September 17, 2012

Yesterday!

Assalamualaikum

Currently listening to Muara Hati followed by Take Over Control. Lately aku suka bukak max volume. Entah kenapa. Menghilangkan rasa sebal di hati mungkin. Serius hati ni merentan. Sungguh! Ahhh! Persetankan semua itu. Terasa nak tumbuk muka orang. Tumbuk sampai pecah. Biar muka tu jadi macam muka pecah tembok.

Dan satu hal yang lainnya yang buat aku sangat sebal hati adalah semalam. Erghhhh! Aku nak cerita pun buat menambah kesebalan di hati je zzzz! Tapi dalam geram, sebenarnya aku gembira. He was here yesterday. I mean, here. Cubalah cakap awal awal. Boleh la prepare apa apa yang patut. Tak la datang dengan lenggang kangkung. Aku memang lah pantang plan yang tak dirancang betul betul ni. Memang la kita merancang Allah tentukan. Tapi kalau kita sendiri yang tak merancang? What are you expect to get? So, next time sila jangan buat macam ni lagi. Tapi apa apa pun, terima kasih sebab sudi datang hulu ni. Dah stop sampai sini. Kalau nak teruskan, takut semua ke-tidakpuashati-an keluar. Lebih baik simpan sendiri.

Dan semalam jugak la kesebalan hati memuncak bila dalam bas. Omaigot!! Very la tak senonoh. Serious! Biarlah identiti dirahsiakan. Aku pun tak kenal. Ya Allah. Sumpah meluat. Aku rasa malu pun ada. Kau tak malu dengan mamat mamat bangla yang asyik tengok kau buat apa. Apa kau rasa bila buat macam tu kat dalam public transport haa? Bangga eh? Can go die. Kalau tetiba bas tu accident? Dengan korang macam tu? Kau tak rasa errrr.. Aku rasa bukan aku sorang je yang meluat kot. Semua orang dalam bas dah pandang lain macam je. Kalau korang bukan satu tempat study yang sama, patutlah batak sangat. Tapi kalau korang satu tempat study yang sama, tu namanya memang cari publisiti murahan. Aku pun bukan lah baik alim sangat nak bagi kau nasihat. Tapi beragak la oi. Public tahu public? Iman aku lemah. Aku hanya boleh mencegah dengan hati je laa. Sumpah drama korang memang tak sweet langsung. Aku rasa atok dengan nenek aku kat kampung tu lagi sweet. Aku tahu kau dah cukup besar nak fikir apa yang betul apa yang salah. Mungkin kau terdorong nafsu. Huallahu alam.

Lepas ni dah tak payah nak berjimba bagai. Nak dekat final dah ni. Wassalam.

the Shortie,
HafiSamsuri

No comments: