January 30, 2012

Mana L??

Assalamualaikum

Psssstttt! Dekat sikit. Ni hal orang atas umur. Bawah umur boleh baca tapi tanggung sendiri la eh :) Oke tak pasal la woii! Ni pengalaman sebagai seorang remaja yang errrr! Taubat laa lepas ni @_@ Pada satu petang yang terik dan berangin ala ala tak dengar cakap, adik aku suruh amik dia balik dari tuisyen =="

Hamboihh kemain kauu! Dah la time tu panas plus aku tengah gatal otak. Oke tak apa. Akak yang baik, haruslaaa selalu baik. Muntah colourful sekarang! Then dengan muka macam mintak sepak aku pun pergi la start Ego aku tu. Lepastu, dengan muka watlek gila cilok sana cilok sini. Oke phoineeeeeeeeeeeee depan tu ada polis!! 0.o Go die! Nak buat acano kan. Sudah terang lagi bersuluh depan tu polis. Nak taknak turun je la dari motor kan.


Pak Polis : Turun turun. Tunjuk lesen, road tax bla bla blaaa
Me : errrrr ni lesen tu road tax *mukacuakgilaaa #_#
Pak Polis :  Ni road tax dah mati ni. Yang hidup mana?
Me : Mati aku cengini *monologue
Pak Polis : Haaaa ni lesen L. Mana sticker L?
Me : Ada ni. Tadi baru beli tau pakcik :)
Pak Polis : Dah tu kenapa tak tampal. Ni umur berapa ni? Darjah berapa?
Me : LOL!! Darjahhhh? Pakcik, saya dah habis SPM pakcik.
Pak Polis : Pakcik tengok kau kecik je. Macam tak cukup umur nak amik lesen.
Me : =="
Pak Polis : Dah dah nanti cakap dengan ayah renew roadtax. Dah boleh jalan sana.
Me : Heeeeeeeeeeee! Timekasih pacik! Oke I lebiu Puihh! *stillcuak

Phewww! Nasib baik polis traffic je bukan JPJ. Kalau JPJ memang dah kena saman sebab tak tampal L. Dah la L, bawak orang pulak tu. Bagus sangat lahaiii! Actually, sticker L tu dah nak masuk 3 minggu kat bawah seat tu haha! Taktik aku senang. Kalau polis tahan cakap je la "saya baru beli sticker L la pakcik hewheww" Haaaa! Nampak tak pandai kat situ? Sebab kalau dah tampal L, susah nak bawa orang. Nampak gaya motor tu aku conquer la cengitu haha!

Tapi kan kan kan, orang cakap sepandai pandai beruk bergayut, akhirnya terjun jugak ke tanah. Abaikan peribahasa melalut ke laut tu haaaaaaa! Lepasni aku tampal la sticker L tu. Renew roadtax. Bawa dengan berhemat. Ingatlah orang yang disayang dan yang menyayang hihi :)


notification : tak baik tipu orang tua ^_^ tipu sunat tak apa heeee!


Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0440


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

No comments: