November 29, 2012

Cinta Dua Darjat. Kawan Dua Darjat.

Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa hari ni giat membuat penulisan. Mungkin melepaskan geram. Mungkin banyak yang terbuku di hati tapi tak terluah. Entah. Menurut teori ini mungkin simptom simpton menandakan cuti sem bakal melabuhkan punggungnya. Kbye.

No. Actually I've this kinda of observing habit. And recently some issues just popped on my mind. Perlu ke cinta dua darjat ni wujud? Masalahnya kalau cinta dua darjat je tak apa. Ni dengan member member si girlfriend dengan member member si boyfriend pun dua darjat. It's not like cinta dua darjat. It's like cinta berdarjat darjat. Hello kemon lah. Adakah pengguna ipong boleh couple dengan ipong user je? Lepak dengan bb user. Yang si bb user tu pulak couple dengan bb user jugak. Lepas tu 3310 user dipulaukan. Kebiadapan apakah di situ???!

Memang ada pun sesetengah manusia yang macam ni. Sesetengah je oke. Sesetengah. Tak semua. Yang hot tu lah boyfriend kau. Yang cun tu lah girlfriend kau. Yang kaya anak dato tan sri bla bla bla tu lah member kau. Yang tweetfamous tu lah jiran kau. Yang pakai kereta paling rare kat dunia lah kawan sekuliah kau. Yang bapak dia cop duit tu lah kawan setilam sebantal secadar kau. Ingat. Itu semua duit mak bapak dia. Kau ingat ini cerita Putera Rayyan? Si heroin gila meroyan. Si hero kena paksa kawin dengan perempuan lain? Semata mata demi duit jutaan ringgit yang 7 generasi tak habis. Tak ada kaitan. Selagi dia tak keje, selagi makan minum dia mak bapak dia tanggung, kau tak payah bersembang A+, oke? Anway, korang belum kawin lagi pun.

Memang cinta tu perlukan duit semata mata ke? Memang cinta tu setiap anniversary kena sambut ke? Beli hadiah mahal mahal? Ni aku cakap cinta dalam kalangan remaja. Sekali lagi bercakap depan cermin. Apa kata hari hari kita doakan si dia dalam keadan sihat. Mak ayah dia sihat. Keluarga dia bahagia. Lagi elok kot. Lumrahlah manusia ada perasaan cinta. Ayat cliche. Assalamualaikum.



HafiSamsuri Cemerlang
0552am-29/11/2012

No comments: