October 30, 2012

I Observe I Learn

Assalamualaikum

Penat. Tergolek sana tergolek sini. Mata masih segar. Mungkin kesan tidur terlalu lama petang tadi. Mungkin juga effect seteguk dua kopi pekat yang dibancuh emak. Apa apa saja lah. Sebentar tadi sudah disuruh tidur. Disuruh tidur oleh kucing dari koridor V6 haha! Untung kau tidak di sini kucing. Kalau tidak sudah aku jadikan bantal peluk. Sebentar lagi lah tidur. Mungkin akan terlelap seminit dua dari sekarang.


Muka ini. Ya muka ini. Muka ini sedang giat menjalankan aktiviti menyiasatan di pagi hari. Sungguh busybody. Bukan busybody. Dia hanya menyiasat kemudian membuat hipotesis. Sudah dinamakan hipotesis, boleh jadi perkara yang diperhati adalah benar, mungkin jugak boleh jadi salah. Itu hipotesis. Aku perhati. Aku belajar dari pemerhatian ini.

Penyiasatan aku umum. Menyeluruh. Seluruh pelusuk aku siasat. Tidak hanya menyiasat si pemain rugbi. Atau hanya menyiasat peminat peminat beliau. Kawan kawan seperjuangan juga aku siasat. Teman teman sepermain sekaraoke. Adik beradik juga aku siasat. Semakin aku siasat semakin kecil dunia ini terasa. Tergelak keseorangan di balik sunyi dinihari. Mengetahui hakikat bahawa aku mungkin kenal kalian semua sebelum ini. Tetapi jodoh belum buat kita bertemu.

Ini ayat kenapa sastera sungguh. Mata mengecil ingin istirehat. Perut terasa lapar. Biar. Tidak usah dilayan. Selamat malam semua. Mimpi indah. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 28, 2012

Dermaga Saksi Bisu

Assalamualaikum

Not in mood to make any new recipe. Masih mood berkabung berselubung. Entah. Hanya merindui telah si baju kelabu mungkin. Yang duduk bertiga di gambar 27 October 2012 •﹏• Tersenyum memandang rakan. Entah palsu entah nyata. Mungkin nyata. Kelihatan gembira melihat kerakusan nafsu makan rakan rakan hmm. 

Hati memberontak ingin kepastian. Hati merentan. Sungguh. Perangai masing masing buat masing masing terasa. Mungkin tiada guna aku terkata kata di sini. Tidak mengapa. Sekurang kurangnya 1% sudah terluah. Sudah. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
Hafisamsuri

New URL

Assalamualaikum

Tahniah! Anda sampai ke sini. Ke URL baru blog ini. Anda sudah dianggap stalker terhebat di abad ini. Kenapa url diubah? Tiada alasan tersendiri sebenarnya. Hanya kerana. Mungkin cara meluahkan perasaan. Tanpa melibatkan banyak pihak. Mungkin hanya beberapa pihak sahaja. Mungkin akan menjadi terus menjadi diary online. Segala cerita hati akan terus bersarang di sini.

Mahu diluah di twitter terasa ragu ragu. Stalker is everywhere. Mungkin selepas ini akan lebih berhati hati untuk melancarkan sesuatu tweet. Seorang stalker telah dikenal pasti. Meng-scroll TL aku dengan penuh hati hati. Dengan penuh curious. Her curiosity kills the cat. And it kills me too hmm. Sememangnya setiap pergerakan perbuatan perkataan yang terlintas di fikiran akan aku tweet. Lumrah. Dan juga sesetengah rahsia yang tidak patut diketahui orang orang terdekat selain sahabat handai dan si gulahati, juga akan ditweet. Tapi setelah diketahui adanya seorang stalker ini, harus lebih hati hati haha! Tidak sanggup aku jika dompet kempis akibat di-paww. Ini sudah ketahian. 

Luckily she understand my condition. Tidak jadi untuk paww lebih lebih. Cukuplah hanya sekadar mengkayakan cina kedai topup selama dua minggu. Hanya itu sahaja. Nak lebih pegi minta kerajaan. Kerajaan banyak duit. Nak buat H&M sebelah rumah pun boleh lah gamaknya. Dan seharusnya tidak boleh elak dari sebarang rahsia. Air dicincang tak akan dipotong. Ini peribahasa budak genius. Aku hanya mengulang tayang.


Nampak? Budak ini tersenyum lagi. Hanya dirinya sendiri tahu ini palsu atau bukan. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

Salam Aidiladha

Assalamualaikum

It's Sunday and everyone is away from hometown. Me is so lonely. Gonna be alone for a few weeks. Rasanya belum terlambat untuk ucap Salam Aidiladha buat semua pembaca dan stalker yang setia menerjah blog ni. Renungkan apa pengorbanan yang telah kita buat seumur hidup kita di dunia yang sufi ini.


Bangun pagi tadi rasa sayu. Entah kenapa. Masih terdengar sayup sayup takbir hmm. Masih belum melawat kubur arwah nyai. Walaupun hanya beberapa jengkal jaraknya dari rumah. Mungkin nanti. Bangun pagi. Tiada mood. Hasrat ingin menonton drama jepun mahupun korea. Mana tahu jika lelaki lelaki sepet itu dapat mengubat hati duka ini. Tapi last last selimut dan bantal yang menang. Bangun lagi. Terasa lapar. Tengok tengok kakak kakak semua dah nak balik. Oke fine. Senyap dah rumah lepas ni. Entah. Masalah hati mempengaruhi. Hati ini senyap juga barangkali. Sunyi.


Senyum selagi termampu. Mungkin senyum ini belum cukup manis untuk hati yang sudah tawar itu. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 21, 2012

Those 4 Days (Day I)

Assalamualaikum

It's 0016 and I'm still waiting. Inilah yang dinamakan bahana ConvoFair atau pun bahana games atau bahana Arsenal lah mungkin aku pun tak tahu lah. Once be a boy, always be a boy. I'm a girl. So, I should attract to a boy, right? And back to basic, boys always be boys. Dan dek kerana menunggu punya lama, I decided to drop by to Dr Harlina's blog just now. Lama gila berhenti kat sana. She is a gorgeous mommy. I adore her thissssssssssss much! Oke stop about B's mommy and B's daddy yang super duper awesome tu. Now, tune to my 4 days vacation lah sangat yang awesome lah sangat yang memang sangat lah gamble.

So, lets get started with the gamble plan A made by me. Segala galanya telah dirancang rapi bersama rakan sekerja sekepala yang sanggup layan kerenah aku yang mengada nak jugak buat plan ni cc Anissheyra haha! Thanks sebab sudi bagi pinjam bilik untuk beberapa malam tempat menumpang kasih sayang dari katil dan bantal kau untuk meniduri diri ini. This plan was made a week before the actual event. Maksudnya dalam pada tengah final exam tu lah plan ni terbina dengan jayanya. And so telah terbelinya tiket ke Bota/Sri Iskandar pada jam 5 petang bertarikh 13/10 dari Klang. Sepanjang perjalanan dari Klang tu memang tak lelap and I kept texting Anis. Asked her this and that. Me was so chicken lah that time. Bukan apa. Takut termiss apa apa info, ada jugak tak sampai nanti. Kalau tak sampai lepas tu kena kidnap? Haaaa acanooo? Kau nak bagi tebusan? Ehh!

Then Anis tanya boleh tak kalau nak turun depan UTP. Then I was like oke no hal as long as sampai kat V5 tu haha! Right under jejantas yang siap ada trademark tu pakcik bas berhenti. Tunggu Anis ada la dalam 15 minit. Kesian dia dari bilik berjalan ke depan. Dah la time tu renyai. Sorry Anis sorry. And on our way to V5, I gave him a call. Asked him for a dinner. And yaaa he was like "zzzz what are you talking about zzzz oke oke jom jom dinner" Then jalan sambil borak dengan Anis sampai lah depan masjid and he called me. Bertanyakan soalan yang sama berulang kali. "Ni kat mana ni? Serius la serius" Haaaa baru nak perasan ke bang? hahahahahah! Padahal aku siap berborak dengan Anis tu still tak perasan lah tu kan. Then dia angkut kitorang berdua pegi terminal Sri Iskandar sebab nak hantar Syaker balik Pontian.

Haaa yang si Syaker ni pun satu. Masuk kereta je "Hai madu hai madu" hahahahahaha! zzzzzz.. Madu manis kan kan kan? Sooooo lewlsssss me. Dah siap hantar Syaker, dia pergi merayap dinner di dengan member member dia and aku Anis FizaYahya pun pergi dinner jugak. After that baru kitorang keluar entah pergi ke mana malam malam sampai kena kejar dengan ghost rider. Cendol punya ghost rider. Selama dalam kereta tu jugak lah telinga ni mendengar dia bebel bebel eheee. I miss that actually. Punya panjang bebelan mengalahkan cacing pita. Then we had a super late supper. Mok, lu meratah somtam macam makan mee apa cerita broooo? haha! Then, barulah balik bilik semula and I slept at 3 am on that day. Penat bak hianggggggg sampai nak tidur pun tak boleh.

So, that's the end of my day 1 on this crazy and gamble vacation hahaha! I'll update the rest oke babiesssss. No worry.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 19, 2012

Nurulafifah

Assalamualaikum

To my sayang,

Nurulafifah Abu Bakar. Sorry for late wish from me heee. Maaf maaf. I know you can hear my inner voice ewaaaah hhaaha! And di ulang tahun kau yang ke 18 ni, aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga menjadi akauntan yang berjaya suatu hari kelak. Semoga menjadi anak yang solehah. Jadi kakak yang baik. pelajar yang super cemerlang. Belajar rajin rajin walaupun hakikatnya kau ni memang superrrrrrrr rajin. Rajin kau luar biasa. Aku nak ikut pun susah hishhh! Whatever it is, I always love you from the moment we met until the moment when one of us got alzheimer. Oke baby? And thanks for all advice and to be honest, you inspire me a lot. That's why I love you. Ehh!

And lagi satu. Cepatlah balik Johor. Cepatlah cepatlah cepatlah. Aku tak sabar nak test suara ni ehemm ehemm! Tak sabar nak meronggeng. Even dapat sekejap je pun jadilah. Sebenarnya aku rindu hihi kbye. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

October 8, 2012

Selingan Di Pagi Isnin

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin semua. Dont hate your Monday. Jadilah manusia yang positif. Bangun pagi dengan minda yang positif. Biar kita kawal minda, jangan minda yang kawal kita. Berfikir itu perlu dalam setiap perbuatan. Jangan jadi orang yang tak bertamadun. Fikir dulu sebelum bertindak. Fikir dulu sebelum bercakap. Silap langkah, buruk padahnya. Jangan fikir orang yang pendiam tu sombong. Dia cuma sedang berfikir untuk berkata kata daripada berkata kata tanpa berfikir dan menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Bercakap pasal berfikir ni, aku masih berfikir pasal plan A aku tu. Haishhhh! Apahal la dilemma sangat like asdfghjkl! Boleh je aku ikut plan B, C, D ......... Z kalau aku nak. Oh plan, can you be simpler? Sebenarnya bukan plan tu yang rumit tapi aku yang menjadikannya rumit. I have to think about it wisely and neatly and it must be well-organised. It should be! Supaya aku tak menyusahkan orang lain dan tak menyusahkan diri sendiri. It must be mutualism plan haha! And anyway, i havent finish my exam yet. Kbye. Assalamualaikum.


the Shortie
HafiSamsuri

Innalillah

Assalamualaikum

Pagi tadi aku tak lena tidur. Asyik tersentak. Bala. Tak lena tidur aku pagi Isnin yang damai ni. Tiba tiba dalam pukul 6 pagi mak aku call. Ini pelik. Tak pernah pernah pun. Takkan la mak aku call pepagi macam ni semata mata nak kejut aku bangun subuh. Tak mungkin. Aku kan budak baik reti bangun subuh sendiri ehehh! There must be something goes wrong somewhere hmm.

And as expected. Mak call sebab nak bagi tahu yang nyai dah tak ada. Gluppp! *terdiam kejap* She asked me whether I have exam paper for today or not. I dont have any exam today but I'm gonna sit for CSC tomorrow. Then mak cakap, tak apa lah. Lagi pun time raya hari tu dah dapat jumpa. Raya tu berapa bulan lepas maaaaak T_T Sedih jugak sebab tak dapat balik. Kak Eca dengan Halim mesti balik punya. Lagipun Kak Eca baru start sem, tak busy. Aku dengan Ika lah tak dapat balik. Ngah Hamdi lagi jauh. Family Cik Nina kat Sarawak pun jauh. Tak apa lah. Kita yang jauh ni doakanlah untuk nyai :"}

Eid 2012

The last Eid for nyai with her family. Time ni semua ada. Aku suka baring sebelah nyai dengar dia cerita macam macam. Dari dia lah aku tahu semua pasal family. Lepas tu dia ceita pasal Jepun, pasal zaman muda dia, pasal zaman muda mak aku pun dia cerita. Nyai pun suka cerita pasal cerita dia dengan arwah ya'i. Nyai ingat arwah suami dia. Nyai ingat semua tu. Kadang kadang je nyai lupa nama cucu cucu dia. Nyai selalu confused nama cucu perempuan dia. Ramai sangat katanya. Sampai kadang kadang kalau ditanya banyak kali, nyai diam tak tahu nak jawab. Nyai suka main dengan kucing yang Farahin bela tu. And nyai suka makan ikan kering :') Kini semua tu tak ada lagi. Nyai, Fiza sayang nyai, tau nyai. Serangkap Al-Fatihah buat Nyai Rubiah bt Hamzah. 8 Oktober 2012 / 22 Zulkaedah 1433 

the Shortie
HafiSamsuri

October 6, 2012

JGFHDHJTRHT

Assalamualaikum

AKU MEMANG SUKA PUN DIABAIKAN NI
AKU MEMANG SUKA PUN JADI ORANG YANG TERAKHIR TAHU
AKU MEMANG SUKA PUN MAKAN DALAM SORANG SORANG
AKU MEMANG SUKA PUN MERENTAN JIWA.
APAHAL? MASALAAAAH?
KBYEEEEEE!
;[

Just An Ordinary Post

Assalamualaikum

It's Saturday and I still haven't finish my final exam and still leisuring around with this Pooh. And it is niceeeee! Tak nice sangat pun sebenarnya sebab aku lapar zzz.. Sangat malas nak melangkah keluar dan turun pergi makan. Dan hari ni nak buat date dengan Muar wohoo! Segan lah aku nak jumpa Muar. Dah berapa kali dia datang sini tapi aku tak ada kesempatan nak jumpa dia before ni. So, hopefully hari ni dapat jumpa dia, kan Muar kan kan kan?

Dan sesungguhnya hari ini sangat lah positif dan seharusnya jadi positif. Kita yang menjalani hari hari kita. Kita yang kawal minda kita, bukan minda yang kawal kita. So, maksudnya bangun pagi jangan fikir nak cari kesalahan orang. Bangun pagi jangan nak fikir negatif je. Bangun pagi jangan nak fikir masalah orang lain. Cubalah bersyukur sikit bila dapat bangun pagi tu. Daripada tak bangun bangun, mana kau nak? 

Currently listening a talk of Prof Dr Muhaya about women. Wanita. Wanita yang dijaga maruahnya oleh agama kita. Seseorang yang patut dihormati. Tak payah nak bercerita pasal diri sebagai girlfriend orang la. Apatah lagi isteri orang. Jauh lagi perjalanan. Tu nanti bawah bawah sikit. Ni cerita pasal wanita yang paling banyak berjasa kat aku dulu. Let's talk about our supermom. I mean, my supermom. Pagi tadi mak aku call tanya pasal final hmm hmm. Alhamdulillah. All is well. Insya Allah. 

Dah tu je nak cakap sebenarnya sebab dah pergi lunch. Sumpah lapar zzzzz.. Dah dengan bangganya aku dah siap packing barang wehooo! Kbye. Assalamualaikum.

the Shortie
HafiSamsuri

October 3, 2012

Final :)

Assalamualaikum

Saya dalam mood final exam ye. Mood jiwang jiwa kacau dan sebagainya dan selanjutnya akan diluahkan kembali selepas paper CTU Jumaat 12 haribulan Oktober 2012. Doakan saya dapat jawab dengan sempurna dan tenang. Aminn. Target saya? Saya target yang terbaik!! Haritu kaan haritu kann hmm.. Saya kan hmm.. Saya terkilan tapi tak apa apa. Setiap cerita ada kisahnya. Saya akan senyum. :D Sekian.

the Shortie,
HafiSamsuri