March 9, 2012

Heartless Me

Assalamualaikum

Hening pagi dengan kicauan burung entah apa nama sedang mencari makan.
Buat aku ingin merepek di pagi hari Jumaat yg hujan ini.
Hujan rahmat.
Rahmat Allah itu luas, betul?
Ya rahmat Allah itu sangat luas.
Itu bukan kuasa kita untuk menentukan apa apa.

Aku,
Perempuan yang sering tidak memahami diri sendiri.
Sering teringin untuk menjadi seseorang yang lain.
Sering merasa menjadi orang lain adalah lebih bagus.
Sering merasa cemburu dengan orang lain.
Maaf bukan dengan sebarangan orang.
Hanya dengan satu orang sahaja.
Mengapa?
Entahlah. Aku sendiri tidak mengerti apa sebabnya.
Mungkin kerana aku mengagumi dia? Entah.
Adakah aku kagum atau sekadar iri hati dengannya? 
Ya. Mungkin.
Jawapan yang aku sendiri tak pasti.
Aku akui kau peramah.
Aku akui kau cukup manis.
Aku akui kau lah penyeri.
Aku akui kau kuat.
Tapi aku sedar yang kau juga seorang manusia biasa.
Kau juga perempuan seperti aku.
Kau harus teruskan kehidupan walaupun kau terluka, kan?
Kau harus tampil gigih tanpa orang lain dapat hidu kedukaan kau.

Buat pengetahuan kau, aku sering tertanya tanya akan keadaan kau.
Aku sering menatap gambar kau.
Seperti orang bodoh mungkin.
Walaupun akhirnya terdetik perasaan cemburu ini.
Tetapi aku tetap tidak membenci kau.
Itulah bodohnya aku.
Sukar membenci orang.
Aku yakin kau tak memikirkan mengenai aku, bukan?
Siapalah aku hendak kau hiraukan.
Hanyalah budak hingusan yang sering diperbodohkan hmm

Mugkin ramai yang bemulut longkang bercerita buruk mengenai kau.
Tapi siapa mereka mahu menilai orang lain.
Seperti juga aku.
Siapa aku hendak menghukum kau.
Siapa aku hendak menilai kau.
Walaupun kita pernah berjmpa.
Mungkin kau ada sebab tersendiri mengapa kau bertindak demikian.
Tidak mengapa.
Aku akan terus mengagumi kau.
Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau kini.

p/s : hal ini benar :)

Continue reading peeps,
Iheartyou !
Fizaasams

Ya Allah, semoga Nurhafizah Mohd Samsuri memperoleh 9A+ dalam SPM 2011. Dan juga semua pelajar MRSM Pontian 6ixth Batch akan memperoleh 100% A+ for SPM 2011. Aminn :)

No comments: