November 29, 2012

Mendustai. Ya. Itu kita. Semua.

Assalamualaikum

Selamat pagi yang hening. Hujan mencurah seperti mahu kita terus dibuai lena. Hanya mereka yang kuat iman je boleh bangun sepertiga malam untuk bermujahadah melawan nafsu dan terus beribadat kepada-Nya. Bukan macam aku. Yang tak tidur. Sanggup bersengkang mata menaip bait bait kata di post ini sambil mendengar lagu Aankhen Khuli Ho Ya Ho Band. Bukankah Allah menjadikan nikmat malam untuk kita berehat setelah siang hari mencari rezeki? Konsep anak muda sekarang. Malam tak tidur. Esok zohor dah nak habis baru bangun. Tu untung kalau zohor dah nak habis bangun. Reti jugak nak bangun. Yang dah maghrib baru nak bangun tu apa cerita? "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Dalam sesaat, nikmat yang Allah beri kepada kita memang tak dapat dihitung. Berapa banyak O2 yang kita sedut? Bersyukur tak kita bila dapat bangun dari tidur? Tidur itu mati sementara. Mati itu tidur selamanya. Ohh dan ada satu perkara yang sering bermain main dalam otak aku. Mungkin anda juga mengalami. Pernah tak anda bersungguh sungguh meminta sesuatu dari Allah. Anda berusaha. Anda berdoa. Tak putus putus berdoa. Dan dalam masa menunggu Allah menjawab doa anda, anda berbuat dosa. Berbuat perkara tak senonoh. Tidak berlaku ihsan pada ibu bapa. Menzalimi diri sendiri. Berbuat maksiat. Tapi anda masih berfikir "aku ni nak something, baru nak mintak kat Allah. Tapi sekarang aku buat dosa. Aku taktahu lagi Allah jawab doa aku ke tak. Entah esok aku mati, macam mana?" "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Mungkin ada sesetengah antara kita yang sepertinya solat cukup. Aurat tutup, ye tutup. Tapi masih bergelumang dengan maksiat. Masih berhasad. Masih hanya ingin menurut apa kehendak zaman. Hanya masih ingin mengikut trend masa kini *bercakap depan cermin* Mungkin penggunaan aku lebih tepat. Kalau semuanya sempurna, kenapa perlu terdapat "masih" di situ? Jangan cakap, "oh aku solat, buat maksiat sekali sekala tak apa lah kan". Kalau solat aku betul, aku seharusnya dah sepatutnya tidak berbuat maksiat. Kalau cara aku menutup aurat betul, bukan macam bungkus nangka, seharusnya dan sepatutnya aku tahu batas batas pergaulan dengan ajnabi. Mana halal mana haram. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Penulisan di pagi hari ini bukan hanya sekadar penulisan di pagi hari. Bukan penulisan bajet muslimah sejati dan omong kosong. Penulisan ini hanya cetusan hati sebagai khalifah di bumi Allah ini. Khalifah yang sering lalai mengingati-Nya. Khalifah yang kerap mendustakan nikmat yang Allah beri, walaupun nikmat itu sudah terang lagi bersuluh. Sama sama kita renungkan. Apa yang baik datang dari Allah. Jika terdapat keburukan, itu berpunca dari kita. Huallahu alam.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Ar-Rahman]


HafiSamsuri Cemerlang
0526am-29/11/2012


No comments: