September 8, 2012

Menanti Di Barzakh

Assalamualaikum

Pagi tadi mak aku call. Bertanya khabar tentang anak dara bongsunya ini. Pffttt! Bertuah sungguh diri menjadi anak perempuan bongsu dan mempunyai kakak yang sudah berkerjaya dan lagi seorang kakak kuat berjalan. Mentang mentang Legoland baru tersergam indah di Johor itu, dah mula la Kak Eca nak ajak pegi sana. Tu tak lain tak bukan memang Kak Hudda kena ketuk la tu hahaha! Ni aku suka ni aku suka. Tapi yang aku tak sukanyaaaaa... Time time nak final la nak ajak. Tau la dah habis final. Kalau cuti dia macam budak IPTA tak apa la jugak. Cehhh! Podachi luuuuu~ Lebih baik pegi after adik bujang aku tu habis PMR. Tapi Uniten ni gedik jibon ahhhh. Cuti kejap kejap je hmm. So, tak payah bawak Kak Eca la eh. Pegi sendiri dengan One Two Three Four Five six Seven Eight Nine Ten. Ehh! haha!

Intro aku merepek ni haishhh! Punchline dia sebenarnya nak cakap yang pagi tadi mak aku call. Nak sampaikan berita yang bekas guru besar sekolah rendah aku dulu dah meninggal. Malam tadi. Boleh dikira aku rapat jugak la dengan arwah cikgu sebab dulu time ayah aku jadi Penolong Kanan kat sekolah, bawah pimpinan arwah. And masa ayah aku sakit pun arwah ada datang melawat. Boleh dikira kawan baik ayah aku la. So, mari sama sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

Terkadang, aku terfikir. Kita semua pasti akan dijemput oleh malaikat Izrail. Sudahkah kita sedia? Apa jadi kalau nyawa kita ditarik waktu kita tengah lupa Allah? Waktu kita tengah buat maksiat? Sempat tak kita mengucap? Sempat tak kita sebut "la illahaillallah"? Macam mana kalau kita tak sempat? Adakah kita mati dalam iman tu? Hmm 24 jam pertanyaan ni bermain di minda.

"Perjalanan rohku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh
Sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya.

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa dipat hindari
Tiada siapa yang terkecuali."

the Shortie
HafiSamsuri

No comments: