February 29, 2012

I Appreciate It

Assalamualaikum

I have something, some cuteeeeeeee things to show you all my love eheeee! I got those gift when I upper form dulu sebab time lower I hanyalah budak hingusan yang hati batu muka gangster tak suka orang and for sure tak ada orang suka kahkah! Takda siapa nak kawan dengan I sob sob sob :( Ah drama! Geli geli geli!

Back to the topic, last 2 years kan kan I got many manyyyyy gift dari ________ *fill in the blank Eh, not exactly 2 years pun sebenarnya sebab time 2010 kami jarang bertegur. Because he is someone else's and kalau bertegur pun sebab meeting homeroom. Actually time minggu orentasi F1 F4 dia agak menyirap dengan aku. Heee angkara BBQ nite tu. Oke tutup cerita. iMalu >.<


On the right side tu kad matrik ==" Oke takda kaitan langsung. Aku tau kad matrik aku comel. Ramai orang berbicara begitu. Haa aku tahu itu LOL!
Kiri bawah : Yang kelabu tu nama dia Bon sebab dia boncet macam orang yang bagi tu. Tak tak tak! Nama dia Bon sebab suka hati aku la nak letak apa nama dia kan :p Ni birthday gift. Dapat pun pukul 12 malam. K-run yang tolong sampaikan. It is soooo cute. If you press its butt the tail gonna moving here and there and it will nod and nod and nod :)
Kiri bawah : Haaa yang kaler hitam tu. Anak penguin dapat time hari last sekolah 2010. Kucing adik aku suka main dengan benda tu *terajang
Atas kiri : Itu chipmunk. Gigi terkeluar sebatang. Pernah hilang and aku gelabah gila tapi still buat muka ineshen
~(*o*)~ Last last aku sangkut kat jam tangan heee! Takda siapa nak amik. And tempat dia kat dompet cheetah aku. Dia tergantung gantung kat luar poket.
Atas kanan : Ni dapat time dia balik tournament rugby. Tak tahu apa motif -,-
And lastly, bawah kanan : Dapat time graduation day. Actually tu dari Aen. Aen bagi bebudak class 503 tapi aku pulak yang dapat haha! Timekasehhh :)


Atas kiri : Heee first picture captured together. Time Tautan Kasih 2010. Time ni cikgu Yati belum pindah lagi :( And the nite before this event aku cakap dengan dia, "Weh, esok aku nak snap gambar couple dengan kau" Oke Fiza kau ni muka tak tahu malu mungkin o.O 
Bawah kiri : Medal Merentas Desa 2011 tempat ke-9. Time dapat ni ingatkan dia nak pulang jam aku je. Then, dia keluarkan medal ni and cakap "Nah, simpan" Ohooo melting! Thren kat sebelah dia tu cengkerang siput. Idk why he gave me that snail shell. Entah mana dia kutip cengkerang tu lahaaai -..-
Kanan : Haaa hamekauuu! F4 punya risalah aku dapat. Siap letak "p/s : Pakai F4 ni. Dapat frame kat loker haha" Oh mannn! Frame kat blog, boleh? Pun boleeeeeeeh :)

Reader(s) sila jangan muntah dengan statement statement yang telah aku buat di atas. Korang dah baca sampai sini so no turning back punya button kat blog aku ni haaa :) Timekaseh timekaseh timekaseh hoho!

notification : my treasure is YOU :D


Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 28, 2012

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalamualaikum

Proudly presented to you :



Just click on the banner to join the giveaway :) It's easy as I Love You heee! Eh? >.< Hoo saranghaeeee !

Penyakit

Assalamualaikum

Sebenarnya kan kan kan, aku ada satu penyakit. Aku pun taktau laa acane nak bagi hilang penyakit satu ni haihh -..- Boleh je hilang sakit ni tapi oh lalalalaa ~(*o*)~ Hhaha! Siapa yang selalu ada di samping aku memang tahu la apa sakit aku ni. 

aku tak tido cengini oke =="

Aku suka sangat tido Takda bantal pun takpa. Tangan aku ada boleh jadi alas kahkah >.< Lagi satu, kalau time tengah text memalam aku suka sangat tertido tanpa menunjkkan sebarang tanda tanda yang aku ni mengantuk heeee. Maaf!

notification : Atototoo omey omey aku tido. Errr? Muntah please!

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0646


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 25, 2012

Untitled

Assalamualaikum

Harini 25/02/2012 oke tak sampai sebulan lagi pun result SPM 2011 keluar. Oh mann! Semua orang busy kerja, sambung study sana sini, buat business macam macam. Aku? Haihh! Duduk rumah dan masih dalam minda bawah sedar mungkin. Lifelesss gelaaaaa! Hari hari macam ni. Apa je aku buat kat rumah? Lesen? Belajar jahit? Nak kerja mak tak bagi. Oke mungkin atok aku Donald Trump? Kerja aku menghabiskan minyak motor jelaaa -..-

Mak : Anak Si Makcik Sekian dah dapat offer kat GMI
Aku : Oh yee? Haaa baguslaa. Dia pergi ke?
Mak : Pergi laa. 
Aku : Hmm untunglaa. Rezeki dia.

Haihh siapa tak jealous kalau member member yang tu dapat offer sambung study sana sini, yang ni kerja kat tempat tu tempat ni. Mungkn memang kerja aku kat ruah kemas isi rumah ni. Masak masak masak sampai aku dah tak tahu nak masak apa lagi. Nasib baik tetiap minggu duit masyuk hehe. Tak laa masyuk mana sampai boleh beli BB sebijik haaa. Tapi cukup laa untuk tampung kehidupan aku yang comel comel gitu. Puihh muntah! Siapa laa nak bagi duit bebanyak kat penganggur macam aku ni kan? Cc to atoknenek kat kampungggggg :) 

notification : Weheeee! Ego dah oke. Lepasni tangan aku belang lagi la nampak gayaaa XD

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 21, 2012

Pashmina

Assalamualaikum

Oke people, I'm going to bed now. Esok nak jalanjalan dan berjimba cuci mata cari tudung and pashminassssss dengan Fifa and Tika. Mata pun dah memaki minta tidur cepat sebab esok nak memenatkan mata tengok sana sini -..- Tak kisah asal aku tak terperuk bhahaha!


Oke, start kumpul cerita nak story dengan Fifa esok >.< Dia la buluh pendengar aku selama ni. Eh? Pulak dah. Macam ramai je buluh pendengar aku selama ni.

notification : I just should be ME :)

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

Pentol

Assalamualaikum

Dulu kalau kat maktab sehari tak dengar perkataan PENTOL ni tak sah hidup kat maktab tu kot. Kenapa tibatiba keluar cerita pasal pentol ni? Mungkin keadaan sekeliling menyebabkan aku tergerak untuk menulis entry sebegini rupa. Memang lumrah sifat aku yang suka memerhati mendengar. That's the way I am :)

Kalian, mungkin pentol bukanlah satu perkataan yang begitu baik bagi merujuk seseorang. Terpulang kepada individu yang ditujukan perkataan itu. Mungkin ada segelintir daripada mereka tidak mengambil kisah. Tetapi tidak bagi segelintir yang merasakan dirinya dihina jika diperkatakan sedemikian. Setiap orang berhak mengkritik. Tetapi seelok-eloknya biarlah berpada pada :) Ini peringatan kepada diri sendiri juga sebab aku ni jenis yang suka sindir menyindir XD

Apa yang didefinisikan dengan perkataan pentol? Lampi? Kurang lincah? Unmatured? Hello people. Kematangan tidak diukur melalui penampilan oke. Kematangan boleh dilihat melalui cara pemikiran dan pertuturan kita kan kan? Tak kisah laa apa apa pun kan. Yang penting tapayah la jadi macam budak tadika. Kau mengejek dia, dia ejek kau balik. Pastu kau tuduh kawan dia pulak. Lepastu kawan kau dengan kawan dia bergaduh la pulak. Haihh! Kalau macamtu bila nak habis ye tak? We're old enough kan untuk gaduh gaduh ni. Lain kali amik asid je. Eh? Menyimpang dah aku -..-

 nak lampi pun berpada la 



notification : pentol tu sebenarnya masyhur, isnt it?

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0404


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

Untitled

Assalamualaikum

Haaa aku macam dah makin malas je nak update blog. Bukan tak ada masa bukan busy apatah lagi ingin menyepi. Cuma kekurangan idea yang menarik membuat aku leka akan kehadiran blog ini.. Oke puihh puihh! Boleh muntah takda kaler sekarang. Entah kenapa ayat di pagi hari ini sungguh geli #_#

Setelah beberapa hari account Fb itu dibekukan buat seketika, akhirnya tadi mak aku login la pulak. Oh noooooo emak! Why why? Alasan : Nak tengok Fb si polan, si polan dan si polaniah. Oke fine. Mak amik je la Fb tu eh eh tau heeee. I don't use it anymore hoho! Kekadang je la kot ia berguna. Tapi most of the time menyakitkan hati je pffttt -..-


So people, do find me at Twittah bebeh! @fiezasamsuri okeee? Oke tapayah nak promote sangat laa aku ni kan. Bajet hot hangus rentung terbakar semua. Bersederhana cukup LOL >.<

notification : bermacam orang bermacam ragam ~(*o*)~

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0247


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 17, 2012

Maisepesss? Formspring? Lagi Apa?

Assalamualaikum

Ehem ehemm kite kan kan kan *pegangperut laparrrrrrr -____- Baru berapa jam tido ni haihh! Tolong laa perut. Tak penah penah aku bangun sebab lapar pffttt! Ni dah lapar tahap boleh membawa maut ke hapee? Sabar sikit oke Tummy Belly Belly Boing Boing. Err apakah? Nanti I bagi you makan banyak banyak esok la tapi sebab sekarang I nak blogwalking yang tak jumpa jalan keluar. 

So people, lemme make an anouncement here bebeh! Kite kan kite kan dah deactivate account Fb! Miahahahaaaha *kunyahepal Apehal? Kauorang memang ta kisah kan. Lagi suka ada laa kan kan kan. Sebab biasanya muka aku la yang terpampang kat online list friend tu kaaan. Oke lepasni takda dah oke. Fb is sooooo nehi nehi nehiiiii. So cannot go la bila login Fb. Hati terasa nak memaki tapi cannot laa. Perempuan kan, kalau maki maki nanti mak mertua lari heeee XD

Haaa lagi satu pandainya aku pegi bukak segala laman sosial yang terdapat di jaluran lebar ni. Aku pegi jenguk Formspring, MySpace, mface, Tumblr, Tagged etc bla bla blaa teeetttt hhaha! Segalanya terbengkalai bengkalai kalaii kalaii laii laiiiii *echo Sudah abaikan itu semua. Itu semua dunia sahaja harharr! Yang penting tergelak je la bila login MySpace. Like errrr? Oke aku tak paham. Sekian :)

Nak makan dulu. Mati jugak kejap lagi kalau aku tak pergi makan sekarang. Perut, aku bagi kau makan Cadbury Bytes dulu boleh? Dengan hot choco je oke. Kau mintak lebih aku siku kangg haha!

notification : let's dance together ~('.'~)(/'.')/\('.'\)(~'.')~(/'.')/\('.'\)~('.'~)(~'.')~~('.'~)  Wuuu ~(*o*)~


Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0453


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 15, 2012

I'm Beep-ing

Assalamualaikum

Maaf harini nak cerita pasal hati lagi hmm. Kauorang tahu tak bunyi beep beep beep bila otomen punya energy dah weak? Haaa lately macamtu la gaya aku. Nasib baik beep beep aku ni silent punya. So macam aku sorang je la yang dengar. 

Semalam keluar dating outing je. Kenapa? Sebab kalau dating 2 orang je tapi semalam I was the third so heee no dating oke. iAlone and iMoody :\ Keluar pun mata macam baru lepas kena belasah je. Dengan tak pakai eyeliner and mascara pulak tu. Oke iTakmalu haa. Mungkin belum sampai jodoh kita nak jumpa kan? Tak apa laa mungkin satu hari nanti dalam waktu terdekat ni kita boleh jumpa lagi dan untuk hari hari mendatang juga. I know it was my fault sebab degil sangat and buat sesuatu tak fikirkan orang lain. Tapi thanks Awesome sebab awak caring sangat. Mereka tak tinggalkan saya laa. Saya yang tinggalkan mereka haa! Oke tak lucu =="

Tapi kan kan, hati ni makin beep-ing  bila login segala laman sosial ni. Ingatkan kalau login Twitter takda la geram or sakit hati sangat tapi sekarang ni login Fb ke Twitter sama je. Nasib baik blogger.com tak. Sebabtu aku sayang blog ni even malas nak update. Lepasni kat mana pulak nak buat aku sakit hati lagi? Tumblr? Tagged? Hi-5? Erghh! Mungkinkah karma muncul dua kali? Hmm mungkin. Kita tak tahu kan. 

Semakin macam ni aku rasa macam hati aku hmm. Entahlaa tak tahu nak cakap macam mana. Ingat, hati ibarat puzzle. To complete a set of puzzle, it takes a lot of precious moment to finish it. But once it scattered, you'll be ruined. You need that precious moment to refix it :') 

notification : what goes around comes around

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0754


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

New Camera, pleaseeee!

Assalamualaikum

Mak aii mak yuu! Lamanya aku bertahan tak update blog. Ada jugak orang yang perasan aku tak update blog hee. Thanks to @IzaaZizi sebab haritu dia call and lama la jugak berborak. Then dia tanya kenapa dah lama tak update. I got some problem laa sayang :)

Actually kaaan kan kannn, camera Olympus yang selalu dibawa ke hulu ke hilir tu kaaan dah merajuk sobsobb! Camera tagunaaaa camera tagunaaaa ==" Cehh! Padahal camera tu jugak la segala memory tersemat. Sebenarnya battery dia je yang rosak. Tapi..... Lecehnya nak beli bateri dia, Subhanallah! Kena tempah dulu. Harga? Jangan cakap huh! Sampai apek kedai tu cakap, "harga bateri tu kalau lu tambah duit sikit dah dapat camera baru" I was like, what theeeee??! ==" Baik beli camera baru seyh!


"camera phone kan adaaa" <-- TAKNAK! Ee kauorang ni tak reti nak bezakan function gadget eh? Tak kisah laa kalau kauorang nak guna phone yang canggih meletop pop popp tu kan. Yelaa phone I phone murah je. Phone aku function dia untuk text, call, alarm and tweet je haha! Jangan mengada nak dengar lagu ke nak main game kat phone aku. Nak dengar lagu main game, pegi selongkar iPod aku tu. So, kalau nak snap snap ni aku lebih suka guna camera yang sudah terang lagi benderang yang function dia untuk photogedik haha! 

Ada sesiapa willing nak hadiahkan camera takk? Kan kutadah tangan ini sedepa dan seluas yang mungkin heee! Alaaa I tak demand laa. Compact camera je. Canon Ixus 1100 HS kaler pink pun I terima kahkahh! Tapi kalau nak bagi aku diselar tu pun boleh kan kan kan >.<


notification : susah laa nak blogging kalau takda camera :{ #alasan!

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0533


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Selamat hari Ahad. Salam Maulidur rasul. Umat akhir zaman, sering leka dan alpa. Aku tidak terkecuali. Masih terngiang di telinga pesanan Sir Jaleel Arabie, "berselawatlahh ke atas Nabi Muhamad kerana selawat dapat mengelakkan diri dari terlupa" So people, tak rugi rasanya kalau kira ambil 5-10 minit dari 24 jam yang kita ada untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W kan? Malah, kita akan dapat ganjarannya. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]


Kepada sesiapa yang awal awal dah salah nawaitu nak pergi majlis sambutan maulidur rasul, betulkanlah balik nawaitu tu. Bukan pergi nak usha mamat mamat or minah minah yang hot cun stylo pakai baju cantik shawl hebat pashmina gempak rambut terpacak macam otomen kalau cicak jatuh atas rambut confirm mati. 

Kita saling mengingati kerana kita MANUSIA. MANUSIA itu sendiri membawa erti lupa. Tak hairan la kita selalu terlupa. Terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Terlupa untukk mengingati Allah walhal Dia yang menghidupkan dan mematikan kita, betul. Aku berbicara sebegini bukanlah kerana aku begitu bagus. Tidak sama sekali. Ini hanya peringatan buat kita yang sering LUPA & LEKA :)

notification : "Aku tak suka la budak bajet bagus" , actually you dont like yourself :)

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
1804


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 4, 2012

Kimia

Assalamualaikum

Yeahhh people! Finally I've a job to do. Nampak gebang kat situ. Geli macam dapat offer jadi CEO syarikat je. Podachi! Padahal kerja aku tolong cikgu aku re-type soalan soalan Past Year SPM. Ya aduh cikgu, saya dah naik muak jawab soalan soalan ni tahun lepas. Oke muntah sekarang sebab aku ni pemalas nak buat exercise sebenarnya. Sila tudingkan jari ke arah Nurulafifah sebab dia yang jebakkan aku ke kancah penulisan haha! Alaa tak kisah pun. Berbakti dengan cikgu, apa la salahnya. Cikgu dah penat penat tolong kita pandai sampai dapat perfect score *aminnn! 

Tapi.... Yang lemahnya kan kerja tu kan kerja CHEMISTRY tau *motif caps lock+bold+merah? LOL >.< Chemistry?? Err aku ni dah la teett sikit dengan subject tu. Bukan apa, banyak sangat substance molecule atoms particles and bla bla bla yang nak kena ingat. Oh man! Kauu bayang paper 2, ada 10 soalan. Kali dengan dua sebab aku buat 2005 2006. Haaa hamekauu! Nak sangat kerja kan. Gantung diri bawah pokok taugeh aku kalau macamtu la kan.


Nasib baik la hati aku dah lembut sikit dengan subject ni. Kalau dulu nak jalan pergi makmal pun rasa macam berat kaki melangkah. Kan dah keluar pengakuann dari budak yang tak berapa nak minat subject tu. Hodoh perangai haha! Tu la orang cakap kalau tak suka jangan terlalu tak suka. Nanti lama lama jadi suka. Haaa bolehlaa aplikasikan dalam mana mana subject yang korang tak suka. Insya Allah menjadi  XD

notification : aku ni sibok menaip kat blog, kerja Chemistry aku entah ke mana lahaii =="

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
1740


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!

February 3, 2012

Kasihmu Sampai Bila Bila

Assalamualaikum

Goodbye January welcome February. Macam sekejap je masa berlalu. Masih segar kat dalam otak aku time aku jaga ayah aku kat HSA. Diam tak diam dah 2 tahun berlalu. Back to 2 years ago...

Suatu petang Isnin *mungkin , aku yang bergelar pelajar lepasan PMR yang masih baru dah mentah dalam hal hal Form 4 hanya duduk di rumah menonton tivi. Then petang tu mak aku balik dari kerja and ajak aku pergi Hospital Pontian. she told that my dad ada kat hospital sebab tekanan darah rendah time kat ssekolah pagi tu. So, aku pun ikut je la kan pergi hospital. Time kat hospital tu, ayah aku tengah minum petang sambil berborak dengan orang katil sebelah. Yaaa mungkin dah kenal kot. Lepastu, ayah aku cakap dia pening and then dia baring. So, aku dengan mak aku pergi la kedai kat seberang jalan hospital tu.

Then, bila masuk wad semula, ramai akak akak nurse and doctor sekali kat situ. Berderau darah aku time tuuu! Ya Allah! Apa dah jadi dengan ayah aku?? Aku duduk kat luar wad dengan cikgu sekolah ayah aku. Mak je yang masuk kat dalam wad. Dah la aku ni penakut bab bab hospital segala ni kan. Then, doktor cakap kena pergi HSA sebab tak tahu ada blood clotting ke tak kat otak. Tangan kaki aku memang sejuk gila je time tu. Then, malam tu aku tak ikut pun pergi HSA. Just mak aku je yang teman ayah. Aku balik rumah, tak bercakap apa apa terus masuk bilik terus tidur. Time tu aku dengan adik je yang ada. Kak Hudda masih kat Jepun and Kak Eca kat Intec. Bayangkanlah aku yang F4 dengan adik aku F1 je kat rumah time tu. Dia tak tahu apa apa pun.

Esoknya, aku pergi sekolah macam biasa. Badan kat sekolah tapi otak melayang. Balik dari sekolah,, jiran aku datang rumah. Dia tanya ayah aku kat mana sekarang. Aku diam tak jawab apa apa. Then, mak aku call suruh aku siap siap kemas baju apa semua. Then makcik aku datang amik aku then terus pergi hospital. Petang tu aku pergi tengok ayah aku kat hospital. Laju je airmata ni turun. Agak agak ayah aku nampak tak aku nangis? Sedih tahuuuu! Pagi tu nenek aku datang tengok anak dia (ayah aku). Before nenek datang, ayah punya heartbeat macam ni  /\_________/\__/\__________/\___/\_____ Tak stabil. Then after nenek datang baru la stabil macam /\__/\__/\__/\__/\__ See? Aura mak dengan anak kan.

So, aku off sekolah dalam 2 3 minggu juga la sebab aku teman mak aku. Tapi aku tak teman mak jaga ayah kat hospital. Aku stay rumah makcik aku je. Ayah kat wad lebih kurang seminggu then tak terus balik Pontian. Kitorang stay rumah makcik aku sebab nak berubat dulu. Nasib baik time tu awal awal tahun so sekolah busy dengan aktiviti sukan segala macam tu kan. Tak la banyak sangat aku tertinggal belajar. Kalau ada pun, maybe boleh catch up lagi kat tuition.

Seminggu lepas balik rumah, aku dapat offer pergi MRSM. Tengok tengok dapat MRSM Pontian je. Mati mati aku taknak pergi. Sumpahhhhh time tu kecewa habis sebab dapat Pontian je. Dekat gila! Taknak ahh pergi. Baik aku stay kat Dato je kalau cengitu. 2 3 hari jugak la aku menangis. Pergi tuition menangis, makan nangis, mandi nangis. Tapi setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan? Mungkin Allah beri rezeki aku dapat kat Pontian sebab kalau aku dapat jejauh, siapa nak hantar? Dah la ayah sakit time tu. Kakak kakak aku pulak jauh. Tapi kita hanya merancang, Allah jugak yang tentukan. Last last aku terima offer Pontian. Mungkin rezeki aku kat sana.

Bulan Mac tahun tu, kak Hudda dah habis study. So, dia dapat la temankan mak ayah adik kat rumah. Aku masih meneruskan perjuangan sebagai pelajar kat maktab. Sepanjang Sem I 2010, cakap bila je aku tak menangis. Dekat dekat pun homesick tahuuuu! Masuk Sem II dah okayy sikit la homesick tu. Ayah pun dah beransur sihat. Kak Hudda pun dah start kerja. Alhamdulillah :') Allah lebih mengetahui segalanya. Tak ada siapa boleh melawan ketentuan yang Allah dah rancang, kan?

2 tahun dah berlalu, daripada lepasan PMR ini aku dah menjadi lepasan SPM. Ayah pun dah semakin sihat. Alhamdulillah. Semalam kan, aku nak pergi jejalan naik Ego tapi roadtax dah mati. Lepastu tak jadi la jenjalan. Ada nanti aku kena saman. Sia sia je bagi duit tu kat pegawai JPJ tu pffttt! Petang tu lepas balik kerja, ayah aku terus pergi hidupkan roadtax. Tu sebab la aku sayang ayah aku heeeee! Walaupun dulu aku selalu je kena marah kan sebab selalu kacau adik aku Muahahahhaha! Mentang mentang la satu satunya anak lelaki pffttt! Dulu adik beradik aku semua takut dengan ayah aku. Garang segarang tiger aumm aumm! Nasib baik dulu je heee! Tapi sekarang pun aku takut lagi. Eh, tapi sekarang bukan takut oke. It's more to respect him. I love you dad!

Oke readers, thanks for reading entry yang panjang berjela jela pasal ayah aku. Doakan kami sekeluarga sihat dan ceria selalu. Semoga rezeki kami sekeluarga dimurahkan. Doakan kejayaan aku untuk memperoleh 9A+ dalam SPM. Begitu juga anda semua. Aminn!

notification : ada jugak kan yang sanggup tak melawat mak sendiri even mak dia sakit. Tak paham la aku!!

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams
0611


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada Nurhafizah Mohd Samsuri serta ahli keluarganya dan kurniakanlah kebaikan pada dua mata pemeriksa dan keburukan pada tapak kakinya. Kurniakanlah Nurhafizah Mohd Samsuri keputusan 9A+ dalam SPM 2011. Dan permudahkanlah segala urusannya di dunia dan di akhirat. Aminn!