January 18, 2012

We're Totally Different

Assalamualaikum

Page 18 of 366 - It's gonna be our first monthsary. This entry will gonna be an entry yang memerlukan banyak sinki dan baldi di sebelah anda ye stalker(s). Pheww! Kemain bajet ramai je yang baca blog aku. Sesiapa yang dah terasa loya di tekak dan untuk mengelakkan anda mengotorkan keyboard yang smart tu, anda dipersilakan angkat kaki dari laman ini. Terima kasih sudi singgah. Next time datang la lagi. Ni tak masuk intro lagi dah melalut ke laut.

Kalau still nak baca jugak, sini aku sediakan baldi ---> \_____________________________/

Biar orang nak cakap kami berbeza. Ya! Memang kami berbeza. 360 degree! Tapi bukan ke itu saling melengkapi namanya? Apa barang kalau dua dua madah nak sama je. Boringggggg~ Depends jugak la kan. Kalau ada yang fikir banyak persamaan tu lagi interesting dari banyak perbezaan, terpulang. And for my case, begitu banyak perbezaan yang teramat. Ibarat kutub Utara dengan kutub Selatan. Sampai glob jatuh ke lantai pun, kutub Utara tak dapat pergi sebelah kutub Selatan. Haaaa kan dah merepek! =="

What make us different? Dia suka sports, aku nak bukak chanel 811 pun malas. Dia suka berseloroh, aku lebih senang mendiamkan diri. Dia pandai berkata kata, aku hanya mampu tersipu malu. Dia pandai meluahkan perasaannya, aku lebih gemar memendam. Dia berhati lembut, aku memang keras hati tapi hati aku mudah tersentuh. Dia suka tengok Merlin, aku hanya tertarik kepada Vanilla Coklat. Dia pandai kelentong doktor, aku nak pergi jumpa doktor pun kalau boleh taknak. Dia pandai cutting seluar cantikcantik, tapi aku pandai buat baju kurung. Haaa apa? Tak percaya suka hati. Dia sangat comel, tapi aku comel yang teramat sangat LOL

And ada certain perkara hanya aku yang suka dan dia sebaliknya. Aku tak dengar cakap, dia suka beri nasihat. Aku suka masak, dia hanya suka makan. Aku suka buat muka, dia lebih suka buat muka Mr Bean dia tu. Aku suka tidur, tapi dia akan menyesal kalau tidur lamalama. Aku suka tengok Santau Merasuk, Kum Kum, Seekers, A haunting dan seangkatan dengannya, tapi dia hanya suka humming sorang sorang. Aku suka makan sushi, dia menolak sekeras hati. Aku lebih suka bergossip, dia hanya bersama game untuk menyelamatkan permaisuri apa entah nama permaisuri tu. Aku suka merepek, dia lagi suka merapu meraban hee! And and for sure aku sangat kemetot, tapi dia tinggi menggalah huhh!

Tapi tak semuanya kami berbeza. Unveil the truth. Kami tidak gemar sebarang cecair yang mengalir dan berwarna merah itu, okayy! Take note! Sila jangan bunuh diri depan kami berdua jika anda masih mahukan keluarga bahagia selepas mengelar pergelangan tangan anda kerana memang sah sah anda akan mati kahkahh!

Tapi satu perbezaan yang ketara adalah aku PEREMPUAN dan dia LELAKI. Oleh kerana itu, kami bersatu \pehh ayat BM waa/ Tak kisah la kan berapa banyak perbezaan antara kami, selagi perbezaan itu dapat membuat kami melengkapi antara satu sama lain, kami akan teruskan :)

doakan kami berjaya memperoleh kejayaan 9A+ dalam SPM 2011. Aminnn!

notification : aku tak pernah memang dalam segala apa pertaruhan yang kami buat =="

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0725


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

2 comments:

adibbbb said...

fiza . fiza
happy first monthsary :D

Fizakenet said...

Ngeee XD Thanks ye ex-classmate!