October 30, 2012

I Observe I Learn

Assalamualaikum

Penat. Tergolek sana tergolek sini. Mata masih segar. Mungkin kesan tidur terlalu lama petang tadi. Mungkin juga effect seteguk dua kopi pekat yang dibancuh emak. Apa apa saja lah. Sebentar tadi sudah disuruh tidur. Disuruh tidur oleh kucing dari koridor V6 haha! Untung kau tidak di sini kucing. Kalau tidak sudah aku jadikan bantal peluk. Sebentar lagi lah tidur. Mungkin akan terlelap seminit dua dari sekarang.


Muka ini. Ya muka ini. Muka ini sedang giat menjalankan aktiviti menyiasatan di pagi hari. Sungguh busybody. Bukan busybody. Dia hanya menyiasat kemudian membuat hipotesis. Sudah dinamakan hipotesis, boleh jadi perkara yang diperhati adalah benar, mungkin jugak boleh jadi salah. Itu hipotesis. Aku perhati. Aku belajar dari pemerhatian ini.

Penyiasatan aku umum. Menyeluruh. Seluruh pelusuk aku siasat. Tidak hanya menyiasat si pemain rugbi. Atau hanya menyiasat peminat peminat beliau. Kawan kawan seperjuangan juga aku siasat. Teman teman sepermain sekaraoke. Adik beradik juga aku siasat. Semakin aku siasat semakin kecil dunia ini terasa. Tergelak keseorangan di balik sunyi dinihari. Mengetahui hakikat bahawa aku mungkin kenal kalian semua sebelum ini. Tetapi jodoh belum buat kita bertemu.

Ini ayat kenapa sastera sungguh. Mata mengecil ingin istirehat. Perut terasa lapar. Biar. Tidak usah dilayan. Selamat malam semua. Mimpi indah. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

No comments: