August 28, 2012

Nah! Muahhhh!

Assalamualaikum

Wohooooooo! Oke behave behave. LAN wire dah boleh guna wahahahaha! Puas aku frust tertonggeng tak dapat online. K k k k kbye. Nanti post lagi. Love you :*

August 18, 2012

Illaliqa' Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Ramadhan is going to leave us soon. Adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan Ramadhan penuh berkat ini? Semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Insya Allah :")

the Shortie
HafiSamsuri

August 12, 2012

Hi, I Love You

Assalamualaikum

Oke oke oke! Aku dah ingat apa nak tulis tadi. For this time being, Hi I ♥ U is protected. Nampak tak ada mangga tu? Haa. Mangga tu tak boleh bukak sebab kunci dia hilang. Jatuh dalam longkang pffttt! Kalau dah dapat kunci baru nanti baru boleh buka. Oke baby? Dont miss me oke. Oke tak ada orang nak rindu pun. Actually aku pun tak tahu apa rational mangga itu dipasang. Hanya menunggu arahan untuk dibuka. Ahh sudah la. Biarkan sahaja. 

I miss my friends soooo damn much. Dah la semua jauh. Paling dekat pun Fariza je la kat UM. Tu pun tak pernah jumpa aku lagi. Oke fine Pekja fine. Siap kau balik raya ni. Fifa pun jauh. Muadzam tu kalau tak hulu tak apa la jugak. Ni dah la Klang ni pun hulu. Sama sama hulu. Nak jadi apa ni? Tika pun. Aku pun dah lama tak jumpa cousin aku tu. Jauh kot Ganu tu. Rindu pulak nak borak dengan dia hihik! Oke kenapa tetiba aku gedik. Yang tu untung lagi masih kat semenanjung. Yang dah kat seberang Laut China Selatan tu lagi lah rindu gamaknya. Entah apa jadi dengan Jordan Knight dia entah. Dah mati mungkin? Eh Ira eh? haha! And rasa macam nak nangis sebab next month Maria dah nak fly. Byebye sayang. Tak ada lagi orang nak datang rumah aku time holiday nanti T_T

We use to spend time together. And i miss that. I miss our laughs. I miss our tears. Aku rindu the moment kita jogging sama sama then singgah kedai makan and makan selagi boleh telan. Aku rindu bila masuk dalam kereta ramai ramai then gelak tak ingat dunia. Aku rindu nak pegi tuisyen lepastu berebut duduk sebaris kat depan Sir Jaleel. Aku rindu nak barbeque. Aku rindu scooter merah aku #ehh! Aku rindu nak makan kat rumah Auty Anne. Aku rindu potong bawang putih. Aku rindu makan kat Habeeb! Ini paling aku rindu :'(

Bila aku masuk sini, macam macam orang aku jumpa. Macam macam ragam aku tengok. Pandai pandai la kau nak pilih kawan. Dah besar kan? Tak ada siapa nak halang kau nak kawan dengan siapa. Semua terletak kat tangan kau. Kau pandai bawak diri, insyaAllah kau selamat. Masuk alam remaja ni bermacam ragam kawan kau. Yang baik. Yang boleh bimbing diri kita. Yang ego. Yang pemurah. Yang sekepala. Yang tak sekepala. Yang suka tikam belakang. Yang mulut manis. Yang mulut longkang. Yang api dalam sekam. Kau cakap je nak macam mana. Macam macam ada. Jangan risau.

Tapi pada aku, aku taknak menyusahkan kawan kawan aku. Walaupun mereka pasti ada untuk aku, tapi selagi aku boleh tahan dengan masalah aku, biarlah aku fikir sendiri cara untuk get rid of that problems. Bukan apa. Aku taknak kawan kawan aku susah hati or serabut kepala fikir masalah aku. Diorang ada masalah jugak. Chill la kan? Aku akan berkongsi cerita sekadar untuk menyenangkan hati. Sekadar cukup syarat bak kata atuk nenek. Yang selebihnya, biarlah aku usahakan. InsyaAllah. Mungkin aku sudah terbiasa memikirkan masalah aku sendiri *fake smile*





Apa apa pun, aku sayang kawan kawan aku. Semua. Tadika Perpaduan Bandar Pontian '99/'00. SK Bandar Pontian '01-'06. SMK Dato Penggawa Barat '07-'09. MRSM Pontian '10/'11. UiTM Puncak Alam '12/'13. Selama mana aku anggap kau kawan aku, aku masih sayang. Walaupun kau tidak beranggapan serupa terhadap aku. Mungkin aku belum cukup baik untuk digelar kawan sejati. Tapi aku doakan kita BFTJ :')

Sekian. Let's on the phone with me :*

the  Shortie,
HafiSamsuri

A Big Hug

Assalamualaikum

The title should be a big HUH instead of a big HUG. Why big hug? Sebab aku rasa nak peluk semua orang sekarang ni. Sebab aku dah penat mengeluh kot. Tak baik mengeluh. 24 jam nak mengeluh pun tak boleh jugak. Kalau mengeluh, nampak sangat tak bersyukur. Anak anak, tak elok tu. Buang buang ==" Chill la kan?

Dan sekarang aku masih bergelumang di bawah comforter. Knaiss! Weekends yang tak proaktif langsung. Sebab mood nak balik raya dah seru. And Fais is not here. She left me alone last night. Pergi berjimba dengan budak maktab dia.Oke Fais oke. Jangan risau. Aku tak rindu kau haha! Kalau aku selalu rindu kau, habis semua bulu mata kau gugur.

Gahhhh! 16 August, please come to mama. But I dont want to face 13, 14, 15. Zitooooooo! Got quizzes and speaking class and tutorial and Dr Rosli #ehh! haha! Please please please! The N-ers need Syed Illah in the lecture hall. Nevermind. I wont give up on my Chemistry. Walaupun test haritu macam hapeeee je aku jawab. Peduli apa. Electron la. Bonding la. HCl Br H2O bla bla bla. Sekian :D

And my soul currently at my hometown. Ni jasad je ni. Nak cakap aku rindu sangat kat Pontian tu tak la sangat. Sebab baru nuzul quran last week balik. Yeayy! Gedik much! And the moment gaduh dalam bas was soooo lah mengada. Rasa macam nak pangkah diri sendiri. Loser~ And it was a nice trip-so-called lah kot. Dengan Wan punya lambat sampai bas dah nak gerak pun masih tak nampak batang hidung. Tahan kereta tepi jalan ke bang?

Dan aku dah lupa apa sebenarnya aku nak tulis. Boo ==" Kbye.

August 11, 2012

It's Hurt

Assalamualaikum

Maaf. Untuk sekian kalinya aku menjadikan blog sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Hanya untuk pemuas nafsu amarah yang bersarang dalam diri ini. Bukan untuk menjaja cerita. Maaf.

Wahai wanita cantik molek bertudung litup, maaf kerana membabitkan anda dalam segala ini. Atau anda sendiri yang suka rela untuk membabitkan diri dalam masalah ini? Saya tak pasti. Saya pasti anda ada alasan tersendiri melakukan perkara sedemikian. Terserah. Saya tak berhak mengatur perjalanan hidup anda. Tapi saya berhak mengatur perancangan kehidupan saya.

Mungkin saya masih tersenyum. Masih bergelak. Masih tertawa. Masih mampu melihat matahari bersinar. Masih mampu melihat bulan mengambang. Masih saya yang positif. Saya cukup sabar untuk 2 bulan kebelakangan ini. Saya masih bersabar dan bersabar. Bukan apa. Malas nak hirau. Kalau melenting, nanti apa pulak orang cakap. Kalau diam, orang mengata tak sudah. Mulut manusia. Siapa rela nak tolong jahitkan? Silakan.

Awak mungkin awak anggap saya buta. Saya dah cuba pejamkan mata tapi hakikatnya awak buat mata yang terpejam itu menangis. Saya sedaya upaya tak mahu tahu apa apa hubungan awak dengan dia. Saya akui saya banyak guris hati dia. Mungkin awak lebih baik dari saya. Mungkin awak lebih menarik dari saya. Mungkin awak lebih bijak dari saya. Tapi siapa kita nak pertikaikan semua itu? Setiap orang ada baik buruk sendiri kan? Mungkin ada kelebihan yang dapat saya rasai tapi awak tidak.

Awak, kita sama sama perempuan. Sila ada sedikit naluri untuk faham apa yang saya rasa sekarang. Ia sakit. Saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Cukuplah sekadar dapat melepaskan rasa pedih ini. Dan untuk pengetahuan awak, sampai sekarang saya tak tahu drama apakah yang sedang berlaku ini. Saya hanya mendiamkan diri dan menjadi pemerhati. Terlalu malas untuk mengulas.

the Shortie,
HafiSamsuri


It's Been A Long Time :)

Assalamualaikum

It's weekends and I've a lot of assignment to do. Like seriously. It's killing me slowly ==" And yeah. Hi stalker, i love you :*