikna baca ni boleh la buat idea nak hantar kat Puan Lizana haha! Sekarang mood masih cuti so takda mood nak selak selak manja semua nota. Ada la sikit. I mean, sikit yang benar benar sikit. Itu pun tenung nota physics chemistry je. Lepastu, tweet tweet tweet youtube. Rasa hati melompat lompat tengok orang berzapin. Nampak la Johor tulen kat situ.

Oke ni bukan agenda utama yang nak diketengahkan. Last  few days jumpa Fariza. Time tu tengah lepak lepak makan froyo dengan Latep. And that time I was like, "kan bagus kalau Pekja ada kat sini. Boleh lepak lepak gossip" Then all of sudden nampak Wawa and other two girls. Nampak yang rendang rendang sikit tu, sah confirm Pekja. Bukan nak perasan aku kat situ pun. Pergi sergah sikit. Nasib baik lah nasib baik tangan dia tak ringan macam dulu lagi haha! 

:)
Having a little chitchat. Biasalah perempuan kalau dah jumpa, borak kami gossip memanjang. Peace. Tak mahu marah marah. Nanti kena jual. Rasanya kalau tak jumpa Pekja, aku pun tak tahu ada senior yang dah kahwin. Our senior by two years in Dato. I can recognise him until Wawa showed he his profile. Boleh la ingat sikit sikit. Sikit je la. Aku dulu mana rapat dengan senior. Senior pun tak kenal. Well. Budak nerd lah katakan dulu. Tak amik port aku hal hal senior junior ni haha!

20. Umur yang cukup muda untuk kahwin? Jodoh dia dah sampai. Nak tunggu apa lagi. But I'll consider to get married that soon. Datsun? Topik ni selalu dikupas sekupas kupasnya kalau aku dengan Fais. Masing masing otak fikir nak kerja dulu. Let see, kalau kahwin awal, we're still students,right? Celah mana nak focus study. Balik rumah jadi isteri. Tak susah pun sebenarnya. Ikut individu lah kan. Siapa dah bersedia, harini masuk meminang esok terus kahwin. Kalau lah ada CEO Petronas nak kat aku, esok pun boleh kawin. But, I'll stick with my CEO ewahhhhh! Kgatal.

Kalau yang kahwin muda ni semua rata ratanya si suami dah berkerjaya tetap. Dapat income tetiap bulan masuk. Tak pun si isteri anak orang ternama. Tak pun dedua kaya. Ibu bapa tak ada tanggungang lain. Yang penting dari sudut ekonomi tu tak ada hal la nak support keluarga baru. Tak menjejaskan ekonomi ibu bapa. Ni pendapat aku je la asal kahwin awal ni. Tak salah kan? Tapi bagus jugak kahwin awal. Elak maksiat. Daripada terus bergelumang dengan dosa, baik kahwin terus. Jalin hubungan halal, Allah pun redha. Sekian. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang,
30/12/2012-1050AM

December 26, 2012

Finale

Assalamualaikum

Just make a short post to wish all the best for those yang dah nak final exam tu kan. Belajar rajin rajin oke kawan kawan. Make your parents proud. Make them happy. Special dedicated to:

@Mirumuhamad & sewaktu dengannya
Syazana Aqilah
Fareha
dan semua kawan kawan yang bakal menduduki final exam.
Sorry ramai. Tak ingat nama hihi!

All the best guys. Goodluck. Have faith on Allah. InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya. Jaga solat. Jaga perilaku. Jaga adab. Jaga bahasa. Betulkan nawaitu. Sekian. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang,
26/12/2012-0505AM

Reasons Behind My Smile

Assalamualaikum

Ini lagi satu entry jiwang. Tengok title taknak kalah. Kau hadoooo title geli macamtu? Moh leee kita sama sama menjiwangkan diri.

Lewlsss dedua muka bajet cool apehal? -..-
Just having some celebration. Buying this and those. Benda pelik pelik pun aku nak tengok entah kenapa. Nak tengok Jack Reacher tapi tak jadi sebab aku taknak. Buat apa nak tengok Jack Reacher kalau hero cerita tu dah ada depan mata kan? Blerghhhh~ Ini ayat penyata yang menipu mungkin. No no no la. I just wanna spend some precious moment with him. Bukan senang nak dapat jumpa. Ye dok?
Lepas habis makan jenjalan makan dan makan, it's time for football pulak. Tiba masanya diri diduakan. Arsenal first, me second. Tu pun dapat tengok last ten minutes je. Oke Miru oke. Nevermind. I dont mind. Let's have camwhore here and there haha! I dont even watch the game. Just jadi tukang tolong tengok masa je. Siapa suruh tak bawak spec kan bang kaaaan~



Thanks. Sebab dapat spend time even dah nak final kan. I mean, really really dah nak final. And send my terima-kasih-banyak-banyak-sekalung-budi to orang minyak weheheheh! Tanpa orang minyak, tiadalah senyuman saya haha! I dont know what am I talking about. Inilah yang dinamakan dating tanpa perancangan yang rapi dan jitu. Apakah? Abaikan. Tempat? Masa? Rahsia. Sila jadi agent FBI jika ingin tahu selanjutnya. Sekian. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang,
26/12/2012-0426AM

December 18, 2012

Undefined Feelings

Assalamualaikum

AMARAN: Post ini mengandungi unsur unsur kegelian kemengadaan kegedikan kejiwangan tahap petala. Segala tindak balas dan reaksi yang akan muncul secara spontan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak kami tidak menyediakan modus perandi yang selengkapnya jika berlaku apa apa komplikasi. Sangat tidak disarankan untuk ibu mengandung, mungkin berpotensi terus terberanak depan laptop. Sekian.

Very very first picture together -..-
18 Disember 2011 - Mengimbau kenangan satahun yang lalu. Si gadis bersandar di pintu bilik. Phone bersambung wayar masih ditelinga. Mendengar setiap bait bait perkataan yang diucapkan, persoalan persoalan yang diutarakan. Hingga satu detik, 2.00AM, persoalan yang sekian lama ditunggu singgah ke gegendang telinga. Mata si gadis yang tadinya hampir lelap tiba tiba segar bugar. Jantung berdetak tidak mengikut irama yang tepat. Mimpi apa di pagi buta itu. Entah. Undefined feeling katanya.

18 Disember 2012 - Kyaaaaaaaaaaaaaaaa! *lempang diri* Tak sangka baru setahun. Ini mungkin gaya amatur baru bercinta. Kebatakan kebarangkalian. Ahh abaikan saja aku di situ. I was a noob girl back then. Dont know how to express feeling. Dont know how to confess my love. Just having crush here and there. Until I met this taff and super tall boy. With sense of humour, he chills my days. Padahal baru setahun jagung. Bak kata Wawa, anniversary yang sulung. Pun boleh la Wawa haha! 

Ni kalau ada anak kecik umur setahun dah pandai jalan jalan jatuh bertatih ni. Sama la dengan kitorang. Ingat bercinta tu 24/7 sweet? 24/7 kena ilapchiuuu ilapchiuuuu segala? Nehi babuji nehi mamaji. Must admit it masa awal awal dulu rasa sangat la teruja yet so feaking awkward. Because we started as a friend. Kawan yang selalu menganjing aku. Ini tidak adil tidak adil bagikuuu~ And teringat ada satu moment when we walked together to aspuri, and he waited for me in front of the phonebooth. I knew there were couple of eyes kept staring at us. Padahal dia tunggu aku sebab aku nak bagi daging burger je. Salah aku jugak tak suruh dia tunggu kat DS. And lagi satu tragedi hitam yang berlaku depan AP2. Biarlah kami dan beberapa pasang mata sahaja yang tahu. Malu yang teramat pada ketika itu.

2-12-2011 It was a great night :)
Dalam setahun je macam macam benda jadi. Pengecualian PLKN? Ini lucu. Meeting after SPM result. The Muppets. Crying while waiting the bus. He knows the best how much I hate to wait for the bus and I might end up with tears. Yang paling gila mungkin time aku datang Tronoh after final last October. Alone. With the helps from Anissheyra. It was the most insane plan. Kena bebel la jugak time sampai sana haha! But it was fun. Yaa I really want that kind of funny huhuhaha moment. Shall we do it again next time? Perhaps. Some people might know the history between me, him and her. Seriously immatured tragedy. But experience makes us matured, right? And I realised how stupidumbdumb the conflict we had last time. Degil? That is me. Really me. Me and always be me. But day by day, I learnt how to obey and follow other people's advice.

Kini, masing masing jauh. Berjumpa apatah lagi. Bila nak jumpa? Masing masing bajet bila nak cuti. Sorang di hutan belantara sorang di atas puncak. Line Maxis sepertinya dengki setiap kali sedang berborak. Pasti dan pasti perbalahan sering berlaku. Sedar diri ini tak setandingan mereka mereka yang di sana. Sedar diri ini tak sehebat mereka di sana. Sedar diri ini tak sesempurna yang di sana. Terasa insecure. Wajar sahaja jika nafsu amarah sering melanda. Chillex la kan. I'm not beautiful like you. I just beautiful like me. Bro, selagi lu percaya wa tak buat macam macam, wa percaya empat kali lipat lu tak buat macam macam jugak. Rileks. Aku tak mahu jadi seperti perempuan gila yang menjadi hamba kepada cinta dunia. Terlalu taksub dengan cinta sehingga merosakkan diri sendiri. Bercinta bercinta jugak. Tapi jangan sampai cinta dunia melebihi kecintaan kita kepada yang memberi rasa cinta di hati ini.

And hopefully we can achieve our mission,
the engineers. Amin.
And this last words are for you Mushy, the Cockatoo, phrait, muay thai or whatever names that I always call you. You always be my CEO in my heart. I'll try to give my hands if you are in need. I'll give my ears if you have something to talk. I'll be silent listener. Thanks for your support. Lets be catalyst for each other. Ayat catalyst catalyst ni macam menganjing diri sendiri yang kurang berkimia dengan chemistry nampak gaya haha! See you this coming holiday oke Cockatoo. I'll be waiting. I love you for a thousand years~ Ecewahhhh gwaa -..- Oke dah. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang
18/12/12-0455AM

December 16, 2012

Runningman Palam

Assalamualaikum

Nice weekend with not nice body condition. Ini semua gara gara Runningman lah katanya. Yaa Runningman ruined my body. Zemmit! Yet, it still the most memorable moment ever. Walaupun, segala cacian yang engkau berikan membuatku rasa kosong kosong ongg onggg~ Serius lah serius! Banyak cacian kot semalam. Tapi aku tak mencaci lah kan. Maaf semua maaf. 


Sila abaikan duckface yang macam hareeeee tu. Geli aku tengok. So, this is my teammate. Sebenarnya aku ni bidan terjun je. Ganti orang yang tak dapat join game ni. Pakai tangkap muat je masuk. Dengan pakai kemeja. Ahh boleh pergi meninggal. Suka hati aku lah nak pakai baju apa. Boo me booooo! Malu segan tersipu sipu semua ada. (→_→) (←_←) Orang lain pandang  macam ni je cehhhhh! Ah peduli peduli peduli. Mungkin mencari publisiti dan promosi diri lah gamaknya aku ni haha! Comel apa main Runningman pakai kemeja. Kau hadoooo? Tak hadoo baik diam. Ini baru namanya heroin Malaya. Baru rare.

Acah acah Ji Hyo celup

Main game ni saja suka suka lepaskan stress barangkali. Lepaskan stress tang celah mana aku tak tahu. Tambah stress lagi adalah dengan dua tutorial tak siap lagi. Mati esok kena sembelih sorang sorang nanti. And yesterday we got some discussion about the tickets. And I dont know whether I have class on Friday evening or not. We'll see later. Kalau ada, balik malam Jumaat tu boleh tak? Btw, dota is koheollzkahjidkuejkaijaujkalaiujsksdukwol!! I dont know what does it mean haha! Sekian. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang
0858AM-16/12/2012

December 12, 2012

Ini Bukan Cerita Lelucon

Assalamualaikum

I'm not sleepy yet. Ini keajaiban sungguh berlaku di malam 12/12/12. Biasanya pukul 12 dah selamat bermimpi kawin dengan Tom Cruise celup dah haha! But tonight I'm waiting for someone to finish up his drama practice and until now he hasn't show up yet. Fyi, I never close the windows. I never switch off the lamps. I never be the only person that awake in the middle of night haha! Because he such a cockatoo. Keep repeating "jangan tidur lewat" every single day. And those words make me realise that he such a good cockatoo. No worries. I'm glad that you're concern.

For some reasons we smile. For some reasons we had some fightssssss. For some reasons we threw bad words. No. We never curse. We never throw out bad words, right? We only say sarcastic words, isn't it? I did it a lot muehehe! And sometimes, my attitude makes you feel annoyed. I mean, too much ignorance. Ahh just ignore those shaitooo thingy. I never ever ever want to make you feel like arghhhh by saying that "you must be like this" " you cant be friend with this girl" "your life is just college campus cafe" "you cant make jokes in class" "you cant unmention with that girl" "you cant blaa blaa blaa" " you cant this you cant that". Dher, boleh kencing manis oii gwa kalau hari hari macam tu. As long as you know that there is someone that always think about you. Investigate each of your word. Observe your haha hewhew haish puii zzz krohkrohh so on and so forth.

People can hate me. They dont really know me. Pernah salam tangan aku? Tak pernah? Pernah makan sesudu dengan aku? Tak pernah? Haa baik kau diam jangan banyak bising. If you want people to respect you, please do the same. What you did, you get back. Nak rasa masuk dalam kasut aku biar kau rasa sakitnya hati? Silakan. Kasut aku size 5. Apahal aku emo entah haaha! Tak tak. Gimik je. No. Just people tend to judge other on the social networks. Kalau nak judge guna gambar kat social networks ni tak payah cerita la kan. Camera360 adalah gadget utama. Ada yang terasa? Boleh highfive sekarang. Aku pun guna haha! Sekian. Kbye.

Ini trick. Tipu tipu tipu!
HafiSamsuri Cemerlang

Hello Today

Assalamualaikum

Today is 12/12/12 and yaaaa obviously people are busy tweeting this and that about this 12/12/12. Having anniversary with their beloved one. Having some quarrel? So lame gaduh 24/7 laa. Having tutorial to do. Doing some revision for final. Selamat maju jaya. Giving birth? Nahhh! This is no no no for underage. Jangan nak ikut sangat pengaruh anak anak si MakTakBetul tu. Rosak rosak. 

And me? What am I doing here? Inilah yang dinamakan inersia keseronokan mendapat line internet dari pagi tadi. Mentang mentang public holiday kan tadi. Memang melagha je la dari pagi. Actually dah start melagha dari malam semalam dah pun. Pegi Angsana semata mata untuk secawan latte cincau, secawan milk tea cincau and mango cincau. Lepastu melepak. Tak cuci mata. Ya tipu. Serius tak. Tipu. Tak. Tak. Tak. Malam kot. Tak nampak apa apa hihi! And the best part was the truth session haha! Dupdap Alia was really dupdap last night. That not-so-brave thingy made us screamed like heoll. Plus CC. And we were having yadaa yadaa yadaa this and that and kyaa kyaaa whooooaaa! Heart beats like asdfghjkl boing boinggg! K enuff.


So, this is the result muahahahha! Even though I had to answer the nature calls for many time last night. I mean, sooooo many many many time. Shittooo E-coli bacteria is really zzz. I hatchiuuu! Please stay away from my food please. Tapi kalau tak pasal bakteria tu, sampai sekarang masih tak bertegur kot. Ego kan aku kan. So sekarang E-coli beats the ego. Boleh baling ego jejauh kot rasanya. Sekian. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang
0119AM-12/12/12

December 6, 2012

Testing

Assalamualaikum. Wohoooo! Oke dah. Saja nak blogdroid ni. Oh dan wish me luck for this semester. Dalam class BEL dan harini, my name is Nicola Grigg. Nak tahu siapa? Cer google hihi!

December 2, 2012

Hello The Other New Me

Assalamualaikum

Hello December. Hello sem II. Hello Tangga Kejayaan. Hello FSK 1,5. Hello FF2. Hello cafe cafe. Ah persetankan semua itu. The most important thing now is, hello the other new me. Aku masih sama. Cuma semangat dan cita cita sem ini harus diubah. Perangai dan segalanya. Hoishhhh! Insya Allah. Tinggalkan segala perkara perkara perkara perkara  yang lagha. Buat rasa tak puas hati. Buang hasad. Buang yang negatif. Always be positive. Gunakan masa dengan sebijak bijak bijak bijaknya. Kalau boleh, makan sambil baca buku pun tak apa.

And just now Nuna tweetjacked me and why Nuna why why whyyyyy? Bersungguh aku nak kekalkan puasa tweet haha! Watlek ahh. Aku ada ke aku tak ada bukan ada orang kisah pun kan. So, lebih baik lah aku tak ada kan kan kan? And proudly presenting, Syed Illah al-Yahya hoyeah hoyeahhhh! Lecturer baru chemistry. I like uolsssss! Sumpah teruja. Oke dah. Banyak sangat nak diulas. Sangat banyak. Nanti je aku ulas. Salam hormat. Sekian. Assalamualaikum.


Ini muka sem II di kala mahu ke membeli barang barang keperluan di Tesco berhampiran yang mengambil masa kurang lebih 2 jam untuk sampai. Sungguh pedalaman dan ceruk ini Puncak Alam. Tak apa. Satu sem je lagi. Chill lah kan. Senyum senyum. Doakan senyuman ini kekal walau apa cabaran menimpa. Insya Allah.

HafiSamsuri Cemerlang,
2332PM-2/12/2012

November 29, 2012

Don't You Have Yours?

Assalamualaikum

Diri sudah terasa wangi. Bau Carrie Junior berterbangan. Jangan tanya kenapa aku bajet budak kecik pakai Carrie Junior. Aku tak curi Carrie Junior adik kau pun. Jangan risau. Dan earphones masih di telinga mendendangkan masih lagu yang sama. Aankhen Khuli Ho Ya Ho Band. Peduli apa aku sama penyanyi dia. Lagu dia best. Daripada melayan lagu Justin Bieber yang seperti orang kelainan upaya bercakap. Tudiaaa dulu kecik kecik kuat makan pulut. Bila besar jadi gagagagagap. Oh Jas Tin Bibi haha!

Dan sesungguhnya ini post bukan untuk Jas Tin Bibi. Sungguh bukan. Ini post hanya sekelumit perasaan di dalam hati. Perasaan di mana diri berasa tidak suka kurang gemar menyampah meluat dan seangkatan dengannya apabila orang lain mencuba untuk menjadikan hak milik apa yang kita punya. Ada sesetengah pihak ingin menjadi tuan tanah. Menukar hak milik. Nampak ketamilan ayat aku di situ. Haa cantik molek muka kau nak tukar hak milik. Kau ingat ini tukar tanah guna geran tanah?

I know you have yours. Please stay away from mine. What if someone else flirts around with yours? Haaa aku taknak lah cakap banyak kan. Oh lagi satu. Aku rasa tak perlu kot nak goodnight wishes via text segala. Kan? Kbye. Assalamualaikum.


Bila lu nak bawak wa lepak sini bang? Ini gambar hiasan hasil rompakan dan sewaan dari Whatsapp Mushy. Dont worry bro. Nanti wa belanja lu chokichoki. Lu cakap je nak berapa paket. Nanti wa belikan haha! Wa tahu sekarang lu masih membuta kat atas katil. Zzzz

HafiSamsuri Cemerlang
0741AM-29/11/2012

Cinta Dua Darjat. Kawan Dua Darjat.

Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa hari ni giat membuat penulisan. Mungkin melepaskan geram. Mungkin banyak yang terbuku di hati tapi tak terluah. Entah. Menurut teori ini mungkin simptom simpton menandakan cuti sem bakal melabuhkan punggungnya. Kbye.

No. Actually I've this kinda of observing habit. And recently some issues just popped on my mind. Perlu ke cinta dua darjat ni wujud? Masalahnya kalau cinta dua darjat je tak apa. Ni dengan member member si girlfriend dengan member member si boyfriend pun dua darjat. It's not like cinta dua darjat. It's like cinta berdarjat darjat. Hello kemon lah. Adakah pengguna ipong boleh couple dengan ipong user je? Lepak dengan bb user. Yang si bb user tu pulak couple dengan bb user jugak. Lepas tu 3310 user dipulaukan. Kebiadapan apakah di situ???!

Memang ada pun sesetengah manusia yang macam ni. Sesetengah je oke. Sesetengah. Tak semua. Yang hot tu lah boyfriend kau. Yang cun tu lah girlfriend kau. Yang kaya anak dato tan sri bla bla bla tu lah member kau. Yang tweetfamous tu lah jiran kau. Yang pakai kereta paling rare kat dunia lah kawan sekuliah kau. Yang bapak dia cop duit tu lah kawan setilam sebantal secadar kau. Ingat. Itu semua duit mak bapak dia. Kau ingat ini cerita Putera Rayyan? Si heroin gila meroyan. Si hero kena paksa kawin dengan perempuan lain? Semata mata demi duit jutaan ringgit yang 7 generasi tak habis. Tak ada kaitan. Selagi dia tak keje, selagi makan minum dia mak bapak dia tanggung, kau tak payah bersembang A+, oke? Anway, korang belum kawin lagi pun.

Memang cinta tu perlukan duit semata mata ke? Memang cinta tu setiap anniversary kena sambut ke? Beli hadiah mahal mahal? Ni aku cakap cinta dalam kalangan remaja. Sekali lagi bercakap depan cermin. Apa kata hari hari kita doakan si dia dalam keadan sihat. Mak ayah dia sihat. Keluarga dia bahagia. Lagi elok kot. Lumrahlah manusia ada perasaan cinta. Ayat cliche. Assalamualaikum.



HafiSamsuri Cemerlang
0552am-29/11/2012

Mendustai. Ya. Itu kita. Semua.

Assalamualaikum

Selamat pagi yang hening. Hujan mencurah seperti mahu kita terus dibuai lena. Hanya mereka yang kuat iman je boleh bangun sepertiga malam untuk bermujahadah melawan nafsu dan terus beribadat kepada-Nya. Bukan macam aku. Yang tak tidur. Sanggup bersengkang mata menaip bait bait kata di post ini sambil mendengar lagu Aankhen Khuli Ho Ya Ho Band. Bukankah Allah menjadikan nikmat malam untuk kita berehat setelah siang hari mencari rezeki? Konsep anak muda sekarang. Malam tak tidur. Esok zohor dah nak habis baru bangun. Tu untung kalau zohor dah nak habis bangun. Reti jugak nak bangun. Yang dah maghrib baru nak bangun tu apa cerita? "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Dalam sesaat, nikmat yang Allah beri kepada kita memang tak dapat dihitung. Berapa banyak O2 yang kita sedut? Bersyukur tak kita bila dapat bangun dari tidur? Tidur itu mati sementara. Mati itu tidur selamanya. Ohh dan ada satu perkara yang sering bermain main dalam otak aku. Mungkin anda juga mengalami. Pernah tak anda bersungguh sungguh meminta sesuatu dari Allah. Anda berusaha. Anda berdoa. Tak putus putus berdoa. Dan dalam masa menunggu Allah menjawab doa anda, anda berbuat dosa. Berbuat perkara tak senonoh. Tidak berlaku ihsan pada ibu bapa. Menzalimi diri sendiri. Berbuat maksiat. Tapi anda masih berfikir "aku ni nak something, baru nak mintak kat Allah. Tapi sekarang aku buat dosa. Aku taktahu lagi Allah jawab doa aku ke tak. Entah esok aku mati, macam mana?" "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Mungkin ada sesetengah antara kita yang sepertinya solat cukup. Aurat tutup, ye tutup. Tapi masih bergelumang dengan maksiat. Masih berhasad. Masih hanya ingin menurut apa kehendak zaman. Hanya masih ingin mengikut trend masa kini *bercakap depan cermin* Mungkin penggunaan aku lebih tepat. Kalau semuanya sempurna, kenapa perlu terdapat "masih" di situ? Jangan cakap, "oh aku solat, buat maksiat sekali sekala tak apa lah kan". Kalau solat aku betul, aku seharusnya dah sepatutnya tidak berbuat maksiat. Kalau cara aku menutup aurat betul, bukan macam bungkus nangka, seharusnya dan sepatutnya aku tahu batas batas pergaulan dengan ajnabi. Mana halal mana haram. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Penulisan di pagi hari ini bukan hanya sekadar penulisan di pagi hari. Bukan penulisan bajet muslimah sejati dan omong kosong. Penulisan ini hanya cetusan hati sebagai khalifah di bumi Allah ini. Khalifah yang sering lalai mengingati-Nya. Khalifah yang kerap mendustakan nikmat yang Allah beri, walaupun nikmat itu sudah terang lagi bersuluh. Sama sama kita renungkan. Apa yang baik datang dari Allah. Jika terdapat keburukan, itu berpunca dari kita. Huallahu alam.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Ar-Rahman]


HafiSamsuri Cemerlang
0526am-29/11/2012


November 25, 2012

All The Best, Love.

Assalamualaikum

Couple minutes to midnight. And I'm so dayyumly sleepy right now. Need some energy to wake up early in the morning for tomorrow. Entah ke mana mak aku nak bawak aku pergi esok. Ikut jelaa. Bukan kena bayar pun kan haha! Oh! And tomorrow this Tom Celop gonna have rugby match or tournament or whatsoever it's called. Rugby for ANSARA. Lokasi? Entah. I also dont have any idea where it will be held. Memang Bangi tu kecik pun kan.


Ini gambar bila entah taktahu lah. Yang penting kat padang maktab. Time minggu aktiviti mungkin. Dan mungkin dari gambar Yana. I dont know sebab ni curi kat Fb sana haha! Oke bang lu tak payah nak bergaya macam model padang rumput sangat oke. Tahu lah hensem. Semua orang nak bergambar sesama. Handsome lah katakan. Sampai orang ramai kerumun. Kaaaaaan? Tak gitu ye bang? -..- Macam model majalah FHM. Derr~ Tak pernah pulak aku tengok cover FHM tu gambar lelaki. Rare mungkin kali ni nak letak gambar lelaki. Apadehal? Kisah pulak kan.


Goodluck for tomorrow oke Mok. I wont be there tomorrow. So you no need to look around whether there are couple of eyes straring at you. I mean, my eyes. No worries. Although I really want to watch you during the match. One day. Perhaps. Just do your best and take care. Do eat a lot. Big boy must be taff. Oke lagi big boy kot daripada wa panggil lu fatty boy haha! Lu pilih nak yang mana broo? Anyway, I like that jersey wehooowehoo! Oke mata dah macam bila bila boleh tertutup tanpa sedar. And one more thing. I wont spam the TL anymore. Or rarely see me on TL. See you later. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang
0019am-25/11/2012

November 24, 2012

Must Read

Assalamualaikum


Kepada diri yang masih bergelar pelajar, marilah sama sama kita luangkan sedikit masa untuk baca buku ni. Kemuadian, refleksi diri. Tak menyesal baca. Serius. Selamat membaca. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang,
1040am-24/11/2012

November 4, 2012

Away

Assalamualaikum

Hi readers hi stalkers! My laptop will be handed to Kak Huda for a week. Oke fine fine. Bawak la laptop ni pergi berhijrah over the South China Sea. I'm fine here with out laptop tsk tskk! Watlek je sudah. Aku pun bukan update blog selalu. Or lebih tepat, bukan ramai orang nak baca blog aku. Have a nice journey. And kirim assalamualaikum kat Cik Nina sekeluarga. Entah bila nak sampai sana entah la. Sobsss much.


Rindu siung aku? Aku tak gigit orang. Tataplah gambar di atas sampai tembus laptop kau. Aku tak kisah. Nanti minta ayah kau orang belikan baru ye. Dan bagi sesiapa yang merindui diri ini, usah risau. Mention sahaja aku. Pasti dibalas. Pehhh! Retis kalah kau nyah. Pergi terjun gaung haha! Tapi macam mana nak layan drama Jepun aku ni haihhh laaa.. Later gonna update about the rest of Those 4 Days haha! Assalamualaikum.

the Shortie,
Hafi Samsuri

November 3, 2012

Those Words

Assalamualaikum

Morning readers. It's Saturday and hello November. And lately, I kept thinking and wondering, am I too loud or too harsh in tweeting or posting those entries? Bukan apa. Bila baca balik semua tu macam ermmm hmmm. Kalau ada yang kuat terasa memang sentap kot. Dulu lah dulu je. Sekarang dah kurang sikit dah kesarcastican di situ. Mungkin laa. Tapi nasib lah siapa siapa yang masih terasa. Bak kata pepatah Jawa, the words eat me inside. Haaa amik kau direct translation satu wahahaha!

Sampai satu tahap bila akak manis tunjang seorang ni buat aku sedar. Dia pernah cakap yang rasa diattack oleh beberapa ayat ayat yang aku keluarkan. I dont know either it is from my tweets or blog entries. Both maybe haha! Akak manis, dont worry kak. I wont attack you lah kak. My name is Nurhafizah and I'm not a canibal. I dont eat people's meat. Too much calories from chicken mc deluxe, mcshaker, domino pizza, kfc double down, kenny rogers roasters so on and so forth haha!

So, I'll watch my words after this. Lidah tiga inci boeh membunuh manusia enam kaki. Tweet 140 huruf boleh menggores sebilangan hati. Jika ada salah, sila tegur. Jika kata kata tidak wajar, sila bagitahu. Jika perbuatan terlalu melampau, sila tegah.


Or maybe I just remain silent and just do the orservation again and again. That should be better kot, kan? With love, assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 30, 2012

I Observe I Learn

Assalamualaikum

Penat. Tergolek sana tergolek sini. Mata masih segar. Mungkin kesan tidur terlalu lama petang tadi. Mungkin juga effect seteguk dua kopi pekat yang dibancuh emak. Apa apa saja lah. Sebentar tadi sudah disuruh tidur. Disuruh tidur oleh kucing dari koridor V6 haha! Untung kau tidak di sini kucing. Kalau tidak sudah aku jadikan bantal peluk. Sebentar lagi lah tidur. Mungkin akan terlelap seminit dua dari sekarang.


Muka ini. Ya muka ini. Muka ini sedang giat menjalankan aktiviti menyiasatan di pagi hari. Sungguh busybody. Bukan busybody. Dia hanya menyiasat kemudian membuat hipotesis. Sudah dinamakan hipotesis, boleh jadi perkara yang diperhati adalah benar, mungkin jugak boleh jadi salah. Itu hipotesis. Aku perhati. Aku belajar dari pemerhatian ini.

Penyiasatan aku umum. Menyeluruh. Seluruh pelusuk aku siasat. Tidak hanya menyiasat si pemain rugbi. Atau hanya menyiasat peminat peminat beliau. Kawan kawan seperjuangan juga aku siasat. Teman teman sepermain sekaraoke. Adik beradik juga aku siasat. Semakin aku siasat semakin kecil dunia ini terasa. Tergelak keseorangan di balik sunyi dinihari. Mengetahui hakikat bahawa aku mungkin kenal kalian semua sebelum ini. Tetapi jodoh belum buat kita bertemu.

Ini ayat kenapa sastera sungguh. Mata mengecil ingin istirehat. Perut terasa lapar. Biar. Tidak usah dilayan. Selamat malam semua. Mimpi indah. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 28, 2012

Dermaga Saksi Bisu

Assalamualaikum

Not in mood to make any new recipe. Masih mood berkabung berselubung. Entah. Hanya merindui telah si baju kelabu mungkin. Yang duduk bertiga di gambar 27 October 2012 •﹏• Tersenyum memandang rakan. Entah palsu entah nyata. Mungkin nyata. Kelihatan gembira melihat kerakusan nafsu makan rakan rakan hmm. 

Hati memberontak ingin kepastian. Hati merentan. Sungguh. Perangai masing masing buat masing masing terasa. Mungkin tiada guna aku terkata kata di sini. Tidak mengapa. Sekurang kurangnya 1% sudah terluah. Sudah. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
Hafisamsuri

New URL

Assalamualaikum

Tahniah! Anda sampai ke sini. Ke URL baru blog ini. Anda sudah dianggap stalker terhebat di abad ini. Kenapa url diubah? Tiada alasan tersendiri sebenarnya. Hanya kerana. Mungkin cara meluahkan perasaan. Tanpa melibatkan banyak pihak. Mungkin hanya beberapa pihak sahaja. Mungkin akan menjadi terus menjadi diary online. Segala cerita hati akan terus bersarang di sini.

Mahu diluah di twitter terasa ragu ragu. Stalker is everywhere. Mungkin selepas ini akan lebih berhati hati untuk melancarkan sesuatu tweet. Seorang stalker telah dikenal pasti. Meng-scroll TL aku dengan penuh hati hati. Dengan penuh curious. Her curiosity kills the cat. And it kills me too hmm. Sememangnya setiap pergerakan perbuatan perkataan yang terlintas di fikiran akan aku tweet. Lumrah. Dan juga sesetengah rahsia yang tidak patut diketahui orang orang terdekat selain sahabat handai dan si gulahati, juga akan ditweet. Tapi setelah diketahui adanya seorang stalker ini, harus lebih hati hati haha! Tidak sanggup aku jika dompet kempis akibat di-paww. Ini sudah ketahian. 

Luckily she understand my condition. Tidak jadi untuk paww lebih lebih. Cukuplah hanya sekadar mengkayakan cina kedai topup selama dua minggu. Hanya itu sahaja. Nak lebih pegi minta kerajaan. Kerajaan banyak duit. Nak buat H&M sebelah rumah pun boleh lah gamaknya. Dan seharusnya tidak boleh elak dari sebarang rahsia. Air dicincang tak akan dipotong. Ini peribahasa budak genius. Aku hanya mengulang tayang.


Nampak? Budak ini tersenyum lagi. Hanya dirinya sendiri tahu ini palsu atau bukan. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

Salam Aidiladha

Assalamualaikum

It's Sunday and everyone is away from hometown. Me is so lonely. Gonna be alone for a few weeks. Rasanya belum terlambat untuk ucap Salam Aidiladha buat semua pembaca dan stalker yang setia menerjah blog ni. Renungkan apa pengorbanan yang telah kita buat seumur hidup kita di dunia yang sufi ini.


Bangun pagi tadi rasa sayu. Entah kenapa. Masih terdengar sayup sayup takbir hmm. Masih belum melawat kubur arwah nyai. Walaupun hanya beberapa jengkal jaraknya dari rumah. Mungkin nanti. Bangun pagi. Tiada mood. Hasrat ingin menonton drama jepun mahupun korea. Mana tahu jika lelaki lelaki sepet itu dapat mengubat hati duka ini. Tapi last last selimut dan bantal yang menang. Bangun lagi. Terasa lapar. Tengok tengok kakak kakak semua dah nak balik. Oke fine. Senyap dah rumah lepas ni. Entah. Masalah hati mempengaruhi. Hati ini senyap juga barangkali. Sunyi.


Senyum selagi termampu. Mungkin senyum ini belum cukup manis untuk hati yang sudah tawar itu. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 21, 2012

Those 4 Days (Day I)

Assalamualaikum

It's 0016 and I'm still waiting. Inilah yang dinamakan bahana ConvoFair atau pun bahana games atau bahana Arsenal lah mungkin aku pun tak tahu lah. Once be a boy, always be a boy. I'm a girl. So, I should attract to a boy, right? And back to basic, boys always be boys. Dan dek kerana menunggu punya lama, I decided to drop by to Dr Harlina's blog just now. Lama gila berhenti kat sana. She is a gorgeous mommy. I adore her thissssssssssss much! Oke stop about B's mommy and B's daddy yang super duper awesome tu. Now, tune to my 4 days vacation lah sangat yang awesome lah sangat yang memang sangat lah gamble.

So, lets get started with the gamble plan A made by me. Segala galanya telah dirancang rapi bersama rakan sekerja sekepala yang sanggup layan kerenah aku yang mengada nak jugak buat plan ni cc Anissheyra haha! Thanks sebab sudi bagi pinjam bilik untuk beberapa malam tempat menumpang kasih sayang dari katil dan bantal kau untuk meniduri diri ini. This plan was made a week before the actual event. Maksudnya dalam pada tengah final exam tu lah plan ni terbina dengan jayanya. And so telah terbelinya tiket ke Bota/Sri Iskandar pada jam 5 petang bertarikh 13/10 dari Klang. Sepanjang perjalanan dari Klang tu memang tak lelap and I kept texting Anis. Asked her this and that. Me was so chicken lah that time. Bukan apa. Takut termiss apa apa info, ada jugak tak sampai nanti. Kalau tak sampai lepas tu kena kidnap? Haaaa acanooo? Kau nak bagi tebusan? Ehh!

Then Anis tanya boleh tak kalau nak turun depan UTP. Then I was like oke no hal as long as sampai kat V5 tu haha! Right under jejantas yang siap ada trademark tu pakcik bas berhenti. Tunggu Anis ada la dalam 15 minit. Kesian dia dari bilik berjalan ke depan. Dah la time tu renyai. Sorry Anis sorry. And on our way to V5, I gave him a call. Asked him for a dinner. And yaaa he was like "zzzz what are you talking about zzzz oke oke jom jom dinner" Then jalan sambil borak dengan Anis sampai lah depan masjid and he called me. Bertanyakan soalan yang sama berulang kali. "Ni kat mana ni? Serius la serius" Haaaa baru nak perasan ke bang? hahahahahah! Padahal aku siap berborak dengan Anis tu still tak perasan lah tu kan. Then dia angkut kitorang berdua pegi terminal Sri Iskandar sebab nak hantar Syaker balik Pontian.

Haaa yang si Syaker ni pun satu. Masuk kereta je "Hai madu hai madu" hahahahahaha! zzzzzz.. Madu manis kan kan kan? Sooooo lewlsssss me. Dah siap hantar Syaker, dia pergi merayap dinner di dengan member member dia and aku Anis FizaYahya pun pergi dinner jugak. After that baru kitorang keluar entah pergi ke mana malam malam sampai kena kejar dengan ghost rider. Cendol punya ghost rider. Selama dalam kereta tu jugak lah telinga ni mendengar dia bebel bebel eheee. I miss that actually. Punya panjang bebelan mengalahkan cacing pita. Then we had a super late supper. Mok, lu meratah somtam macam makan mee apa cerita broooo? haha! Then, barulah balik bilik semula and I slept at 3 am on that day. Penat bak hianggggggg sampai nak tidur pun tak boleh.

So, that's the end of my day 1 on this crazy and gamble vacation hahaha! I'll update the rest oke babiesssss. No worry.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 19, 2012

Nurulafifah

Assalamualaikum

To my sayang,

Nurulafifah Abu Bakar. Sorry for late wish from me heee. Maaf maaf. I know you can hear my inner voice ewaaaah hhaaha! And di ulang tahun kau yang ke 18 ni, aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga menjadi akauntan yang berjaya suatu hari kelak. Semoga menjadi anak yang solehah. Jadi kakak yang baik. pelajar yang super cemerlang. Belajar rajin rajin walaupun hakikatnya kau ni memang superrrrrrrr rajin. Rajin kau luar biasa. Aku nak ikut pun susah hishhh! Whatever it is, I always love you from the moment we met until the moment when one of us got alzheimer. Oke baby? And thanks for all advice and to be honest, you inspire me a lot. That's why I love you. Ehh!

And lagi satu. Cepatlah balik Johor. Cepatlah cepatlah cepatlah. Aku tak sabar nak test suara ni ehemm ehemm! Tak sabar nak meronggeng. Even dapat sekejap je pun jadilah. Sebenarnya aku rindu hihi kbye. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 8, 2012

Selingan Di Pagi Isnin

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin semua. Dont hate your Monday. Jadilah manusia yang positif. Bangun pagi dengan minda yang positif. Biar kita kawal minda, jangan minda yang kawal kita. Berfikir itu perlu dalam setiap perbuatan. Jangan jadi orang yang tak bertamadun. Fikir dulu sebelum bertindak. Fikir dulu sebelum bercakap. Silap langkah, buruk padahnya. Jangan fikir orang yang pendiam tu sombong. Dia cuma sedang berfikir untuk berkata kata daripada berkata kata tanpa berfikir dan menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Bercakap pasal berfikir ni, aku masih berfikir pasal plan A aku tu. Haishhhh! Apahal la dilemma sangat like asdfghjkl! Boleh je aku ikut plan B, C, D ......... Z kalau aku nak. Oh plan, can you be simpler? Sebenarnya bukan plan tu yang rumit tapi aku yang menjadikannya rumit. I have to think about it wisely and neatly and it must be well-organised. It should be! Supaya aku tak menyusahkan orang lain dan tak menyusahkan diri sendiri. It must be mutualism plan haha! And anyway, i havent finish my exam yet. Kbye. Assalamualaikum.


the Shortie
HafiSamsuri

Innalillah

Assalamualaikum

Pagi tadi aku tak lena tidur. Asyik tersentak. Bala. Tak lena tidur aku pagi Isnin yang damai ni. Tiba tiba dalam pukul 6 pagi mak aku call. Ini pelik. Tak pernah pernah pun. Takkan la mak aku call pepagi macam ni semata mata nak kejut aku bangun subuh. Tak mungkin. Aku kan budak baik reti bangun subuh sendiri ehehh! There must be something goes wrong somewhere hmm.

And as expected. Mak call sebab nak bagi tahu yang nyai dah tak ada. Gluppp! *terdiam kejap* She asked me whether I have exam paper for today or not. I dont have any exam today but I'm gonna sit for CSC tomorrow. Then mak cakap, tak apa lah. Lagi pun time raya hari tu dah dapat jumpa. Raya tu berapa bulan lepas maaaaak T_T Sedih jugak sebab tak dapat balik. Kak Eca dengan Halim mesti balik punya. Lagipun Kak Eca baru start sem, tak busy. Aku dengan Ika lah tak dapat balik. Ngah Hamdi lagi jauh. Family Cik Nina kat Sarawak pun jauh. Tak apa lah. Kita yang jauh ni doakanlah untuk nyai :"}

Eid 2012

The last Eid for nyai with her family. Time ni semua ada. Aku suka baring sebelah nyai dengar dia cerita macam macam. Dari dia lah aku tahu semua pasal family. Lepas tu dia ceita pasal Jepun, pasal zaman muda dia, pasal zaman muda mak aku pun dia cerita. Nyai pun suka cerita pasal cerita dia dengan arwah ya'i. Nyai ingat arwah suami dia. Nyai ingat semua tu. Kadang kadang je nyai lupa nama cucu cucu dia. Nyai selalu confused nama cucu perempuan dia. Ramai sangat katanya. Sampai kadang kadang kalau ditanya banyak kali, nyai diam tak tahu nak jawab. Nyai suka main dengan kucing yang Farahin bela tu. And nyai suka makan ikan kering :') Kini semua tu tak ada lagi. Nyai, Fiza sayang nyai, tau nyai. Serangkap Al-Fatihah buat Nyai Rubiah bt Hamzah. 8 Oktober 2012 / 22 Zulkaedah 1433 

the Shortie
HafiSamsuri

October 6, 2012

JGFHDHJTRHT

Assalamualaikum

AKU MEMANG SUKA PUN DIABAIKAN NI
AKU MEMANG SUKA PUN JADI ORANG YANG TERAKHIR TAHU
AKU MEMANG SUKA PUN MAKAN DALAM SORANG SORANG
AKU MEMANG SUKA PUN MERENTAN JIWA.
APAHAL? MASALAAAAH?
KBYEEEEEE!
;[

Just An Ordinary Post

Assalamualaikum

It's Saturday and I still haven't finish my final exam and still leisuring around with this Pooh. And it is niceeeee! Tak nice sangat pun sebenarnya sebab aku lapar zzz.. Sangat malas nak melangkah keluar dan turun pergi makan. Dan hari ni nak buat date dengan Muar wohoo! Segan lah aku nak jumpa Muar. Dah berapa kali dia datang sini tapi aku tak ada kesempatan nak jumpa dia before ni. So, hopefully hari ni dapat jumpa dia, kan Muar kan kan kan?

Dan sesungguhnya hari ini sangat lah positif dan seharusnya jadi positif. Kita yang menjalani hari hari kita. Kita yang kawal minda kita, bukan minda yang kawal kita. So, maksudnya bangun pagi jangan fikir nak cari kesalahan orang. Bangun pagi jangan nak fikir negatif je. Bangun pagi jangan nak fikir masalah orang lain. Cubalah bersyukur sikit bila dapat bangun pagi tu. Daripada tak bangun bangun, mana kau nak? 

Currently listening a talk of Prof Dr Muhaya about women. Wanita. Wanita yang dijaga maruahnya oleh agama kita. Seseorang yang patut dihormati. Tak payah nak bercerita pasal diri sebagai girlfriend orang la. Apatah lagi isteri orang. Jauh lagi perjalanan. Tu nanti bawah bawah sikit. Ni cerita pasal wanita yang paling banyak berjasa kat aku dulu. Let's talk about our supermom. I mean, my supermom. Pagi tadi mak aku call tanya pasal final hmm hmm. Alhamdulillah. All is well. Insya Allah. 

Dah tu je nak cakap sebenarnya sebab dah pergi lunch. Sumpah lapar zzzzz.. Dah dengan bangganya aku dah siap packing barang wehooo! Kbye. Assalamualaikum.

the Shortie
HafiSamsuri

October 3, 2012

Final :)

Assalamualaikum

Saya dalam mood final exam ye. Mood jiwang jiwa kacau dan sebagainya dan selanjutnya akan diluahkan kembali selepas paper CTU Jumaat 12 haribulan Oktober 2012. Doakan saya dapat jawab dengan sempurna dan tenang. Aminn. Target saya? Saya target yang terbaik!! Haritu kaan haritu kann hmm.. Saya kan hmm.. Saya terkilan tapi tak apa apa. Setiap cerita ada kisahnya. Saya akan senyum. :D Sekian.

the Shortie,
HafiSamsuri

September 28, 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum

Salam Jumaat. It's 1337 right now and I decide to make this post. Takut takut ada yang rindu. Dan sesungguhnya aku tahu tiada siapa yang merindui diri ini. Percayalah. Tiada. Diulang sekali lagi. TIADA. Dengan kuasa sixth sense yang telah dikurniakan, aku percaya tiada yang merindui. Sekian. Kbye. Assalamualaikum =/

the Shortie,
HafiSamsuri

September 23, 2012

Second No Backspace Entry

Assalamualaikum

And baby there you go again there you go an an an tottemodaisukki Doraemon ==" Maksud aku there you go again there you go again making the second no backspace entry. Kalai zzzzzz! Kali ni aku nak buat laju laju haha! Sebab i'm running out of time. It's almost 2 pm and I still hit the shower. Stiil ahhhh! Still hit the shower? Blogging while hitting the sgawww www zzz! Blogging WHILE hitting the shower? See? terserlah kemalasan aku kat siru od ahhhh! Abaikan! Lepas ni tak ada orang nak kat aku T_T *_*

Tak tak tak. sebenarnya pagi pagi awal pagi eh awal pagi aku dah mandi. Ni mandikan untuk kali kedua je ni. Mandi kali pertama tu heat loss kurang wahaha! Apa seyhhhhhh! Fais tiada lagi. Dan hari ini Ahad yang seharusnya menjadikan diri aku sebagai manusia paling comel sedunia kerana merasakan diri ingin berjimba dengan nota kimia. Ahh! Nota? Bila masa kimia ada nota? Lecture dengan lecturer tahap tinggi ni susah jugak. Payah. Kerja asyik baca slide je.

Apa sebenarnya yang sedang bermain di minda aku pun aku tak tahu lah. Mungkin kerana ketidak cukupan eh bukan atutnya sambung ke ketidakcukupan tu? Zzzz! atut pun boleh kekadang. Gila dah ni. See? Kan aku dah cakap. Aku ni kalau tak cukup tidur 5 jam, mulalah nanti aku merapu entah apa apa. Ni tambah lapar, memang lagi kuat aku merepek like asdfghjkl.

The, what theeeeee! Then, I think I should take 5 minutes break and continue with notes and notes and more practices. Practice makes perfect. You dont play play around oke baby muahh muahhh! Haha !Apa ni apa ni! Wa tak boleh backspace woihhh! Kbye. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

Make the Ends Meet

Assalamualaikum

Currently listening to Rooftop Prince OST. Boleh menangis oihh tengok cerita ni hmm hmm. I wish I could have forever lifetime soulmate aww aww! ♥♥♥♥ Oke macam tak betul je otak malam ni. Tapi seriously cerita tu sedih. Memang pengorbanan sangat penting dalam sesuatu perhubungan. Tak kira dengan siapa. Dengan Allah, parents, adik beradik, suami, isteri, sahabat, sahabat yang lebih maju dari seorang sahabat atau masyarakat sekeliling. Sumpah ayat aku macam orang nak bertanding pun ada aku rasa. 

No. I really mean what I say. Let say, ambil contoh kita tengah meeting. It's almost Maghrib. Should we stop  the meeting or just proceed to the next agenda? Orang yang mengambil berat berkaitan solatnya akan merasakan solat itu ringan untuk ditunaikan tetapi orang yang memandang ringan solatnya akan merasakan solat itu amat berat untuk ditunaikan. Jika kita lengahkan urusan dengan Allah, adakah kita harapkan Allah akan percepatkan urusanNya dengan kita? Huallahu alaam.

It goes the same with our family members. Parents. Siblings. Anak anak, berkorbanlah kalian demi bonda dan ayahanda tercinta. Ayahanda dan bonda telah beri pendidikan yang sewajarnya buat anak anak. Janganlah anak anak jadi seperti sahabat anak anak si Tanggang tu. Ini dah boleh buat drama klasik Bawang Merah Bawang Putih featuring Fais dengan Nuna wahaha! Tak tak tak. Serious ni. Ni bukan sinetron Nanananananada Cinta yang entah sampai bila nak habis entah aku pun tak tahu. Just be thankful to have a great family. Always be there when we're down and feel like the world is rotating 360 degree.

And most of our days, we spend it with our friends. Aku rasa aku jenis yang beritahu rahsia lebih banyak kat kawan berbanding dengan akak akak or mak aku. Kalau nak share dengan ayah aku macam segan lah pulak. Nak share dengan adik aku lagi lah jangan harap. And for sure, I put my trust on my friends. Bak kata Nuna. Aku rasa dulu aku macam pernah menyelang kawan aku. Aku tahu aku salah berbuat begitu. Dah la. Aku tak mahu ungkit hal lama. Mungkin ada sesuatu disebaliknya. Kita pun dah berbaik kan sekarang? Haha! Dah boleh borak borak dah pun.

Dan untuk hal ini, aku tak mahu katakan yang ini benar yang itu salah atau sebaliknya. Mungkin ada yang nampak kesalahan di sini dan kebenaran di sana dan sebaliknya. Mungkin juga ada yang hanya mengiakan sahaja. Mungkin cerita kita hampir sama. Cuma keadaan yang membezakannya. Serius. Hidup ni macam roda. Tak advanture lah kalau asyik jalan mendatar je. And I hope, you guys will make the ends meet. Aku doakan yang terbaik untuk korang. Hopefully this issue will not last for too long. So, stay strong :)

If you know what I mean. There's some punchlines between the lines. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

Nur Izzah Syahira Azizi

Assalamualaikum

It's late night. It's midnite actually. Or should I call it early in the morning. Sepatutnya harus tidur. Waktu tidur aku umpama bayi. Telah tetap. Fais pun dah faham waktu tidur aku mungkin haaha! Kalau tak cukup 5 jam mulalah aku merapu berseorangan di esok hari. Kini menaip sambil berbual dengan Fais. Disuruh promote dirinya di blog klasik ini. Baiklah. Akan ku buat satu entry khas untuk beliau wahaha! Tapi aku nak buat entry tu tanpa backspace ~(^.^)~

Tapi ini entry khas untuk Nur Izzah Syahira bt Azizi yang nun jauh berada di negara Piramid Giza. Pada detik ini, Malaysia sudah menandakan tarikh sudah bertukar 23hb September. Tapi belum lagi di bumi Mesir. Tapi apa ada dengan tarikh kan? So Izzah sayang, Happy Bitrhday!! Sorry tak ada hadiah special nak diterbangkan ke sana haha! Nanti balik Malaysia, tuntutlah hadiah eh. Semoga menjadi anak yang solehah. Dapat banggakan parents. Semoga hidup kat sana baik baik sentiasa. Semoga dapat mencapai cita cita. Semoga dapat jadi doktor yang berdedikasi kelak. Ikhlas bertugas kerana Allah. Jangan lupa kitorang kat sini :) 

Casper Yn.n

Jaga diri oke oke oke! And one more jangan jadi Casper jugak kat sana haha! Jaga makan. Sihat selalu. Jaga hati. Ceria selalu. Jaga iman. Doa selalu. I love you ! ♥♥♥♥

the Shortie,
HafiSamsuri

September 21, 2012

Entry Tanpa Backspace

Assalamualaikum

Entry tanpa Baca haaa amik kau. Awal awal dah typo. Maksud aku ini entry tanpa backspace. Ilham dari arwah Yasmin Hunwick. Terpanggil untuk mengupdate entry sebegini kerana keseorangan di bilik. Fais masih belum munculkan dirinya. Dan aku telah kekenyangan yang teramat. Diri meminta untuk ditiduri. Mungkin akan mengambil power nap sebentar.

Menaip tanpa backspace adalah erkara booooo me boo me! Perkara lah gila. Perkara oke perkara yang paling memerlukan kesabaran yang tinggi dan tahap keimanan yang kukuh. Sangat menduga iman bila nampak typo tapi tak boleh nak backspace. So lah asdfghjkl. Aku menaip ni pun madah mata tak lepas dari keyboard. Tapi aku rasa type slow slow sangat lah tak mencabar kan kan kan hahahaha! So lets speeding to the max XD

Tak. Sebenarnya apa aku merepek ni tengah hari Jumaat yang indah lagi sepoi sepoi ni. Entah. Sudah tentunya tiada emosi emosi jika menulis entry tanpa backspace ni. Kalau emosi mampuih semua kata kata nista kusta keluar. Ah persetankan semua. Malam tadi aku tidur awal. Tertetttt terlalu lah awal. Kenapa? Kerana wahaha! Boo lah lagi ==" Sakit  mungkin. Ahh aku. Bila masa je tak sakit hati kan? Tapi macam dah lali. Bila sakit hati, sumbat earphones, volume up sampai max. Dengar sampai tertidur sendiri. Tapi kalau nak berdedikasi sikit, amik wudhu, baca al quran. Tak un solat lah kan? Um ahhhh nak betulkan typo makin ytpo. Payah ahh! Ytpo pun boleh kekadang =="

Bukan apa. Klau kalau dilayan rasa sakit hati tu, makin menjadi jadi lah rasa tu. Macam manusia, makin kau suap makanan, makin gemuk ahh! Haha! Apa kaitan seyh. Haa ni nak cerita nak crita cerita cerita. Tak ada apa pun sebenarnya. Nak bagitau yang aku penat dah nak stalk sana sini. Bukan resign. Cuma berehat seketika untuk melapangg kan otak yang perlukan banak RAM untuk final ni wahaha! Banak apa seyhhh banak!?? Hai Banak! Ingin menyatakan aku mungkin busy 2 3 minggu mendatang. Tapi masih update blog. Apakah permainan di siru. Siru tu adik beradik Miru. Nama dia Siru-chan ahhhhhh! ==" Vangang typo.

Dah cukup. Sebelum aku memperbodohkan diri dengan lebih banyak typo typo baik berhenti sampai sini. Wa type slow slow macam siput pun ada typo. Parah parah. Lepas ni haaa tak ada apa lah. Lost idea wahahaha!

the Shoryie
zzzzzzzzzz shizzz apehal sampai sini pun nak typo =="
the Shortie
HafiSamsuri

September 17, 2012

Yesterday!

Assalamualaikum

Currently listening to Muara Hati followed by Take Over Control. Lately aku suka bukak max volume. Entah kenapa. Menghilangkan rasa sebal di hati mungkin. Serius hati ni merentan. Sungguh! Ahhh! Persetankan semua itu. Terasa nak tumbuk muka orang. Tumbuk sampai pecah. Biar muka tu jadi macam muka pecah tembok.

Dan satu hal yang lainnya yang buat aku sangat sebal hati adalah semalam. Erghhhh! Aku nak cerita pun buat menambah kesebalan di hati je zzzz! Tapi dalam geram, sebenarnya aku gembira. He was here yesterday. I mean, here. Cubalah cakap awal awal. Boleh la prepare apa apa yang patut. Tak la datang dengan lenggang kangkung. Aku memang lah pantang plan yang tak dirancang betul betul ni. Memang la kita merancang Allah tentukan. Tapi kalau kita sendiri yang tak merancang? What are you expect to get? So, next time sila jangan buat macam ni lagi. Tapi apa apa pun, terima kasih sebab sudi datang hulu ni. Dah stop sampai sini. Kalau nak teruskan, takut semua ke-tidakpuashati-an keluar. Lebih baik simpan sendiri.

Dan semalam jugak la kesebalan hati memuncak bila dalam bas. Omaigot!! Very la tak senonoh. Serious! Biarlah identiti dirahsiakan. Aku pun tak kenal. Ya Allah. Sumpah meluat. Aku rasa malu pun ada. Kau tak malu dengan mamat mamat bangla yang asyik tengok kau buat apa. Apa kau rasa bila buat macam tu kat dalam public transport haa? Bangga eh? Can go die. Kalau tetiba bas tu accident? Dengan korang macam tu? Kau tak rasa errrr.. Aku rasa bukan aku sorang je yang meluat kot. Semua orang dalam bas dah pandang lain macam je. Kalau korang bukan satu tempat study yang sama, patutlah batak sangat. Tapi kalau korang satu tempat study yang sama, tu namanya memang cari publisiti murahan. Aku pun bukan lah baik alim sangat nak bagi kau nasihat. Tapi beragak la oi. Public tahu public? Iman aku lemah. Aku hanya boleh mencegah dengan hati je laa. Sumpah drama korang memang tak sweet langsung. Aku rasa atok dengan nenek aku kat kampung tu lagi sweet. Aku tahu kau dah cukup besar nak fikir apa yang betul apa yang salah. Mungkin kau terdorong nafsu. Huallahu alam.

Lepas ni dah tak payah nak berjimba bagai. Nak dekat final dah ni. Wassalam.

the Shortie,
HafiSamsuri

September 13, 2012

Kemon Lahh Oih!

Assalamualaikum

Menjadi stalker blog sendiri. Dan baru aku tahu betapa menyampahnya entry entry aku terdahulu haha! Mungkin entry entry terkini jugak sedikit sebanyak masih belum menunjukkan kematangan. Bertambah kejiwangan. Masih banyak kekurangan. Masih terlebih perasan berkenaan diri sendiri. Maaf ye followers dan stalkers sekalian alam :D

Macam tak ada life lasseh entry dulu =="

September 8, 2012

Menanti Di Barzakh

Assalamualaikum

Pagi tadi mak aku call. Bertanya khabar tentang anak dara bongsunya ini. Pffttt! Bertuah sungguh diri menjadi anak perempuan bongsu dan mempunyai kakak yang sudah berkerjaya dan lagi seorang kakak kuat berjalan. Mentang mentang Legoland baru tersergam indah di Johor itu, dah mula la Kak Eca nak ajak pegi sana. Tu tak lain tak bukan memang Kak Hudda kena ketuk la tu hahaha! Ni aku suka ni aku suka. Tapi yang aku tak sukanyaaaaa... Time time nak final la nak ajak. Tau la dah habis final. Kalau cuti dia macam budak IPTA tak apa la jugak. Cehhh! Podachi luuuuu~ Lebih baik pegi after adik bujang aku tu habis PMR. Tapi Uniten ni gedik jibon ahhhh. Cuti kejap kejap je hmm. So, tak payah bawak Kak Eca la eh. Pegi sendiri dengan One Two Three Four Five six Seven Eight Nine Ten. Ehh! haha!

Intro aku merepek ni haishhh! Punchline dia sebenarnya nak cakap yang pagi tadi mak aku call. Nak sampaikan berita yang bekas guru besar sekolah rendah aku dulu dah meninggal. Malam tadi. Boleh dikira aku rapat jugak la dengan arwah cikgu sebab dulu time ayah aku jadi Penolong Kanan kat sekolah, bawah pimpinan arwah. And masa ayah aku sakit pun arwah ada datang melawat. Boleh dikira kawan baik ayah aku la. So, mari sama sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

Terkadang, aku terfikir. Kita semua pasti akan dijemput oleh malaikat Izrail. Sudahkah kita sedia? Apa jadi kalau nyawa kita ditarik waktu kita tengah lupa Allah? Waktu kita tengah buat maksiat? Sempat tak kita mengucap? Sempat tak kita sebut "la illahaillallah"? Macam mana kalau kita tak sempat? Adakah kita mati dalam iman tu? Hmm 24 jam pertanyaan ni bermain di minda.

"Perjalanan rohku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh
Sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya.

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa dipat hindari
Tiada siapa yang terkecuali."

the Shortie
HafiSamsuri