October 8, 2012

Innalillah

Assalamualaikum

Pagi tadi aku tak lena tidur. Asyik tersentak. Bala. Tak lena tidur aku pagi Isnin yang damai ni. Tiba tiba dalam pukul 6 pagi mak aku call. Ini pelik. Tak pernah pernah pun. Takkan la mak aku call pepagi macam ni semata mata nak kejut aku bangun subuh. Tak mungkin. Aku kan budak baik reti bangun subuh sendiri ehehh! There must be something goes wrong somewhere hmm.

And as expected. Mak call sebab nak bagi tahu yang nyai dah tak ada. Gluppp! *terdiam kejap* She asked me whether I have exam paper for today or not. I dont have any exam today but I'm gonna sit for CSC tomorrow. Then mak cakap, tak apa lah. Lagi pun time raya hari tu dah dapat jumpa. Raya tu berapa bulan lepas maaaaak T_T Sedih jugak sebab tak dapat balik. Kak Eca dengan Halim mesti balik punya. Lagipun Kak Eca baru start sem, tak busy. Aku dengan Ika lah tak dapat balik. Ngah Hamdi lagi jauh. Family Cik Nina kat Sarawak pun jauh. Tak apa lah. Kita yang jauh ni doakanlah untuk nyai :"}

Eid 2012

The last Eid for nyai with her family. Time ni semua ada. Aku suka baring sebelah nyai dengar dia cerita macam macam. Dari dia lah aku tahu semua pasal family. Lepas tu dia ceita pasal Jepun, pasal zaman muda dia, pasal zaman muda mak aku pun dia cerita. Nyai pun suka cerita pasal cerita dia dengan arwah ya'i. Nyai ingat arwah suami dia. Nyai ingat semua tu. Kadang kadang je nyai lupa nama cucu cucu dia. Nyai selalu confused nama cucu perempuan dia. Ramai sangat katanya. Sampai kadang kadang kalau ditanya banyak kali, nyai diam tak tahu nak jawab. Nyai suka main dengan kucing yang Farahin bela tu. And nyai suka makan ikan kering :') Kini semua tu tak ada lagi. Nyai, Fiza sayang nyai, tau nyai. Serangkap Al-Fatihah buat Nyai Rubiah bt Hamzah. 8 Oktober 2012 / 22 Zulkaedah 1433 

the Shortie
HafiSamsuri

No comments: