May 27, 2012

I Love You

Assalamualaikum

Jangan hanya jadikan hari hari tertentu sebagai hari Ibu atau hari Bapa.
Kalau kita boleh buat macamtu, maknanya
Mak bapak kita pun boleh la sambut hari Anak?
Apakah?? Hari Anak? Kalau la mak bapak kita sambut hari Anak
Setahun sekali je bhaii~
Kau nak survive macam mana haa?
Kira minum susu sebotol dalam sehari tu kau boleh hidup sampai bongkok sabut la?

Jadi mahu diberikan penegasan dan penekanan di sini
Buatlah setiap hari seperti hari Ibu dan hari Bapa
Tak rugi pun. Malah dapat pahala lagi.
Apa salahnya kalau tolong mak kemas rumah, lipat baju etc etc.
Tolong ayah cuci kereta, tebas lalang ke apa ke kan?
Dulu mak ayah jugak yang tak tidur malam kalau anak anak diorang demam.
Pantang tengok nyamuk sikit
Memang tamat riwayat nyamuk tu kat tangan diorang.

So, marilah kita sama sama buat baik dengan ibu bapa
Memang tugas seorang anak untuk berbuat ihsan kepada ibu bapa, kan?
Bagi yang masih mempunyai parents, masih sempat lagi nak banggakan mereka
Bagi yang tak berpeluang, doa anak mithali menjadi hadiah buat mereka di sana :)
Latest video yang Mr The All Shared buat ni memang la betul
Aku pun ada terasa kebatanghidungan di situ
Kita sama sama ambil pengajaran dari video tersebut :)
Semoga Allah mempelihara kita semua dari kemaksiatan dan fitnah dunia. Aminn~



Shortie,
HafiSamsuri

No comments: