May 14, 2012

Alhamdulillah. Syukran ya Allah :')

Assalamualaikum

94's kiddo! Selamat memerah otak untuk meneruskan pengajian :)
Kalau nak cakap tahap kekaratan otak, jangan risauuuu..
Otak aku pun dah karat sama. Gila ahh! Solutionnya, guna lah Varnish! Oke wa merepek -,-
Neway, sekarang makcik makcik, cikgu tuisyen, cikgu sekolah, Ah Kang belakang rumah, Ramu jual putu mayam seronok mengeluarkan pertanyaan, "dah habis SPM, ni sambung belajar mana?"
Betullah apa yang orang cakap, dah dapat yang baru, yang lama dilupakan. Apakah?
Maksudnya, result SPM dah tak ditanya lagi.

And alhamdulillah, Allah's plan is the best for His creature.
Allah tetapkan result SPM aku tidak seperti secemerlang kakak kakak aku, mungkin untuk beri aku kesedaran yang tanpa usaha, kita tak akan dapat apa yang kita idamkan.
Allah tetapkan aku tak dapat pergi interview IPG, mungkin untuk sedarkan aku mungkin ada rezeki lain yang Allah tetapkan untuk aku.
Allah tetapkan aku ditempatkan di salah satu IPTA, dan inilah rezeki yang mungkin Allah tunda untuk diri ini :')
Alhamdulillah. And aku rasa sangat kerdil sebab secara jujurnya, aku tahu aku tak layak untuk berada di fakulti tersebut. Tapi, kuasa Allah. Siapa tahu kan?
Before result UPU keluar, mak bapak aku pun dah macam putus harap kat anak dia sorang ni sob sobb TT_TT Parents know us the best kan?
Mak bapak aku je yang tau aku ni macam mana.
Sejak tadika, tadika kau tadika! Asyik tak siap kerja sekolah je. Question marksssss here and there!
Haa ape nak jadi tuuu? Tahap malas aku kuasa 140494 haha!

Dan pastinya aku sangat la cuak before result UPU tu keluar. Tuhan je yang tahu gigil seram sejuk aku.
Dan satu perangai aku, aku tak suka tau apa apa result aku.
Maksudnya, aku bukan budak yang pergi beratur berasak-asak nak tengok pointer.
Bukan budak yang sanggup kejar cikgu ke sana sini hanya untuk tahu result final exam.
Begitu jugak dengan result UPU aku. At last mak aku yang paksa aku check wahaha! -,-
Excuse here, excuse there and excuse again. Last last aku suruh Ffaa yang tolong check.
Alhamdulillah, rezeki aku ada kat Asasi Kejuruteraan, UiTM Puncak Alam :)
Aku cakap dengan mak aku, dia pun terkejut. I mean, terkejut yang sangat :O
Dan bila mak aku bagitau ayah aku yang aku dapat offer tu, ayah aku sampai mengalir airmata.
Okeee. me so tacing here :'/
See, rezeki Allah. Tak ada makhluknya boleh jangka.
Terima kasih kepada sesiapa yang selalu doakan kejayaan aku.
Semoga kalian mendapat ganjaran dari Allah. Aminn!

Ya Allah, jadikanlah Nurhafizah Mohd Samsuri insan yang sentiasa mengingati-Mu di mana jua dia berada. Peliharalah dirinya dan ahli keluarganya dan sahabat sahabatnya dari segala kemaksiatan dan penyakit. Aminn!

No comments: