August 11, 2012

It's Hurt

Assalamualaikum

Maaf. Untuk sekian kalinya aku menjadikan blog sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Hanya untuk pemuas nafsu amarah yang bersarang dalam diri ini. Bukan untuk menjaja cerita. Maaf.

Wahai wanita cantik molek bertudung litup, maaf kerana membabitkan anda dalam segala ini. Atau anda sendiri yang suka rela untuk membabitkan diri dalam masalah ini? Saya tak pasti. Saya pasti anda ada alasan tersendiri melakukan perkara sedemikian. Terserah. Saya tak berhak mengatur perjalanan hidup anda. Tapi saya berhak mengatur perancangan kehidupan saya.

Mungkin saya masih tersenyum. Masih bergelak. Masih tertawa. Masih mampu melihat matahari bersinar. Masih mampu melihat bulan mengambang. Masih saya yang positif. Saya cukup sabar untuk 2 bulan kebelakangan ini. Saya masih bersabar dan bersabar. Bukan apa. Malas nak hirau. Kalau melenting, nanti apa pulak orang cakap. Kalau diam, orang mengata tak sudah. Mulut manusia. Siapa rela nak tolong jahitkan? Silakan.

Awak mungkin awak anggap saya buta. Saya dah cuba pejamkan mata tapi hakikatnya awak buat mata yang terpejam itu menangis. Saya sedaya upaya tak mahu tahu apa apa hubungan awak dengan dia. Saya akui saya banyak guris hati dia. Mungkin awak lebih baik dari saya. Mungkin awak lebih menarik dari saya. Mungkin awak lebih bijak dari saya. Tapi siapa kita nak pertikaikan semua itu? Setiap orang ada baik buruk sendiri kan? Mungkin ada kelebihan yang dapat saya rasai tapi awak tidak.

Awak, kita sama sama perempuan. Sila ada sedikit naluri untuk faham apa yang saya rasa sekarang. Ia sakit. Saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Cukuplah sekadar dapat melepaskan rasa pedih ini. Dan untuk pengetahuan awak, sampai sekarang saya tak tahu drama apakah yang sedang berlaku ini. Saya hanya mendiamkan diri dan menjadi pemerhati. Terlalu malas untuk mengulas.

the Shortie,
HafiSamsuri


No comments: