May 29, 2012

Mohon Undur Diri

Assalamualaikum

Wahai kaum sejenis sekalian 
Janganlah menjadi batu api mahupun penghalang LDR orang lain
Untung la aku ni jenis tak reti marah marah
Kalau dengan orang lain rasanya dah kena sembur habis
Tapi aku sebenarnya bajet cool cool puihh je tu
So kau sendiri pun faham kan apa yang aku maksudkan
Tak kisah la comel macam roti bun ke chokichoki ke apa ke kan
Yang penting dia tetap Kamen Rider yang menyelamatkan dunia dari diserang raksasa -..-



Oke tak pasal kan bercerita pasal Kamen Rider pepagi buta cengini
Maaf ye kalian kalian dan kalian.
Afghan Malaysia a.k.a Former Tom Cruise Malaysia sudah berpunya
Sila tahan muntah itu. Ye saya faham XD
Jadi, mohon undur diri ye kalian
Jasa baik anda amat dihargai :)

Ya Allah, Kau berikanlah kami peluang untuk membuat ibu bapa kami bangga dengan pencapaian kami. Aminn ya Rabbal Alamin :)

May 27, 2012

I Love You

Assalamualaikum

Jangan hanya jadikan hari hari tertentu sebagai hari Ibu atau hari Bapa.
Kalau kita boleh buat macamtu, maknanya
Mak bapak kita pun boleh la sambut hari Anak?
Apakah?? Hari Anak? Kalau la mak bapak kita sambut hari Anak
Setahun sekali je bhaii~
Kau nak survive macam mana haa?
Kira minum susu sebotol dalam sehari tu kau boleh hidup sampai bongkok sabut la?

Jadi mahu diberikan penegasan dan penekanan di sini
Buatlah setiap hari seperti hari Ibu dan hari Bapa
Tak rugi pun. Malah dapat pahala lagi.
Apa salahnya kalau tolong mak kemas rumah, lipat baju etc etc.
Tolong ayah cuci kereta, tebas lalang ke apa ke kan?
Dulu mak ayah jugak yang tak tidur malam kalau anak anak diorang demam.
Pantang tengok nyamuk sikit
Memang tamat riwayat nyamuk tu kat tangan diorang.

So, marilah kita sama sama buat baik dengan ibu bapa
Memang tugas seorang anak untuk berbuat ihsan kepada ibu bapa, kan?
Bagi yang masih mempunyai parents, masih sempat lagi nak banggakan mereka
Bagi yang tak berpeluang, doa anak mithali menjadi hadiah buat mereka di sana :)
Latest video yang Mr The All Shared buat ni memang la betul
Aku pun ada terasa kebatanghidungan di situ
Kita sama sama ambil pengajaran dari video tersebut :)
Semoga Allah mempelihara kita semua dari kemaksiatan dan fitnah dunia. Aminn~



Shortie,
HafiSamsuri

May 24, 2012

Damai

Assalamualaikum

I wannna P.E.A.C.E !
Damai itu indah. Indah oke indah!


Tak la sakit hati apa semua ni. Damai okee!
Oke deal! *shakehands*

May 23, 2012

Farewell Reunion

Assalamualaikum

10 days more to go. Go PALAM Go PALAM *angkat sepanduk*
Settle with the fees, medical check up, documents and bla bla blaa.
Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa..
At least boleh rest fo a while sambil siapkan baju kurung eheee.
And memang sepanjang minggu ni tak duduk rumah keje aku.
Penat woo ke sana ke sini. Memang boleh low blood pressure sebab penat ni kehkehh!
Oke bila nak besday ni. Aku masuk U guna IC muka darjah 6 pffttt!
Memang la comel jawabnya kan errr! Go die! =,,=

And and and tadi ada farewell reunion la gamaknya.
Aku tak tahu pulak ada ramai ramai yang datang.
Ingatkan Miza ajak just 3 4 orang je haha! Aku tak berapa kenal Zaidi dengan Ahmad
Maaf maaf maaf! Tahu nama je tapi tak kenal muka hee XD



Neway, thanks for the hilarious evening, friends.
Wawa, Ziha, Miza, Azam, Affiq, Bede, Pian, Ahmad, Zaidi.
Nanti cuti lepak lagi okehh haaha! Ada jodoh jumpa lagi  :)
Lepas ni semua dah bawa diri memasing. Rezeki Allah meluas.
Alangkan semut celah batu pun ada rezeki sendiri, apatah lagi manusia yang sebaik baik ciptaan ni kan?
So jangan pernah mengalah oke kawan kawan!

" Hidup itu adalah perjuangan. Tanpa hidup tak ada perjuangan. Selagi kita hidup ada perjuangan " - Nur Hafid Mohadi

p/s: rasa nak mencarut sebab sakit hati sebab rasa
diri ni ada sakitkan hati orang lain pffttt! Duhh!
Dari mencarut baik istighfar. Astaghfirullah!
pp/s: thanks to Wawa and Zaidi for the pictures hehe!
HafiSamsuri

Ya Allah, kurniakanlah kecemerlangan dalam setiap perkara yang dilakukan Nurhafizah Mohd Samsuri serta rakan rakannya dan juga lindungilah keluarga kami semua dari kemaksiatan di dunia. amin :)

May 20, 2012

5th ♥

Assalamualaikum

Para pembaca yang dikasihi dan dihormati,
Entry ini mengandungi unsur unsur kegelian kurang terlampau.
Maka orang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, obesiti tidak akan menerima impak yg besar
Sekiranya masih mahu meneruskan sesi pembacaan
Dinasihati agar tuan tuan dan puan puan dapat menyediakan baldi \__/
Kalau takda jugak, boleh la muntah dalam baldi tu haa. Kecik je. TQ
Happy 5th monthsary. Hak elehh!! Baru 5 bulan dah nak kecoh.
5 bulan orang mengandung pun belum beranak la weyhh..
Ah persetankan semua itu. Ni cerita cinta aku. Kauorang apa tahu?
Ni yang bagitau ni haaaaaaaaaaa~

Mohd Amiru bin Muhamad 
I see my fated stars in your eyes
They melt like the sun does snow
The eternal summer of our love will not fade
Thanks for being my wonderful Kamen Rider
Thanks for waiting for my reply for a long time zzZZzzZz..
Thanks for all those words and advice whenever I feel like asdfghjkl
 Me heart you 

Dah bermula alkisah date terakhir before kami menjadi siswa dan siswi.
It was on 14th of May 2012. Plan dia nak datang maktab time 16th tu.
Ye laa Hari Guru Punya pasal kan. Anak murid berjaya ni. Bagus bagus. Cemerlang!
Then plan tu cancel sebab petang 16hb tu dia dah nak kena gerak UTP.
Bafaaaaaaaaaaaak ah! Tronoh tu T_T Berjalan kaki, 4 purnama belum tentu sampai wooo :O
Oke, mana ceritera cinta wa hilang? =="
Ehemmm ehemmm!
Poo Merah Naik Scooter,
Here, I would like to repeat all the caution and warning :)
Sila berkelakuan baik di tempat orang. Ye saya tau awak memang baik pun kaaaaan.
Sila jangan tunjuk handsome sangat. Ye saya tahu awak handsome gila macam Afghan *akak yg cakap*
Sila jangan sakit sakit. Ye saya tahu kalau awak sakit, itu menakutkan :O
Sila jaga makan. Ye saya tahu awak suka skip meal ;3
Sila belajar rerajin. Ye saya tahu awak lagi rajin study dari saya mihmihmihhh! 
Sila ingat saya heeee :D
And the most important, sila jangan nak rambang sangat la eh mata tu. Ye saya tahu kat sana tu lagi ramai gegirl yang cantik. Cantik, pandai pulak tu.
Jangan risau. Takda masalah. I'll be a QC harharharrrr! XD
And I'll pray for your success too.
Ya Allah, kau kurniakanlah jawatan CEO Petronas kepada Mohd Amiru Muhamad. Aminn!
I you believe in it, it is possible to be want you want to be :)

And, dear. I hope too see you soon. Hari itu pasti akan datang.
Jangan ditanya bila or di mana. Ada jodoh kita jumpa lagi, kan?
Kita dah besar kan kan? So let's plan the future. Our future.

♥ I can't promise you a fairy tale or that I won't do anything stupid. But I will never be someone you can't trust. That promise, I can make ♥
Meheartyou,
HafiSamsuri

May 14, 2012

Alhamdulillah. Syukran ya Allah :')

Assalamualaikum

94's kiddo! Selamat memerah otak untuk meneruskan pengajian :)
Kalau nak cakap tahap kekaratan otak, jangan risauuuu..
Otak aku pun dah karat sama. Gila ahh! Solutionnya, guna lah Varnish! Oke wa merepek -,-
Neway, sekarang makcik makcik, cikgu tuisyen, cikgu sekolah, Ah Kang belakang rumah, Ramu jual putu mayam seronok mengeluarkan pertanyaan, "dah habis SPM, ni sambung belajar mana?"
Betullah apa yang orang cakap, dah dapat yang baru, yang lama dilupakan. Apakah?
Maksudnya, result SPM dah tak ditanya lagi.

And alhamdulillah, Allah's plan is the best for His creature.
Allah tetapkan result SPM aku tidak seperti secemerlang kakak kakak aku, mungkin untuk beri aku kesedaran yang tanpa usaha, kita tak akan dapat apa yang kita idamkan.
Allah tetapkan aku tak dapat pergi interview IPG, mungkin untuk sedarkan aku mungkin ada rezeki lain yang Allah tetapkan untuk aku.
Allah tetapkan aku ditempatkan di salah satu IPTA, dan inilah rezeki yang mungkin Allah tunda untuk diri ini :')
Alhamdulillah. And aku rasa sangat kerdil sebab secara jujurnya, aku tahu aku tak layak untuk berada di fakulti tersebut. Tapi, kuasa Allah. Siapa tahu kan?
Before result UPU keluar, mak bapak aku pun dah macam putus harap kat anak dia sorang ni sob sobb TT_TT Parents know us the best kan?
Mak bapak aku je yang tau aku ni macam mana.
Sejak tadika, tadika kau tadika! Asyik tak siap kerja sekolah je. Question marksssss here and there!
Haa ape nak jadi tuuu? Tahap malas aku kuasa 140494 haha!

Dan pastinya aku sangat la cuak before result UPU tu keluar. Tuhan je yang tahu gigil seram sejuk aku.
Dan satu perangai aku, aku tak suka tau apa apa result aku.
Maksudnya, aku bukan budak yang pergi beratur berasak-asak nak tengok pointer.
Bukan budak yang sanggup kejar cikgu ke sana sini hanya untuk tahu result final exam.
Begitu jugak dengan result UPU aku. At last mak aku yang paksa aku check wahaha! -,-
Excuse here, excuse there and excuse again. Last last aku suruh Ffaa yang tolong check.
Alhamdulillah, rezeki aku ada kat Asasi Kejuruteraan, UiTM Puncak Alam :)
Aku cakap dengan mak aku, dia pun terkejut. I mean, terkejut yang sangat :O
Dan bila mak aku bagitau ayah aku yang aku dapat offer tu, ayah aku sampai mengalir airmata.
Okeee. me so tacing here :'/
See, rezeki Allah. Tak ada makhluknya boleh jangka.
Terima kasih kepada sesiapa yang selalu doakan kejayaan aku.
Semoga kalian mendapat ganjaran dari Allah. Aminn!

Ya Allah, jadikanlah Nurhafizah Mohd Samsuri insan yang sentiasa mengingati-Mu di mana jua dia berada. Peliharalah dirinya dan ahli keluarganya dan sahabat sahabatnya dari segala kemaksiatan dan penyakit. Aminn!