December 30, 2012

Early Marriage

Assalamualaikum

Title macam title nak buat open essay untuk BEL. Ni kalau Umi ke Cikna baca ni boleh la buat idea nak hantar kat Puan Lizana haha! Sekarang mood masih cuti so takda mood nak selak selak manja semua nota. Ada la sikit. I mean, sikit yang benar benar sikit. Itu pun tenung nota physics chemistry je. Lepastu, tweet tweet tweet youtube. Rasa hati melompat lompat tengok orang berzapin. Nampak la Johor tulen kat situ.

Oke ni bukan agenda utama yang nak diketengahkan. Last  few days jumpa Fariza. Time tu tengah lepak lepak makan froyo dengan Latep. And that time I was like, "kan bagus kalau Pekja ada kat sini. Boleh lepak lepak gossip" Then all of sudden nampak Wawa and other two girls. Nampak yang rendang rendang sikit tu, sah confirm Pekja. Bukan nak perasan aku kat situ pun. Pergi sergah sikit. Nasib baik lah nasib baik tangan dia tak ringan macam dulu lagi haha! 

:)
Having a little chitchat. Biasalah perempuan kalau dah jumpa, borak kami gossip memanjang. Peace. Tak mahu marah marah. Nanti kena jual. Rasanya kalau tak jumpa Pekja, aku pun tak tahu ada senior yang dah kahwin. Our senior by two years in Dato. I can recognise him until Wawa showed he his profile. Boleh la ingat sikit sikit. Sikit je la. Aku dulu mana rapat dengan senior. Senior pun tak kenal. Well. Budak nerd lah katakan dulu. Tak amik port aku hal hal senior junior ni haha!

20. Umur yang cukup muda untuk kahwin? Jodoh dia dah sampai. Nak tunggu apa lagi. But I'll consider to get married that soon. Datsun? Topik ni selalu dikupas sekupas kupasnya kalau aku dengan Fais. Masing masing otak fikir nak kerja dulu. Let see, kalau kahwin awal, we're still students,right? Celah mana nak focus study. Balik rumah jadi isteri. Tak susah pun sebenarnya. Ikut individu lah kan. Siapa dah bersedia, harini masuk meminang esok terus kahwin. Kalau lah ada CEO Petronas nak kat aku, esok pun boleh kawin. But, I'll stick with my CEO ewahhhhh! Kgatal.

Kalau yang kahwin muda ni semua rata ratanya si suami dah berkerjaya tetap. Dapat income tetiap bulan masuk. Tak pun si isteri anak orang ternama. Tak pun dedua kaya. Ibu bapa tak ada tanggungang lain. Yang penting dari sudut ekonomi tu tak ada hal la nak support keluarga baru. Tak menjejaskan ekonomi ibu bapa. Ni pendapat aku je la asal kahwin awal ni. Tak salah kan? Tapi bagus jugak kahwin awal. Elak maksiat. Daripada terus bergelumang dengan dosa, baik kahwin terus. Jalin hubungan halal, Allah pun redha. Sekian. Assalamualaikum.

HafiSamsuri Cemerlang,
30/12/2012-1050AM

No comments: