October 28, 2012

New URL

Assalamualaikum

Tahniah! Anda sampai ke sini. Ke URL baru blog ini. Anda sudah dianggap stalker terhebat di abad ini. Kenapa url diubah? Tiada alasan tersendiri sebenarnya. Hanya kerana. Mungkin cara meluahkan perasaan. Tanpa melibatkan banyak pihak. Mungkin hanya beberapa pihak sahaja. Mungkin akan menjadi terus menjadi diary online. Segala cerita hati akan terus bersarang di sini.

Mahu diluah di twitter terasa ragu ragu. Stalker is everywhere. Mungkin selepas ini akan lebih berhati hati untuk melancarkan sesuatu tweet. Seorang stalker telah dikenal pasti. Meng-scroll TL aku dengan penuh hati hati. Dengan penuh curious. Her curiosity kills the cat. And it kills me too hmm. Sememangnya setiap pergerakan perbuatan perkataan yang terlintas di fikiran akan aku tweet. Lumrah. Dan juga sesetengah rahsia yang tidak patut diketahui orang orang terdekat selain sahabat handai dan si gulahati, juga akan ditweet. Tapi setelah diketahui adanya seorang stalker ini, harus lebih hati hati haha! Tidak sanggup aku jika dompet kempis akibat di-paww. Ini sudah ketahian. 

Luckily she understand my condition. Tidak jadi untuk paww lebih lebih. Cukuplah hanya sekadar mengkayakan cina kedai topup selama dua minggu. Hanya itu sahaja. Nak lebih pegi minta kerajaan. Kerajaan banyak duit. Nak buat H&M sebelah rumah pun boleh lah gamaknya. Dan seharusnya tidak boleh elak dari sebarang rahsia. Air dicincang tak akan dipotong. Ini peribahasa budak genius. Aku hanya mengulang tayang.


Nampak? Budak ini tersenyum lagi. Hanya dirinya sendiri tahu ini palsu atau bukan. Sekian. Assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri

No comments: