November 29, 2012

Don't You Have Yours?

Assalamualaikum

Diri sudah terasa wangi. Bau Carrie Junior berterbangan. Jangan tanya kenapa aku bajet budak kecik pakai Carrie Junior. Aku tak curi Carrie Junior adik kau pun. Jangan risau. Dan earphones masih di telinga mendendangkan masih lagu yang sama. Aankhen Khuli Ho Ya Ho Band. Peduli apa aku sama penyanyi dia. Lagu dia best. Daripada melayan lagu Justin Bieber yang seperti orang kelainan upaya bercakap. Tudiaaa dulu kecik kecik kuat makan pulut. Bila besar jadi gagagagagap. Oh Jas Tin Bibi haha!

Dan sesungguhnya ini post bukan untuk Jas Tin Bibi. Sungguh bukan. Ini post hanya sekelumit perasaan di dalam hati. Perasaan di mana diri berasa tidak suka kurang gemar menyampah meluat dan seangkatan dengannya apabila orang lain mencuba untuk menjadikan hak milik apa yang kita punya. Ada sesetengah pihak ingin menjadi tuan tanah. Menukar hak milik. Nampak ketamilan ayat aku di situ. Haa cantik molek muka kau nak tukar hak milik. Kau ingat ini tukar tanah guna geran tanah?

I know you have yours. Please stay away from mine. What if someone else flirts around with yours? Haaa aku taknak lah cakap banyak kan. Oh lagi satu. Aku rasa tak perlu kot nak goodnight wishes via text segala. Kan? Kbye. Assalamualaikum.


Bila lu nak bawak wa lepak sini bang? Ini gambar hiasan hasil rompakan dan sewaan dari Whatsapp Mushy. Dont worry bro. Nanti wa belanja lu chokichoki. Lu cakap je nak berapa paket. Nanti wa belikan haha! Wa tahu sekarang lu masih membuta kat atas katil. Zzzz

HafiSamsuri Cemerlang
0741AM-29/11/2012

Cinta Dua Darjat. Kawan Dua Darjat.

Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa hari ni giat membuat penulisan. Mungkin melepaskan geram. Mungkin banyak yang terbuku di hati tapi tak terluah. Entah. Menurut teori ini mungkin simptom simpton menandakan cuti sem bakal melabuhkan punggungnya. Kbye.

No. Actually I've this kinda of observing habit. And recently some issues just popped on my mind. Perlu ke cinta dua darjat ni wujud? Masalahnya kalau cinta dua darjat je tak apa. Ni dengan member member si girlfriend dengan member member si boyfriend pun dua darjat. It's not like cinta dua darjat. It's like cinta berdarjat darjat. Hello kemon lah. Adakah pengguna ipong boleh couple dengan ipong user je? Lepak dengan bb user. Yang si bb user tu pulak couple dengan bb user jugak. Lepas tu 3310 user dipulaukan. Kebiadapan apakah di situ???!

Memang ada pun sesetengah manusia yang macam ni. Sesetengah je oke. Sesetengah. Tak semua. Yang hot tu lah boyfriend kau. Yang cun tu lah girlfriend kau. Yang kaya anak dato tan sri bla bla bla tu lah member kau. Yang tweetfamous tu lah jiran kau. Yang pakai kereta paling rare kat dunia lah kawan sekuliah kau. Yang bapak dia cop duit tu lah kawan setilam sebantal secadar kau. Ingat. Itu semua duit mak bapak dia. Kau ingat ini cerita Putera Rayyan? Si heroin gila meroyan. Si hero kena paksa kawin dengan perempuan lain? Semata mata demi duit jutaan ringgit yang 7 generasi tak habis. Tak ada kaitan. Selagi dia tak keje, selagi makan minum dia mak bapak dia tanggung, kau tak payah bersembang A+, oke? Anway, korang belum kawin lagi pun.

Memang cinta tu perlukan duit semata mata ke? Memang cinta tu setiap anniversary kena sambut ke? Beli hadiah mahal mahal? Ni aku cakap cinta dalam kalangan remaja. Sekali lagi bercakap depan cermin. Apa kata hari hari kita doakan si dia dalam keadan sihat. Mak ayah dia sihat. Keluarga dia bahagia. Lagi elok kot. Lumrahlah manusia ada perasaan cinta. Ayat cliche. Assalamualaikum.



HafiSamsuri Cemerlang
0552am-29/11/2012

Mendustai. Ya. Itu kita. Semua.

Assalamualaikum

Selamat pagi yang hening. Hujan mencurah seperti mahu kita terus dibuai lena. Hanya mereka yang kuat iman je boleh bangun sepertiga malam untuk bermujahadah melawan nafsu dan terus beribadat kepada-Nya. Bukan macam aku. Yang tak tidur. Sanggup bersengkang mata menaip bait bait kata di post ini sambil mendengar lagu Aankhen Khuli Ho Ya Ho Band. Bukankah Allah menjadikan nikmat malam untuk kita berehat setelah siang hari mencari rezeki? Konsep anak muda sekarang. Malam tak tidur. Esok zohor dah nak habis baru bangun. Tu untung kalau zohor dah nak habis bangun. Reti jugak nak bangun. Yang dah maghrib baru nak bangun tu apa cerita? "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Dalam sesaat, nikmat yang Allah beri kepada kita memang tak dapat dihitung. Berapa banyak O2 yang kita sedut? Bersyukur tak kita bila dapat bangun dari tidur? Tidur itu mati sementara. Mati itu tidur selamanya. Ohh dan ada satu perkara yang sering bermain main dalam otak aku. Mungkin anda juga mengalami. Pernah tak anda bersungguh sungguh meminta sesuatu dari Allah. Anda berusaha. Anda berdoa. Tak putus putus berdoa. Dan dalam masa menunggu Allah menjawab doa anda, anda berbuat dosa. Berbuat perkara tak senonoh. Tidak berlaku ihsan pada ibu bapa. Menzalimi diri sendiri. Berbuat maksiat. Tapi anda masih berfikir "aku ni nak something, baru nak mintak kat Allah. Tapi sekarang aku buat dosa. Aku taktahu lagi Allah jawab doa aku ke tak. Entah esok aku mati, macam mana?" "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Mungkin ada sesetengah antara kita yang sepertinya solat cukup. Aurat tutup, ye tutup. Tapi masih bergelumang dengan maksiat. Masih berhasad. Masih hanya ingin menurut apa kehendak zaman. Hanya masih ingin mengikut trend masa kini *bercakap depan cermin* Mungkin penggunaan aku lebih tepat. Kalau semuanya sempurna, kenapa perlu terdapat "masih" di situ? Jangan cakap, "oh aku solat, buat maksiat sekali sekala tak apa lah kan". Kalau solat aku betul, aku seharusnya dah sepatutnya tidak berbuat maksiat. Kalau cara aku menutup aurat betul, bukan macam bungkus nangka, seharusnya dan sepatutnya aku tahu batas batas pergaulan dengan ajnabi. Mana halal mana haram. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Penulisan di pagi hari ini bukan hanya sekadar penulisan di pagi hari. Bukan penulisan bajet muslimah sejati dan omong kosong. Penulisan ini hanya cetusan hati sebagai khalifah di bumi Allah ini. Khalifah yang sering lalai mengingati-Nya. Khalifah yang kerap mendustakan nikmat yang Allah beri, walaupun nikmat itu sudah terang lagi bersuluh. Sama sama kita renungkan. Apa yang baik datang dari Allah. Jika terdapat keburukan, itu berpunca dari kita. Huallahu alam.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Ar-Rahman]


HafiSamsuri Cemerlang
0526am-29/11/2012


November 25, 2012

All The Best, Love.

Assalamualaikum

Couple minutes to midnight. And I'm so dayyumly sleepy right now. Need some energy to wake up early in the morning for tomorrow. Entah ke mana mak aku nak bawak aku pergi esok. Ikut jelaa. Bukan kena bayar pun kan haha! Oh! And tomorrow this Tom Celop gonna have rugby match or tournament or whatsoever it's called. Rugby for ANSARA. Lokasi? Entah. I also dont have any idea where it will be held. Memang Bangi tu kecik pun kan.


Ini gambar bila entah taktahu lah. Yang penting kat padang maktab. Time minggu aktiviti mungkin. Dan mungkin dari gambar Yana. I dont know sebab ni curi kat Fb sana haha! Oke bang lu tak payah nak bergaya macam model padang rumput sangat oke. Tahu lah hensem. Semua orang nak bergambar sesama. Handsome lah katakan. Sampai orang ramai kerumun. Kaaaaaan? Tak gitu ye bang? -..- Macam model majalah FHM. Derr~ Tak pernah pulak aku tengok cover FHM tu gambar lelaki. Rare mungkin kali ni nak letak gambar lelaki. Apadehal? Kisah pulak kan.


Goodluck for tomorrow oke Mok. I wont be there tomorrow. So you no need to look around whether there are couple of eyes straring at you. I mean, my eyes. No worries. Although I really want to watch you during the match. One day. Perhaps. Just do your best and take care. Do eat a lot. Big boy must be taff. Oke lagi big boy kot daripada wa panggil lu fatty boy haha! Lu pilih nak yang mana broo? Anyway, I like that jersey wehooowehoo! Oke mata dah macam bila bila boleh tertutup tanpa sedar. And one more thing. I wont spam the TL anymore. Or rarely see me on TL. See you later. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang
0019am-25/11/2012

November 24, 2012

Must Read

Assalamualaikum


Kepada diri yang masih bergelar pelajar, marilah sama sama kita luangkan sedikit masa untuk baca buku ni. Kemuadian, refleksi diri. Tak menyesal baca. Serius. Selamat membaca. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang,
1040am-24/11/2012

November 4, 2012

Away

Assalamualaikum

Hi readers hi stalkers! My laptop will be handed to Kak Huda for a week. Oke fine fine. Bawak la laptop ni pergi berhijrah over the South China Sea. I'm fine here with out laptop tsk tskk! Watlek je sudah. Aku pun bukan update blog selalu. Or lebih tepat, bukan ramai orang nak baca blog aku. Have a nice journey. And kirim assalamualaikum kat Cik Nina sekeluarga. Entah bila nak sampai sana entah la. Sobsss much.


Rindu siung aku? Aku tak gigit orang. Tataplah gambar di atas sampai tembus laptop kau. Aku tak kisah. Nanti minta ayah kau orang belikan baru ye. Dan bagi sesiapa yang merindui diri ini, usah risau. Mention sahaja aku. Pasti dibalas. Pehhh! Retis kalah kau nyah. Pergi terjun gaung haha! Tapi macam mana nak layan drama Jepun aku ni haihhh laaa.. Later gonna update about the rest of Those 4 Days haha! Assalamualaikum.

the Shortie,
Hafi Samsuri

November 3, 2012

Those Words

Assalamualaikum

Morning readers. It's Saturday and hello November. And lately, I kept thinking and wondering, am I too loud or too harsh in tweeting or posting those entries? Bukan apa. Bila baca balik semua tu macam ermmm hmmm. Kalau ada yang kuat terasa memang sentap kot. Dulu lah dulu je. Sekarang dah kurang sikit dah kesarcastican di situ. Mungkin laa. Tapi nasib lah siapa siapa yang masih terasa. Bak kata pepatah Jawa, the words eat me inside. Haaa amik kau direct translation satu wahahaha!

Sampai satu tahap bila akak manis tunjang seorang ni buat aku sedar. Dia pernah cakap yang rasa diattack oleh beberapa ayat ayat yang aku keluarkan. I dont know either it is from my tweets or blog entries. Both maybe haha! Akak manis, dont worry kak. I wont attack you lah kak. My name is Nurhafizah and I'm not a canibal. I dont eat people's meat. Too much calories from chicken mc deluxe, mcshaker, domino pizza, kfc double down, kenny rogers roasters so on and so forth haha!

So, I'll watch my words after this. Lidah tiga inci boeh membunuh manusia enam kaki. Tweet 140 huruf boleh menggores sebilangan hati. Jika ada salah, sila tegur. Jika kata kata tidak wajar, sila bagitahu. Jika perbuatan terlalu melampau, sila tegah.


Or maybe I just remain silent and just do the orservation again and again. That should be better kot, kan? With love, assalamualaikum.

the Shortie,
HafiSamsuri