December 25, 2013

Almond Jelly With Lychee Syrup

Assalamualaikum

Hari ni macam rajin sikit nak buat post pasal resepi. Tbh, ni first time buat post resepi. Mungkin lepas ni boleh terus buat post pasal resepi kan. Memang semua resepi dalam buku Miss Zai ni aku keluarkan. Peace Miss. So, tak payah bebel panjang. Moh ler kita buat agar agar badam or sedap sikit nama dia almond jelly.

What we need are :

10   gm  Agar agar
500 ml  Air
120 gm  Gula pasir
3   cwn  Susu cair
Daun pandan
Esen badam
Buah laici
Buah longan
Ceri / Strawberry

Then, we need to :

1.  Didihkan 500ml air dan masukkan agar agar. Tunggu sampai agar agar larut like seriously larut sangat sangat before masukkan gula. Sebab kalau agar agar tak larut betul tapi gula dah masuk, kacau lah atas api sampai kucing berjambang memang tak lah agar agar tu nak larut lagi.
2.  Biarkan mendidih, then masukkan susu cair dan esen badam. Esen badam ni letak sikit je. Anggaran setengah sudu teh sebab haritu buat terletak banyak, rasa jelly jadi macam rasa ubat antibiotik. Sigh.
3.  Dan siap larut masak agar agar tu semua, tapiskan bagi clear jelly tadi then masukkan dalam acuan. Lepatu bolehlah sejukkan dalam chiller.
4.  So, untuk sirap, didihkan 100ml air, gula sikit, then amik sikit sirap laici dengan sirap longan. Panaskan atas api berserta daun pandan. Kalau suka manis, tambah gula bebanyak.
5.  Lastly, boleh lah hidangkan almond jelly yang dah disejukkan tadi dengan sirap laici ditambah dengan buah laici longan ceri strawberry tu semua. Hiaslah cecantik kalau ada party, yedak?


Almond jelly atas ni aku dengan Nina buat and Nina hias sebab bab bab plating memang lah aku out. Nina creative. Budak seni katekooo. Sesiapa yang nak cuba almond jelly ni bolehlah try. Sedap tak sedap tu terpulang citarasa masing maisng. Kerana sedap itu subjektif  :)

Untuk Purnama Ke 24

Assalamualaikum,

Mungkin agak terlambat sikit nak diceritakan. Lima hari lewat mungkin? Enam? Entah. Aku jadi lupa tarikh hari sejak usia makin kian menginjak ke arah puluhan ni.


Maaflah gambar curi dari laman sosial. Dah kau asyik memain bagi gambar entah player Arsenal mana kau sebat entah. Yang dua dari kanan sedang berpeluk tubuh tu. Ssup bro? Kau tahu sepanjang rasminya dua puluh empat purnama ini, aku selalu sengih sorang sorang bagai kera sumbing. Itu tak campur lagi tujuh belas purnama yang sebelumnya dulu kawan mesra lah gamaknya. Tolak lagi enam purnama yang lalu. Airmata aku enam purnama tu kalau disejatkan boleh buat bekalan garam tiga sem aku masuk dapur. Kau hilang entah ke mana. Aku hampir putus asa sepanjang enam purnama tu kau tahu? Tak tahu mari sini aku kabo.

Enam purnama lalu, aku macam mati anak kucing awalnya. Bayang kau pun entah ke mana. Lagikan nak dengar suara nak berbalas whatsapp. Andai saja Tronoh - Dungun tu dekatnya ibarat huruf A dan B. Tak mungkin bukan? Hati tisu aku pun entah ke mana. Last last aku decide aku tunggu kau bagi explaination. Aku tak gila lagi nak hukum orang tanpa dengar explanation. And I'm glad that you remember what you're suppose to remember. Tapi aku jadi agak kekok lepas enam purnama tu. Sarcasm aku tak payah cerita. Sentiasa agaknya.

Dan sekarang, banyak lagi yang aku perlu tahu tentang kau. Banyak lagi yang kita masih tak cerita bersembang kencang, kan? Tak apa. It takes time to be like we used to be. Apa apa pun, terima kasih aku ucap. Selain mak bapak aku, kau lah orang yang ada bila aku jatuh. Kau cakap tak apa, rezeki lain kan ada. Lepas aku nangis nangis call mak, aku call kau. Kau siap cakap lawak amende entah. Kwahaja kan buat lawak time aku tengah sedih. Dan memang rezeki aku di sini, insyaAllah. Tapi thanks buat aku gelak dalam sedih. Tapi rasanya kau je yang buat aku gelak bila aku sedih. Aku tak pernah pulak buat kau gelak time kau sedih. Ke sebab kau sembunyikan sedih kau? Entah.

Nampaknya cita cita aku nak sejawatan dengan kau boleh aku kuburkan dalam dalam. Mungkin nanti lepas ni kau boleh bawak aku tinjau tinjau complex tu malam malam. Aku nak tengok lampu je. Serius. Aku tak kacau bila kau kerja nanti. Kalau kau bawa aku jenjalan waktu malam kat complex tu, hari hari aku masakkan makanan favourite kau. Advance kan aku fikir? So, sekarang jangan marah aku kalau aku balik Johor malam sebab aku suka tengok lampu lampu kat complex tu waktu malam. Cantik dia pehhhhh! I'll keep your words.

Aku taip ni sambil dengar marathon lagu Secondhand Serenade. Bukan sebab kau suka lagu lagu dia. Bukan sebab kau pernah nyanyikan untuk aku. Jauh pulut dari panggang. Tapi lagu lagu ni soothing gila. Buat aku ingat kat kau. Buat aku rindu kau. Buat aku angankan picnic tepi padang kita yang masih belum terjadi. Ecehhhh geli mak noksss! Kau jangan ingat aku tak punya perasaan k. Bila nak jumpa woii? Jiwa aku merentan tahu tak? Distance yucksss! But still, I believe in you. I believe in us.

"Don't you know
My heart is pumping
It's putting up the fight
And I've got this feeling
That everything is alright
Don't you see?
I'm not the only one for you
But you're the only one for me" - Stay Close, Don't Go

p/s: Maaf kalau lepas ni gurauan lagi kasar bakhiangggg!

December 14, 2013

Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum,

Yesterday, a charity event was hold by UiTMT and it was great. Kitorang pergi melawat mangsa mangsa banjir yang kebanyakkannya air dah surut tapi still rumah masih belum sempat dibersihkan. And so berjalan punya berjalan, terjumpalah satu nenek ni and ikut dia pergi rumah kawan dia. Borak borak kosong je. Dalam erti kata sekarang, lepak lepak lepaskan stress.

Aku suka jumpa orang tua tua macam ni. Banyak pengalaman banyak cerita yang boleh dijadikan pedoman hidup. Tok yang pakai tudung kelabu gelap tu kaki dia patah. I mean tulang kaki dia patah dan terkeluar. You can see the bone macam pembaris patah tu seriouly. Cerita dia, masa 5 6 tahun lepas, dia accident kena langgar dengan motor time tengah turun bas. Dah la kena langgar, orang yang langgar tu lari pulak. Kesian aku tengok tok ni. Nasib baik anak anak ingat lagi kat dia. Masa diorang duk sibuk sibuk bercerita, teringat aku kat arwah nyai, kat wak menik.

Banyak tok tok ni bagi nasihat. "Belajo molek", ye kabo. Lepastu dia ajar lah wirid wirid lepas solat. Bagi sikit petua itu ini. Lagi satu dia cakap, dia amalkan habatus sauda.  Alhamdulillah sihat lagi boleh jahit tak pakai spec. Terima kasih banyak banyak tok sudi layan kami kami ni. InsyaAllah ada umur ada rezeki, kami datang lagi ye tok.

December 2, 2013

Thank You.

Assalamualaikum,

It's been six months, dude. Six months of blaming myself. Six months of wondering what was going on. Six months of ounce of bloody tears. Six months of puzzling the things that you did. Six months of dissatisfaction. Six months of mixed feelings. And the list goes on and on. After all, I'm still into you. Ihikss!

Instead of putting all the blame on you, and left the question marks unsolve, I'd like to thank you. Thanks for being silent pusher ewahhh pusher kau kemain. Like seriously. You pushed me to do my best in my study. Yes you did. You pushed me to stay focus. Yes you did. You pushed me to stop melagha. Yes you did. You pushed me to be good. Yes you did. But you cant stop me from sheding tears when you're not around. And the most important thing is, you are the most asdfghjklzxcvbnm best rival I've ever met. It's not the things that you do but it's you. You're the one who make yourself as my benchmark. Or should I say you inspire me a lot. If you can get the scholarship, why not me, aite? Just wait for the time and I'll make my parents smile. So do you.

And me, too. Together. Shall we?

November 29, 2013

Mim Ya Sin Sin Ya Nga

Assalamualaikum,

Mengambil tahu dan perempuan berpisah tiada. Iri hati dan makan hati. Akhirnya si perempuan menderita. Itu pembodohan kepada diri perempuan sendiri yang teramat sangat.

Aku kata aku menunggu. Itu dulu. Tidak lagi kini. Rasanya mungkin aku sekarang perlu kejar kau. Sedangkan kau berjalan, bukan? You keep walking. Never mind. I'll chase after you. Sabar dulu. Aku belum kejar lagi. Masih warm up. Lepas on-your-mark-get-set-go tengoklah, aku kejar kau macam Ussain Bolt.

Kenapa aku perlu kejar kau? Walhal kau dah berjalan tanpa berpaling ke arah aku lagi, mungkin. Sebabnya, berbalik kepada perenggan pertama. Dan aku rasa something bila berbalik perenggan pertama. Macam wow woww wowwww! Aku ada hati lagi. Mim ya sin sin ya nga.

Wasalam.

November 25, 2013

Assalamualaikum,

"Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah. Aku berdiri dan merenung"

Aku rasa tak sesuai aku bagi ayat ni. Aku sedar, I have to fight for you if I want to be with you. Sebab tu tadi aku buat kerja berani mati. Dah lama sangat rasa nikmat hidup lah mungkin. Dulu nombor tu mainan hujung jari aku je. Tapi tadi pertama kali aku tekan. Untuk tahu kau wujud lagi. Atau tak?

"Memang lah jodoh tu Allah tentukan. Tapi kalau kita tak usaha, mana jodoh nak datang bergolek?" - Sha

Aku dah give up mulanya. Tapi rasa nak move on tu macam rasa aku siat kulit sendiri lepas tu tabur garam. Tahu hiperbola. Tapi itulah dia. Hakikatnya aku bertatih ke depan tapi kepala masih toleh ke belakang macam mencari benda hilang. Macam orang bodoh sangat. So aku rasa dari jalan macam orang bodoh macam tu, baik aku pusingkan badan jalan macam biasa ke tempat yang aku pernah jalan. Mana tahu ada cela cela yang aku pernah buat, boleh baiki sikit sebanyak. Sampai aku jumpa benda yang aku hilang tu.

"A woman worries about her future until she gets a husband. A man never worries about his future until he gets a wife" - Allan & Barbara Pease.

Aku tahu aku tak perlu pun risau sangat masalah hati macam ni. But what is stated by Allan & Barbara is the truth. This is not about who is your partner and what he or she is but this is about the communication between us. Have we sit together and discuss? I'm sorry if I haven't asked you to do so. Could you help me to figure out what's going on? And I'm sorry if my existance is the most nightmare for you. But could you let me be your nightingale, again?

Aku terbawa emosi terlebih rasanya perenggan bawah ni. Tapi itulah yang aku rasa. Chan rat the, inikah ejaannya?

Toddlesssss :*

November 24, 2013

Tiada Sesal

Assalamualaikum,

Selamat datang semester dua. Dengan ini diri ini sudah bergelar senior part II. Senior sangat padahal nampak gaya macam budak part I je. Roomates best! Semua budak pantai barat. Kbai. Jangan racist.

Ada yang tanya, kenapa amik course foodservice? Tak menyesal ke kena hantar belajar jauh jauh?
Satu aku cakap.
Aku tak rasa menyesal dapat course foodservice sebab aku minat. Sebab foodservice lah aku dapat jejak kaki kat bumi Terengganu. Sebab foodservice lah aku gagahkan diri berdiri 6 jam dalam kitchen. Sebab foodservice lah aku tahu apa itu erti tak tidur malam di akhir akhir sem padahal baru sem satu masetu. Dan sebab foodservice lah aku boleh buat mak bapak aku tersenyum.

Ada pula yang tanya, kenapa masuk asasi dulu? Tak menyesal ke sia-siakan satu tahun tapi tak dapat apa apa?
Satu aku cakap.
Aku tak menyesal masuk asasi puncak alam 12/13 sebab banyak memori terpalit kat palam tu. Sebab asasi palam lah aku kenal apa itu member se-wavelength. Sebab asasi palam lah aku tahu macam mana rasa forever alone nya makan sorang sorang kat cafe yang dipenuhi pasangan pasangan yang seumpama belangkas urghh jealous kot dengan semua orang masa tu kbai. Dan sebab asasi puncak alam lah aku tahu macam mana rasa pecah kepala belajar engineering yang begitu sinonim dengan formula formula yang harus dihadam otak. Dan sebab asasi puncak alam lah aku berasa kerdil dalam lecture hall yang hakikatnya dikelilingi para jejaka yang maha ramai dan kami warga wanita sepertinya mahkluk mahkluk kecil yang amat minoriti dan sangat jarang sekali memakai baju kurung mahupun dress dress yang vogue itu. Tapi budak perempuan asasi sains comel comel woiii tak tipu.

Manakala ada pula yang tanya, kenapa dulu masuk MRSM? Tak menyesal ke keluar sekolah Dato?
Satu aku cakap.
InsyaAllah aku tak menyesal. Walaupun result SPM tak segempak member member yang kat sekolah Dato, walaupun aku tak dapat tawaran SPC pergi fly sana fly sini, tapi maktab tu lah yang buat aku tahu hidup berdikari. Sebab maktab tu lah yang buat aku tahu adakala kita hidup kena hipokrit, walau sedikit. Untuk terus hidup. Supaya tak ditindas. Sebab maktab lah aku belajar, kita boleh gaduh satu homeroom, but at the end of the day, kita akan cari budak homeroom sendiri jugak dan akan gelak bila ingat semula eh bodohnya kita kenapa gaduh tadi. Dan sebab maktab lah aku belajar percaya kat orang lain as I shared my problems with them and they are good listeners dan memang sesuai jadi pakar kaunseling semuanya. Dan yang pasti, aku tak menyesal masuk MRSM sebab dari maktab lah aku tahu hati aku tak sekeras yang dijangka. Ada taman rupanya.

Lepastu aku tanya diri sendiri, kenapa aku berani sangat main hati dengan kau eh? Tak menyesal ke kalau patah hati. Kau dah la hot panas berapi digilai ramai gadis gadis. Aku ni hanya budak kampung yang duduk kat dapur siang dan malam demi mencari ilmu. Bukan seperti kau yang insyaAllah bakal diberi gelaran dua huruf di depan. Tapi aku bersyukur aku kenal kau. Sebab kau lah, aku kenal ramai orang. Ye ramai orang kenal kau, aku terpalit sama. Sebab kau lah, aku beranikan juga diri travel sorang sorang jauh jauh ke Perak untuk rasa jejak kaki kat bumi yutipee tu. Kalau aku nak berangan masuk sana, memang jauh api jadi ayam lah gamaknya. Dan sebab kau juga lah, aku sedar betapa sedapnya nasi kerabu dengan somtam. Tapi aku agak kesal sebab ada beberapa perkara lagi aku belum selesai dengan kau. Kita tak belum sempat picnic tepi padang rumput yang luas sambil dengar bunyi angin.

Tak apa lah. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah. Aku akan berdiri dan merenung.

Tapi tak ada pula yang nak tanya, kenapa aku lahir kat bumi. Tak menyesal ke hidup?
Eh kau mari sini biar aku jentik kepala kau. Biar kau sedar siapa paling hebat yang Maha Berkuasa. Itu semua perancangan Dia. Jangan kau pertikai lagi. Live your life.

Wasalam.

November 21, 2013

Habuk

Assalamualaikum,

It's weird to start typing again. And it's hard to admit that I'm still waiting.
Rasanya macam malam tadi bantal aku berhabuk.
Berhabuk teruk.
Lebih teruk dari habuk kekapas dalam bantal tu sendiri.

Memang aku cakap aku mungkin dah move on.
Ahh bodoh aku rasa masalah hati macam ni mana boleh aku move on senang senang.
Tak sesenang makan kuaci.
Mungkin ada hukuman khas untuk orang macam aku ni.
Orang macam aku yang tak reti nak hargai orang lain.
Orang macam aku yang mulut terkadang puaka dengan sarsams.
Orang macam aku yang mungkin pentingkan diri.
Orang macam aku yang tak tahu nak express apa yang sendiri rasa.

Satu aku mahu. Penjelasan.

October 28, 2013

Ssup?

Biar lah aku sabar
Walaupun rasa dia macam heshhhh!
Membunuh.

October 8, 2013

Eh?

Katanya,

"Kita jangan berpisah
Pahang Terengganu Kelantan
Kita bersama sentiasa
This is pantai timur"

Aku pandang.

"Memang nak kena gabung ke
Baru kuat?
Johor leklek je jalan sesorang"

"Hmmmmm k"

Hahahahhahahahaha! Puas.

October 6, 2013

Jahat

Assalamualaikum,

Kadang aku terfikir jugak ramainya pwinnjemal. Aku jugak. Tak terkecuali jetjet jadi dia. Tak apa lah. Tak salah pun. Cuma yang salah bila tak jadi diri sendiri. Baik buruk orang, kau kenalah terima.

Jangan kau kutuk orang belakang belakang, pijah. Tak nice tahu tak nice? Dia salah. Tegur. Dah kalau benda betul kau tegur cara baik, takkan nak melenting tak pasal, yedak? Tak perlu cover ayu pijak lipan tak mati depan orang bila belakang dia kau mengata tak ingat dunia. Kalau harini kau bagi dia tuba, jangan terkejut kalau dia balas susu.

"Kalau aku salah, betulkan aku.
Kalau aku betul, kuatkan aku." - Gadis Jahat

September 30, 2013

Karut

Assalamualaikum

Merenung semula bait bait kata
Hahahahahahaahahahhahahaaa!!
Entah apa yang aku karutkan.

Yang agak menjelikkan hati
Sudah aku simpan
Buat tatapan sendiri
Sudah aku bukukan
Buat tatapan generasi nanti.

Jalan berliku kita masih panjang
InsyaAllah masih panjang
Masih berliku
Masih indah
Masih luas

Lari

Assalamualaikum

Aku di sini
Sekian lama hilang
Aku datang kembali
Bukan kerana ingin berkarya
Bukan kerana ingin mengikut trend
Bullshitasi katanya.

Tapi
Aku ingin menjauh
Dari tomahan sang bejat.

Sekian.

September 29, 2013

Penat

Aku malas dengar cacian makian
Lantakkan apa kau kata
Aku tak perlu
Aura negatif kau.

Kau,
Boleh jalan.

Sekian.

September 18, 2013

Assalamualaikum

Everyone is having their up and down stories. It's great. I'll tell mine. Just wait :)

August 4, 2013

Back

Assalamualaikum

Hi there. Take your time. It's okay. 
Aku tunggu selagi aku kental untuk menunggu. 
Kental aku infiniti katanya. 
Infiniti itu istilahnya aku aplikasikan hanya di siang hari.
Jaga diri kau.


Au revoir, Hafisamsuri
04/08/2013 - 1430

June 19, 2013

Indahya Bumi Kita Ini Warisan Berkurun Lamanya~

Assalamualaikum

Walaupun majoritinya darah jawa yang lebih banyak mengalir dalam urat vena cava vein artery  aku
But still, aku anak melayu.
Anak melayu yang perlu berjalan dan bergerak seiring searus dengan bangsa bangsa maju yang lain.
Anak melayu yang perlu tahu rasa bersyukur kerana mempunyai quota tersendiri.
Anak melayu yang perlu ada rasa tanggungjawab untuk membaiki diri sendiri.
Anak melayu yang perlu prihatin dengan perkembangan semasa.
Anak melayu yang perlu sedar kejayaan yang dibina memerlukan pengorbanan.

Alhamdulillah.
Dari dulu MARA memang sayang aku. Aku pun sayang MARA.
Sebab aku sayang keturunan aku yang mudah lupa ini.
Di saat orang lain meremehkan, aku hanya mampu tersenyum. Dan bersyukur.
Dari zaman MRSM sampailah zaman UiTM. Tak apa. Aku cool.

“Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara”

Teluk Gadung, Dungun.
Hafisamsuri
19/06/2013-0819hr

June 12, 2013

Sekiranya Takdir Menguji Cekalkanlah Hasrat Di Hati~

Assalamualaikum

Selamat bertemu kembali June. Aku melalui fasa pengulangan dalam hidup.
Harap fasa ini jadikan aku lebih tabah lebih perihatin lebih rasional dari dahulu.

“If Allah brings you to it, He will bring you through it” InsyaAllah.


Hafisamsuri
12/6/2013-0754hr

May 27, 2013

Seandainya Ombak Laut Surut Lagi~

Assalamualaikum

I’ve been staring at the screen for almost two hours. Entah apa yang aku fikirkan.
Cari ilham barangkali. Menerjah instagram kawan kawan sekolah. Kawan kawan seuniversiti.
Yang kenal yang tak kenal yang separa kenal.
Yang dulu hingusan sekarang sudah segak sudah cantik.
Yang dulu kepunyaan sendiri kini kepunyaan orang lain.
Yang dulu menangis kini tertawa.
Yang dulu bermusuh kini berteman.
Yang dulu bermuram kini tersenyum.
Setiap gambar ada lagu sendiri. Setiap gambar ada memori tersendiri.


Apa aku cuba sampaikan ini aku sendiri tak faham.


 Hafisamsuri
27-05-13/0510hr

May 17, 2013

I Just Wanna Run Hide It Away, Run Because They're Chasing Me Down~

Assalamualaikum

16 May 2013.
Two events in one day. Dah lama rasanya tak enjoy luar biasa macam semalam.
If I could reach the cloud nine, I’ll be definitely be there and scream like a crazy woman.






Jumpa cikgu cikgu and certain friends yang lama gila tak jumpa. Jumpa cikgu homeroom dapat soalan cepumas. Bagus. Aku sengih je.



Muka ni buat aku sengih depan cikgu homeroom.
Ni makan dia kalau datang tak bagitahu awal awal. Biar orang kata muka lu tak handsome.
Memang tu motif gwa pun. Biar orang lain tak suka lu. Lu ingat muka lu handsome?
Depan gwa je lu boleh handsome. Depan orang lain, lu buat la muka siam lu, gwa buat muka jawa gwa.



Gwa tahu gwa ayu berbaju kurung. Lu suka kan gwa pakai baju kurung. Comel infinity katanya.
Atuk gwa asal Ponorogo, Jawa Timur. Apahal? Tak puas hati gwa jawa? Lu siam lu diam.

Sebenarnya aku terkilan sikit tak posing dekat rumput tu. Itu yang aku maksudkan padang yang indah.
Bukan padang rugby tempat kau bergelumang dengan bola rugby dan tanah itu. Bukan.
Aku bukan tipe wanita yang hanya mahu duduk dalam restaurant mewah makan makanan lazat.
Kerana aku yakin aku akan miliki beberapa restaurant mewah satu masa kelak. Bersama kau.
Cukup sekadar kau belikan aku satu cup ice cream dan kita lepak atas batu sembang kencang segala hal.
Nak sembang kencang ke nak gelak terbahak ke, tak ada siapa peduli. Kerana mereka juga melakukan.
Aku ada class tersendiri untuk buat bagaimana tema perjumpaan yang aku mahu. Ini yang aku mahu.
Lain hari aku nak kau rancang. Aku hanya menjadi pengikut setiap apa perancangan yang kau perincikan.
Terima kasih siam. Walaupun aku tak zahirkan, tapi aku gembira kau di sini hari ini.
Overall, terima kasih semua yang hadir untuk hari semalam.

Hafisamsuri,
17/05/2013-1846hrs

May 15, 2013

Usah Ditangis Lagi Usah Dirindu Lagi Pasti Kita Bertemu Pasti~

Assalamualaikum

Hanya sedikit coretan hasil pertemuan pada Hari Ibu ahad lalu. Bukan senang nak dapat cuti lebih dari utp. 
So pandai pandai lah manage masa nak jumpa, kan mok?


I know which level I am and which level they are. Please stay by my side and support each other, oke?
Sebab kau lah sampah aku, kau jugaklah tong sampah aku. Sekian.

Hafisamsuri
13/05/2013-1714hr

April 28, 2013

Some Nights I Stay Up Cashing In My Bad Luck Some Nights I Call It A Draw~

Assalamualaikum

Sedikit ulasan sebagai pemerhati, dan diri sendiri sebagai buah hati.
Selagi aku setia dengan tomyam, selagi tu aku setia jadi buah hati abam taff.
Ouchhh sila kembang.
Aku perempuan.
Biasalah meleweh jiwang sikit. Macam perempuan lain tak pernah pulak.
Tak gitu tak perempuan lah. Betul tak, perempuan?

Ada certain perempuan yang pantang partner  dia lebih sikit dari dia. Senang cerita ego.
Ego tinggi melangit. Apa kata runtuhkan sikit ego tu. Tak salah pun. Mati ke?
Ini tidak, she must have better educational, better financial management, better social skills, better life, better here better there. Mati nanti, kain kapan sama sama warna putih. Jangan risau.
Kenapa takut sangat kalau partner kita lebih lebih segalanya?
Takut dia lari kat orang lain? Or takut orang lain sambar dia?
Kalau dia lebih pandai, kita rasa tergugat? Itu pembakar semangat untuk kita jadi pandai sama macam dia bahkan boleh jadi lebih daripada dia satu hari nanti.
Kalau dia lebih kaya, kita rasa kecil? Yang kaya siapa sekarang ni? Mak bapak dia ke dia yang kaya? Siapa yang bagi kita semua kekayaan tu? Lupa yang Maha Kaya?
Kita nak pangkat kita lebih tinggi daripada partner kita? Kalau seandainya kita kahwin, pangkat suami kurang dari kita, mungkinkah akan terjadi suami tu jadi makmum dalam solat jemaah kita?
Never, aite?

And ada certain perempuan yang 24/7 nak fully attention from partner dia.
Kalau tak ada midnight call setiap malam rasanya tak sah hidup sehari. Kalau boleh tu phone tu memang sentiasa nak melekat kat telinga. Tak payah lepas. Kalau lepas boleh mati.
Sentiasa nak mesej. Sentiasa nak together gether happy ever after kat sana sini. Sentiasa terlalu nak tahu partner pegi mana. Sentiasa terlalu nak pantau partner buat apa. Sentiasa pastikan partner cakap “YES” to every command. QC, enuff said?

And ada jugak certain perempuan yang tak kisah kalau tak contact sebulan dua bulan tiga bulan empat bulan berbulan bulan. Perempuan jenis macam ni kat luar nampak cool je tapi dalam hati tu merentan.
Percayalah.
Kes macam ni nak cakap memasing ego ke kurang cerdik pun tak tahu lah. Mungkin rasional lah barangkali. Kalau sorang panas, sorang rebel, dedua diam je lebih baik. Dah reda baru slow talk.
Kalau pungpangpungpang tengah hati membara pun tak guna jugak. Makin sakit hati.

Ada certain perempuan lain pantang nampak partner dia sembang sembang dengan perempuan lain.
Even dengan classmate sendiri. Kalau dia nampak memang alamatnya siaplah perempuan yang sibuk menyembang dengan sang partner tu kena sembur.
Haaaa kelas kauu main sembur sembur. Ingat nyamuk?
Conclusion dia macam, “oke partner, hidup kau cuma ada family kau, aku, kalau nak masukkan family aku pun boleh, kengkawan kau tolak tepi, and kau boleh ada 3C je, college cafĂ© class”
Ini namanya cinta obses terlampau.

Ada certain perempuan lain pulak tak kisah sangat partner dia nak kawan dengan siapa nak sembang dengan siapa nak keluar dengan siapa. As long as partner tu tahu batas batas.
Kalau yang parah sikit sampai ada orang usha nak tackle partner dia, dia boleh buat dunno je.
Ni jenis yang “Lantak kau lah perempuan kau nak usha partner aku ke apa. Kalau partner aku nak setia dia setia. Kalau nak curang, meh langkah laut china selatan dulu. Aku tahu taste partner aku macam mana. Kau bukan taste dia. Tak payah malukan diri kau lagi. Baik blah.”

Yang best sikit perempuan yang mahu dilayan seperti pwinceshhhhh. Extremely princess. Tak cukup mak bapak tanggung, si partner pun kena tanggung dia jugak. Partner lah supir partner lah bank partner lah itu partner lah ini dan sebagainya. Macam 7E lah senang cerita. Kalau pergi makan tempat mesti nak grand je. No mamak no foodstall no makan tepi jalan. Ewahh lemak.
Ni hat yang dapat partner loaded cucu datuk nenek harta tujuh keturunan tak habis. Sayang sangat punya pasal lah kot. Seriously she must be someone that is not self-sufficient.
Nak goreng telur ayam pun pakai perisai. Lulss sikit.

Tapi ada jugak perempuan yang sangat self-sufficient. Jenis yang tak bergantung harap seratus peratus kat partner. Partner tak boleh nak amik sebab ada hal? No worries. Public transport ada. Kalau 24/7 nak harap partner, memang tak hidup.
Partner ada kerja nak kena siapakan? No worries. Dia pun ada kerja dia sendiri. Habis kerja boleh spend time sesame. Makan kat memana pun boleh as long dedua kenyang burppp burppp Alhamdulillah. Flexible.
Tak matilah tak kena layan macam princess segala bagai.

Last last last. Ini rasanya semua perempuan nak. Tanya aku, aku pun nak. Perempuan nak dihormati. And perempuan nak partner dia letak dia kat satu level yang sepatutnya. Level di mana si partner tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan yang dia alami. Perempuan nak partner boleh terima baik buruk dia. Boleh tolerates. Give and take. Forgive and forget.
Partner yang tak malu nak kenalkan dia dengan family and kawan kawan. Yang akan tegur salah dia. Yang ambil berat pasal dia. Yang sebagainya dan sebagainya dan sebagai bagai bagainya.
Tak dapat nafi perempuan memang susah difahami. Even perempuan pun tak boleh nak faham apa perempuan nak. Kau nak apa sebenarnya haaa perempuan?
Sebenarnya, ada yang dia nak. Tapi dia tak reti nak luahkan. Tak reti nak terus terang apa yang diinginkan. Dia nak tanya. Tapi penuh kias kiasan. Berbakul bakul kiasan dia bagi.
It’s like, when she’s asking “free tak?” or “tak pergi memana ke?” that means “I really miss you and I want to spend time with you”.

Penulisan berjela tahap meraban apa entah. Penulisan hanyalah cetusan idea dari minda. Dari perspektif pembaca, pemerhati, pemikir dan pemilik buah hati.
Harap tidak menyinggung mana mana individu. Pihak penaja tidak bertanggungjawab atas segala keterasaan di hati. Ada yang kena batang hidung sendiri tu nasib nasib lah ye. Sekian.

Aku pun perempuan jugak. Ada masanya aku sendiri tak faham apa yang aku nak.
Hafisamsuri
28/04/2013-1212HR

April 20, 2013

Gwiyomi gwiyomi, Ingat Comel Lettuwwww?

Assalamualaikum

Izinkan aku meluahkan sedikit sebanyak perasaan
Yang dah lama membenak dalam hati
Tapi sampai bila aku nak puaskan hati orang
Walhal aku sendiri yang tak puas hati.

Tolonglah tolong
Kepada individu yang berkenaan
Silalah jadi dewasa sikit
Umur kau bukan lagi sesuai untuk ditatang
Ditatang bagai anak raja
Makan suap berak cangkung
Kau anak raja mana?
Anak Raja Kiram tu?
Jangan tanya kenapa kalau aku rejam kau.

Tolonglah tolong
Kau boleh tak senangkan kerja orang lain
Jangan bagi susah orang lain
Kau ingat semua orang ada masa untuk kau?
Kau ingat orang lain ada waktu tambahan 38 jam sehari?

Kau dah besar
Dah mumayiz senang cerita
Tolong fikir untuk diri kau sendiri
Jangan suruh orang lain fikir masa depan kau
Orang lain ada masa depan sendiri untuk dirancang.

24 jam asyik dimomokkan dengan benda negative
Susah la nak hidup berdikari
Buat la perangai “anak raja” kau tu
Memang aku pandang badi sampai bila bila
Memang menyampah
Memang.

Hafisamsuri
20/04/2014-0138AM

April 13, 2013

If You Leave Me Tonight I'll Wake Up Alone Dont Tell Me That I'll Make It On My Own~~

Assalamualaikum

Bermotif.
That Winter, The Wind Blows.
Ini cerita paling sesuai bagi sesiapa yang rasa hidup dah tak bermakna.
Nak mati sangat. Selalu mengalah dalam hidup. Cepat putus asa. Selalu berfikiran negative.
Kurang kasih sayang.
Umur belum sampai tahap menopause endropause dah fikir nak mati.
Silalah anggap masalah yang datang tu sebagai cabaran.
Cabaran yang perlu ditempuh. Yang perlu diselesaikan.
Tak complete lah hidup kalau tak ada cabaran.
Ini tidak. Sikit sikit mengeluh. Sikit sikit menyalak tak pasal pasal kat social network. Apa motif?
Kalau setakat sekali dua tu boleh la tahan lagi. Kalau setiap masa?
So jangan nak sentap kalau orang lain tegur dengan pedas or gelar kau attention seeker.

Kita ada agama. Kita ada Allah. Mungkin kita rasa dengan cuba bagitau satu dunia, satu dunia boleh tolong selesaikan masalah kita?
Nehi babuji nehi mamaji. Kita siapa nak orang lain tolong fikirkan masalah kita?
Mungkin kita rasa “I need to talk to somebody but I don’t know who”.
Why not we talk to Allah? Ask Him to help us to solve the problems.
Sedikit sebanyak pasti akan kurang rasa terbeban tu.

Ingat. La yukallifullahu nafsan ‘illa us’ahaa. Percayalah.
Allah tak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak dapat kita tanggungi.
Mungkin ada yang lebih selesa simpan masalah sendiri dari share dengan orang lain.
Terpulang. Orang nak kata tak elok simpan sorang sorang, nanti lebih parah.
Siapa kata simpan sorang sorang? Allah ada.
Magma dalam kerak bumi tu pun kalau selalu kena tekanan gas tinggi, at last meletus jugak gunung berapi tu. Tapi kejap je. Then oke semula lah.
Lebih baik simpan sorang sorang daripada menyuarakan dekat orang lain dan tak dilayan.
At least, tak menyusahkan orang lain nak tolong fikirkan masalah yang sepatutna kita selesaikan sendiri.
Tu pun kalau ada yang sudi memikirkan. Kalau luahkan salah tempat, kena orang yang “kau dengan masalah kau boleh pegi jalan masuk kubur”, then kita? Terkapai kapai?

Jadi manusia tu kuat sikit. Tunjuk yang diri tu kuat walaupun hakikatnya rapuh kat dalam. Jangan biar orang pijak kepala.
Bukan semua orang boleh layan kerenah kita. Time time macam ni, mana partner yang selalu dibangga bangga kan? Kenapa tak cerita je kat dia?
Kenapa mesti cerita kat satu dunia? See? Ada function?
Kalau terlalu private untuk cerita dengan orang lain, why not pergi beli satu diary then tulislah segala macam kat situ. Sumpah private gila! Tak ada orang nak baca.
Kalau taknak pun, tulis kat DM or PM, send kat diri sendiri. Senang.
Mohon lah diri tu jadi kuat. Sentiasa positif. Sila tolong diri sendiri untuk maju ke depan.

Sekian.
Hafisamsuri
12/04/2013-1543PM

April 12, 2013

I'm Staring At the Glass In Front Of Me Is It Half Emptyyyyy~


Assalamualaikum

Dah reda pasal kes pukul budak tu? Dah cukup kot. Tak perlu panjangkan.
Apa yang dia buat memang lah salah tapi kita tak perlu bagi kata kata negative kat dia.
Kita yang buat dia makin mengganas. Dia dah tentu tentu ganas.
Makin negative kata kata, makin banyak dia absorb benda negative.
Then, nak salahkan dia lagi kalau dia ulang semula kesilapan dia?
Salah siapa? Ulang baca baris ketiga.

Nak salahkan mak bapak dia sebab tak ajar adab sopan?
Umum lah. Mana ada mak bapak nak anak diorang jadi jahanam. Seburuk buruk perangai mak bapak, still nak anak diorang berjaya.
So, kita yang pegang status sebagai anak tu silalah sedar diri sikit. Misal kata tak suka sangat dengan perangai orang tua, apa kata kita jadi anak yang baik.
Buat baik dengan mak bapak. Ikut kata. Jaga adab. Apa yang kita buat kat mak bapak kita, anak kita mungkin akan buat balik kat kita.
Pilihan kat tangan kita. Nak yang baik atau sebaliknya.
Kalau dah tak suka dengan perangai diorang lepastu pegi rebel sana sini, the next generation nak jadi apa? Jadi macam generasi kita, atau generasi generasi yang dulunya pernah kita menyampahkan?
Lepas tu the cycle continues until the next next generation. Bila nak habis?

Zaman dah moden kot. Tak ada masalah rasanya kalau nak berdiri sama gah dengan Mark Zuckerberg.
Tapi macam zaman makin maju manusia makin sempit otak.
Tak boleh nafi lah budak sekarang penampilan lebih matang dari usia.
Tapi akal macam orang jumud yang masih duduk dalam tempurung yang masih bersabut dan dihempap dengan kotak besi gerigi berselubung kain hitam.
Jangan nak tunggu orang lain jadi baik. Apa kata kita jadi baik dulu.
Kita. Tak payah tuding jadi kat orang lain dulu. Pergi depan cermin.

Sekian.
Hafisamsuri
12/04/2013-1428PM

April 7, 2013

I Know You Hate Me But I Miss You Too I Know It's Kinda Late But Happy Birthdayyyyyy~

Assalamualaikum

Tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Aku tak tahu nak tulis apa
Blank me is totally blank
Mana otak yang kata banyak sangat idea tu?
Mana mana manaaaaaaaa?
Berlalu pergi dibawa arus modenisasi pacsamerdeka
Haa jangan nak gila main politik kat sini.

Cerita dia sekarang ni harini 7 April. Saja je memang saja nak bagitau harini 7 April
Mana lah tahu sesiapa yang lupa. Mandi pagi pun boleh lupa apakan lagi tarikh hari.
Tak ada kaitan. Aku tahu. Peduli apa. Kesah.
Izinkan aku berjiwang kejap. Mohon laluan.

Hai Amiru Muhamad! Happy 19th birthday wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Pap!
I'm sorry that I'm not the first one who wished you
Bad me is really bad. Yes. I know. You can punish me. If you want. I'm okay. I already grew up.
Send my regards to your parents. 
Pakcik Muhamad dan isteri,
Terima kasih sebab hadirkan budak lelaki ini. Budak lelaki yang dahulunya saya langsung tak kenal.
Yang dahulunya saya pandang dari jauh. Acah acah sinetron indon gitu.
Yang dahulunya pernah jatuh basikal kepala berdarah. Ini acah acah The Matrix namanya.
Yang dahulunya entah saya tak tahu apa. Saya masih mengkaji sejarah silam dia.

Yang pasti,
Sekarang budak lelaki itu dah besar.
Dia dah tidak saya pandang dari jauh. Pandang dekat skrin phone boleh tembus.
Dia dah tak jatuh basikal. Jatuh di hati saya barangkali wihuuuuuuuu~

Mohon lelaki ini jangan nak tinggi lagi.
Mohon lelaki ini terus menerus jadi handsome.
Mohon lelaki ini sihat sihat selalu dan sila makan ubat bila kurang sihat.
Mohon lelaki ini tidak garang garang sangat.
Mohon lelaki ini diberi ketabahan dalam apa jua yang dia buat.
Mohon lelaki ini belajar rajin rajin walaupun hakikatnya dia memang rajin.
Mohon lelaki ini jadi lebih matang seiring usia yang kian berganjak.
Mohon lelaki ini tetap setia tidak terpengaruh dengan Dunhill dan Malboro dan seangkatan dengannya.
Mohon lelaki ini jadi pelajar yang berjaya dan kita sama sama berjaya.
Mohon lelaki ini jaga diri sendiri sebab dah besar, kan?
Mohon lelaki ini masih mahu dengar saya bebel.
Mohon lelaki ini masih mahu bebel kat saya.
Mohon lelaki ini masih ingat siapa saya.
Mohon lelaki ini sentiasa ada dengan saya.
Mohon lelaki ini dapat tolong saya bersihkan habuk dalam mata hmm

Maaf. Saya tak ada hadiah instant nak post hantar terus ke Tronoh untuk lelaki ini.
Andai kata saya menang loteri hadiah tiket flight express dari aiport Senai ke airport Sultan Azlan Shah,
saya post diri sendiri. Saya nak jadi hadiah untuk lelaki ini. Hamboii gitu sweetnya saya.
Level glukosa dalam darah naik mendadak barangkali.


Ini saja yang dapat saya hadiahkan buat masa sekarang. Entah bila hendak bertemu.
Itu pun jika lelaki ini mahu bertemu saya. Jika tidak, nak buat macam mana?
Malu nanti jika dikata hidung tak mancung pipi tersorong sorong
Buat lelaki ini, silalah berada di sisi saya untuk ulang tahun yang akan ke 20.
Dan ke-21 ke-22 ke-23 ke-24 ke-25 dan seterusnya dan seterusnya.
Sehingga? Sehingga infinity katanya.
Mana tahu saya mungkin boleh bagi hadiah surprise diulangtahun ulangtahun akan datang
Mungkin juga akan ada surprise "Miru Jr" di ulangtahun ke 26.
Hahahahahahhahahahahahahah! Oke dah hentikan lamunan.

Maaf penulisan effect empat hari tak tidur agak merepek.
Maaf jika saya ada buat perkara perkara yang memalukan diri anda.
Maaf jika saya terkasar bahasa.
Maaf jika saya terkurang ajar terbiadap.
Maaf jika saya sering buat andaian tak kena cara.
Maaf jika ada waktu anda terbuang sia sia demi saya.

Happy birthday. I love you. Always :')

Because picture of two is too mainstream.
Nevermind. This is picture of two also. Am I right or am I right?

Hafisamsuri
07/04/2013-0550AM

March 31, 2013

Ini Syurga Kita Tiada Yang Menguasainya Tempat Kita Bersandar dan Bertahkta

Assalamualaikum

Teringat selalu wajah engkau
Saat aku mencoret hasil cernaan minda ini
Cuba engkau hadami
Bait bait kata ini
Bait bait kata sederhana
Kuceritakan kisah tentang kita
Mungkin tidak semua
Hanya cebisan cebisan darinya

Hati terpujuk
Sendiri. Ya. Sendiri.
Kerana aku pasti engkau datang
Aku pasti engkau menjemputku
Mohon mata
Jangan menangis 
Jangan jadi lemah macam sayur layu
Jangan biar ramai mata jadi saksi
Atas kebodohan diri sendiri
Atas kesalahan diri sendiri
Biar bantal Pooh jadi saksi
Tak apa.

Hati terpuujuk lagi
Walaupun kau berada di jauh sana
Kau tepati janjimu, kan?
Kerana kau susuk yang terhebat yang masuk dalam list hidup aku
Kau mahu seluruh jagad raya tahu kisah kita?
Ya.
Aku bahagia ada kau.

Maafkan kalau aku meggarit luka
Membuat kau kecewa
Membuat kau hilang percaya
Mengundang airmata
Phraxek,
Tak mengapa kau marah
Tapi satu kupinta
Jangan kau diamkan aku

Entry jiwang petang hari.
This is so not me?
No. This is me.

Hafisamsuri
31/03/2013-1910PM

March 27, 2013

If I'm Louder Would You See Me?

Assalamualaikum

Feel like want to shed some tears
But at the same time
Just dont want to feel like a loser

Rasional? 
Or just an ego?
Big girl doesnt cry?
Nahh! Big girl does
But
Not in front of others.

Hafisamsuri
27/03/2013-1826PM

March 18, 2013

Tonight Will Be the Night That I'll Fall For You Over Againnnnn~


Assalamualaikum

Dah tak reti nak buat entry berjiwang jiwang bagai
Nanti bila mula jiwang sebaldi muntahan keluar
So, straight to the point.

Hai Amiru Muhamad abam taff gemuk katang
Ni post gwa buat special untuk lu
Sila terharu sila lah sila lah
Gwa tahu gwa comel haha
Ahh persetankan semua itu
Tak penting.

Cerita dia sekarang ni
Walaupun dah 15 bulan lu dengan gwa
Ada sedikit sebanyak pasal lu
Yang gwa belum arif betul
Lain la kalau gwa dah kenal lu 15 abad ke
So, sila bertahan dengan gwa lagi puluhan abad, boleh?

Gwa tau kisah kita tak sekencang Edward Cullen dengan Bella Swan
Mohon maaf gwa tak follow up cerita Twilight
Kisah kita macam makan ulam peria
Ada pahit ada manis
Siapa yang makan peria je tahu macam mana manis peria tu
Lagipun peria tu ubat kencing manis
Sebab tu gwa tak reti sweet sweet sangat
Lu je tau sweet gwa macam mana, kan?
Dan gwa tahu sweet lu macam mana
Garang lu macam mana
Tak payah heboh satu dunia.

Gwa tahu ramai perempuan lain minat lu
Dari mata turun ke hati lah apa lah
Gwa tahu gwa tak setandingan sepower diorang
Lu kan katang super power cikebum cikebum
Lali dah lali lali lali gwa dengan semua tu
Gwa rasa macam hati dah taff kalau bab bab tu
Gwa tak boleh nak halang lu nak kawan dengan siapa
As long as lu tak lupa lu ada gwa, cukup memadai.

Enough to show the retardness -..-

Gwa tak ada gadget canggih canggih nak buat gambar  ni proper proper
Gwa bukan kaki kikis
Kalau gwa nak kikis duit Petronas lu
Dah lama gwa buat cengitu
Gwa mintak beli macam macam
Banglo, Audi, iPad x 4, emas sampai ketiak, kasut penuh rak.

Jangan risau
Gwa bukan perempuan sebegitu
Gwa taknak lu manjakan gwa macam pewincesshh
Sebab gwa tahu gwa cuma rakyat jelata
Yang lebih bahagia dengan orang orang yang gwa sayang

Oke mok,
Jangan macam macam bila gwa tak ada depan mata
Jangan alim alim kucing
Jangan nak buat lagu baru Teman Pengganti 2
Bak kata gwa,
Lu lah sampah, lu lah tong sampah.

HafiSamsuri,
18/03/2013-2000PM

March 8, 2013

Kau Umpama Bintang di Malam Hari Menerangi Alam Maya dan Diteman Purnama~


Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat.
Selamat berhujung minggu.
Selamat berjimba jimbi.
Selamat Hari Wanita.

Berbaring di katil sambil marathon lagu Adele.
Hujan menimpa bumi. Malam yang indah.
Tambah indah kalau ada yang nak belanja baby octopus sushi. Fehh!
Cerita dia sekarang ni harini hari wanita.
Sila hormat wanita wanita disekeliling kita.
Mak, I love you. Kbye hehe.

Kak Eca cakap antara adik beradik perempuan,
aku paling perempuan. Why? Because..
I always have few packets of tissue bila keluar jenjalan.
Always bring along hand sanitizer in my bag.
Dengan all gegirl stuff. Me is so awwhhhhh~
Normal la tu kan. Tak rasa pun diri ni perempuan sangat.
Pun boleh tak rasa diri perempuan sangat. Die.

Just be a proper girl, ye kawan kawan adik adik kakak kakak.
Tak perlu mencarut segala. Cakap sopan sopan, boleh kan?
Gelak sakan galak depan orang ramai, perlu?
Attitude. Penting. Sangat.
Dulu kat maktab pernah la beberapa orang aku tegur.
Sebab suka makan nasi time tengah beratur amik lauk.
Tipu la kalau tak pernah buat.
Pantang betul aku la.
Bukan salah. Bukan dosa.
Cuma kurang manis dipandang.

And I found are another ways that makes a girl looks improper.
When she’s chewing bubble gum,
and sucking the lollipop,
in public.
Sekali lagi bukan salah bukan dosa.
Just improper when you do it in public.

And girls,
Jangan biar lelaki lelaki buat bukan bukan dengan kita.
Seriously, if they love us, they won’t give any harm on us, right?
Nak cakap jangan couple couple, tak boleh sebab nanti macam
Ketam mengajar anak berjalan lurus pulak.
Just behave when it comes to this thingy.
And for those girls yang ada crush,
all of sudden you found out that your crush already have his own,
then, stay away from him.
Sama sama perempuan kan?
Put yourself in her shoes.
Try imagine it. It’s hard.
The worst nightmare ever.
Ever.

“Ramai orang pakai pakaian cantik, tapi tak ramai yang berfikiran cantik” – Prof. Dr Muhaya, 2013

Cakap pasal hari wanita macam dah boleh kahwin leulsss kbye hee
Hafisamsuri,
08/03/2013-2350PM


February 19, 2013

Tanya Sama Hati Apa Asal Sayang, Adakah Tandanya Nampak Dipandang~


Assalamualaikum

Post ini bukan post jiwang. Post ini bukan post yang boleh buat orang lain kencing manis
Sumpah bukan. Nak jejiwang, pergi beli diari sendiri sana.
Post ini hanya post peringatan bersama agar kita dapat respect orang lain.
Tak susah pun nak respect orang lain. Kita pun mesti nak orang lain respect kita, yedakkk?
Jangan buat apa yang kita tak suka bila orang buat kat kita.

Let say, ada sepasang couple yang baru clash. Of course tengah frust, kan?
Dulu time manis manis semua manis belaka. Hempedu pun dia kata manis.
But then, bila dah clash? Huiii~ Kalau boleh semua kata makian keluar.
Tak. Cerita dia sekarang ni yang nak disampaikan ni, kalau dah dapat orang baru.
Tolonglah jangan nak banding bandingkan dengan yang dulu. Please.
I never experience it. And hopefully I don’t have to go thru such that thingy.
Seriously. Stay away.

Penulisan berdasarkan pemerhatian dan penghayatan menonton drama melayu.
Bila dah terkubur hubungan tu, Girls and Boys, please, you don’t have to let the entire world
know that you’re suffering from that kind of blerghhhh situation. Girls especially.
I mean, don’t show your sadness. Yes, you may cry. Tapi perlu ke 24/7 nak kena tweet
“aku rasa tak kuat” “you, please be mine again” “airmata kenapa turun laju laju” “rasa macam nak tamatkan hidup malam ni” “mati lagi bagus”.
Ni kalau kena baling dengan selipar jangan tanya kenapa.
Aku tala bazooka kat kepala baru tau.
Memang hak tweet hak blogging hak update status hak anda.
Dan hak membaca milik siapa?
Siapa suruh baca? Dah 24/7 dengan menatang tu je. Tak ke hareee namanya tu?
Tak semua macam ni. Most of my friend know how to handle this situation, right?
Walaupun memang dia berada dalam situasi sangat asdfghjkl.
But some failed to control their emotion. Meroyan tak pasal pasal.
Kalau tengah emosi, just stay away from any social networks.
And boys agak agak ada yang hati kering sikit, lepas clash korang buat apa eh?
Terus cari pengganti? Ke layan mv girl generation kejap?
Merenung masa depan? Tidur tak bangun bangun?
Teruskan hidup dengan makan? Ke terus ber-dota ber-fifa? Yes. Lelaki sejati.

Bait bait seterusnya adalah intipati sebenar yang ingin disampaikan melalui post ini.
Bila clash then dapat someone new. Stop comparing.
Tak perlu beritahu satu dunia yang partner baru awak tu lebih baik daripada yang dulu.
Kalau nak cakap yang baru tu lah yang sempurna cukup pakej tiptop from head to toe,
just cakap personally. Tak perlu berbual lebat.
Pernah terfikir tak apa perasaan ex yang meninggalkan atau ditinggalkan tu?
Mungkin dia tak cakap banyak. Mungkin malas ambil peduli.
Pernah terfikir berapa banyak masa dia luangkan untuk awak?
Pernah terfikir berapa banyak usaha dia cuba untuk berbaik?
Pernah terfikir berapa kerap dia tersasul terpanggil nama awak?
Pernah terfikir berapa banyak gigabyte memori dalam otak dia tersimpan kenangan dengan awak?
Pernah terfikir gerak geri tingkah laku dia semua dah sebati dengan awak?
Pernah terfikir cara dia berfikir masih sama dengan cara awak?
Pernah terfikir kalau awak kat tempat dia?
Come on la. Kalau masing masing dah move on, tak perlu banding bandingkan.
Awak fikir dia loser bila dibandingkan dengan partner baru awak? Get a life.
Apa kata partner baru dia? Dapat loser?
Tak kisah la perempuan ke lelaki ke, stop comparing.
Walaupun hakikatnya partner baru tu beribu kali lebih sempurna berbanding yang dulu.
Bagai langit ke tujuh dengan kerak bumi paling dalam.

Menulis berdasarkan title sang pemerhati. Huhhh! Puas!
With technology, everybody’s a critic.
And now I’m being one of them.
Observe. Think. Rewrite.
Hak saya untuk meluahkan apa yang dicerna dalam minda.
Hak anda untuk mempertahankan prinsip anda? Silakan.
Ada ruang comment di situ.
Celik intelek. Preassumption. Jugdemental. Manusia kini.
Maaf jika ada kata kata yang sedikit sebanyak mungkin menyinggung sesetengah pihak.
Jari disusun meminta ampun jika ada khilaf.
Sekian.

Senyum macam tak ikhlas tak ada kaitan dengan yang masih bernafas atau nafas tersekat.


Hafisamsuri,
19/02/2013-2229PM

February 18, 2013

Kutepis Melodi Hatiku Yang Hadir Setiap Waktu~

Assalamualaikum

Maaflah haritu cakap nak update tapi tak update update.
Kalau update tengah emosi lain pulak jadinya nanti. Macam macam keluar.
Harini entah hari apa entah kenapa entah. Hanya entah.
Dugaan dalam kebahagian? Kebahagian dalam dugaan? Pedulikan.
Ada siapa peduli? Kerat kuku la sini.


Lebih rela cirit birit dari muntah muntah.
Lebih rela batuk dari selsema.
Jangan merungut kalau sakit. Banyak dosa tandanya.
Kifarah dari Allah barangkali.

HafiSamsuri
18/02/2013-1932PM

February 6, 2013

Aku Telah Jadi Lupa Siapa Diriku Ini Kau Pula Dihanyutkan Oleh Arus Percintaan


Assalamualaikum

Wordless Wednesday should remain wordless. Who cares.
Terlalu banyak benda yang difikirkan sehingga tak dapat bezakan yang mana penting yang mana tidak.
Mungkin semuanya penting? Entah.
Hanya memikirkan hal sendiri dan orang orang penting dalam hidup saat ini. Pedulikan hal orang lain. Tetapi masih memerhati keadaan sekeliling. Hanya memerhati. Tak perlu melabel. Tak perlu menilai.
Perlu ke menilai orang lain? Suka kalau orang lain menilai kita?

Jangan anggap yang hitam itu hina. Mungkin yang hina itu bernilai.
Jangan anggap yang hodoh itu buruk. Mungkin yang buruk itu berhati mulia.
Jangan anggap yang gagal itu bodoh. Mungkin yang bodoh itu baik budi.
Jangan anggap yang pendiam tu sombong. Mungkin yang sombong tu pemalu.
Jangan anggap yang karok jamban tu suara tak sedap. Mungkin yang suara tak sedap tu muadzin surau.
Jangan anggap yang speaking berhabuk tu tunjuk lagak. Mungkin yang tunjuk lagak tu nak improve English biar dapat band 6.
Jangan anggap yang lu gwa lu gwa tu rewmpitzz. Mungkin yang rewmpitzz tu dalam hati ada taman.
Jangan anggap yang dok bercerita pasal boyfriend girlfiend tu batak. Mungkin yang batak tu kau. Ehhh~

Sila sedar kita hidup kat dunia ini bukan seorang. Kita berkongsi dunia ni dengan semua makhluk Allah.
Walaupun kita tak suka kat someone or something or whatever la, tak perlu hina macam orang tu or benda tu sehina hina kejadian.
Kalau pun tak suka someone tu, tak perlu comment pasal hidung dia kembang ke, gigi dia senget ke, kulit dia hangus ke, tangan dia panjang sebelah ke, bibir dia juih ke, itu ke ini ke.
Comment ciptaan Allah? Please. Stop labeling other people. Be thankful.

Tak perlu jugde sesorang tu kalau tak pernah jumpa face to face. Setakat tengok kat social network?
Blerghhhh~ Tak payah cakap kalau macamtu. Aku pun boleh kalau cengitu.
Habis kalau aku letak gambar bercium dengan si Pipa nanti aku kena cop lesbo la?
Kelas giteww kau melabel orang tak pasal pasal.
Somehow I wonder how people jugde me in social network. Yela kan dengan bahasa sarcasm. Dengan kata kata yang kadang kadang kurang sopan ye kurang bukan tak sopan and kadang kadang je oke kadang kadang. Siapa aku nak tutup mulut orang.
Ada orang cakap aku baik? Terima kasih HA HA HA HA!
So, apa kata kalian? Hehe. Kbye. Sekian.

Tatap dan kenal pasti muka mereka satu persatu
They know me, very well. Kot la. Kot.
Hafisamsuri
06/02/2013-1910PM

Wordless Wednesday

Assalamualaikum


Hafasamsuri
06/02/2013-0732AM

February 3, 2013

Kotak Minda 19 Tahun

Assalamualaikum

Oversleep. Tidur dari pukul 8 sampai pukul 11 lepastu makan lepastu tidur balik pukul 12 terjaga pukul 4 ada nais ada tak nais jugak. Penat sangat lettuw sampai tidur berjam jam lamanya. And taktahu nak tulis apa. Tangan rasa gatal nak tulis something. Taktahu la apa yang bermain dalam otak ni. Kotak minda dan akal seorang remaja perempuan 19 tahun. Entah.  Entah. Entah.

Menulis berdasarkan pemerhatian. Masih minat memerhati dan berfikir sebab dan akibat. Pemikiran belum sematang tahun tahun mendatang tapi tidak seselebet beberapa tahun lepas. Muka molek cantik handsome tapi general knowledge pun taktahu, agak susah la. And one more thing. Kalau nak sangat tahu pasal satu satu benda, kenapa tak google je dulu. I mean, jangan terus tanya like you never know that item or person or whatever, is really exist. Dan lebih parah lagi kalau benda tu sangat la common general knowledge. Ini ke bakal bakal doktor negara? Ini ke bakal bakal pemegang saham terbesar? Ini ke bakal bakal engineer negara? Ini ke bakal bakal pemimpin sesebuah syarikat? Ini ke bakal pendidik bangsa? Nak hot boleh, make sure your brain is up-to-date too. So please kawan kawan semua, lets read more. Tak membazir pun kalau berhabis duit beli buku. Banyak ilmu dapat. Orang berilmu ramai orang segan. Allah pun sayang. Tak nak macamtu? 

Dan diri ini dah hampir menjejaki 19 tahun kot. Rasanya tak perlu berjiwang berlebihan sangat nak tulis pasal kisah kehidupan bercinta bagi tatapan umum. Tak perlu buka pekung di dada. Tak perlu nak raih simpati. Tak perlu perincikan satu satu tentang kisah cinta kami. Some people might find it sweet alololoo onomnomnom but, for other people? Perasan abadi boleh pergi mati. Mungkin hanya sedikit sahaja akan dirungkai. Cukuplah dua  insan yang menjalani hidup bercinta tu lah gamaknya yang merasa. Tak perlu melepaskan amarah cemburu buta. Oh dan kalau yang bercinta sakan tu, jangan sampai lupa family yang dari kecik jaga tu. Sibuk bercinta tapi abaikan family. There is no point dear. Ketepikan family demi pasangan? Belum jadi suami isteri tu. Kalau dah jadi entah macam mana. Pengaruh cerekarama.

Tak semua perkara kita boleh kongsi kat laman sesawang. Fikir dulu. Fikir. Lepastu kalau kena bash, nak salahkan orang lain? Fikir balik. Kalau tak buat salah, orang tak bash kita. Dan tak perlu ego nak minta maaf. Dan tak perlu terlalu berfikir diri sangat bagus dan orang lain hanya layak di bawah telapak kaki itu. Satu hari bila kau ada kat bawah, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Pandang orang atas atas yang berjaya. Kita akan berasa kerdil diri sebab ilmu belum cukup di dada. Sekian.

Special thanks to Dr Fatin Fazira. ILY.
Hafisamsuri Cemerlang,
03/02/2013-0520AM

January 20, 2013

Entry Ini Sudah Bermotif

Assalamualaikum

Entry tengah pagi buta sudah bermotif. Baru tersentak dari lamunan tidur. Having nightmare is so effing annoying blerghh blerghhh~ And the worst nightmare is when you slept without taking any meal for dinner. And your tummy starts making those unwilling sounds. This is even blerghhhh-er!

As mentioned before, lately aku kuat sentap. Sikit sikit terasa. Dulu tu kuat sentap jugak. Tapi sekarang sentap kali ni lain macam sikit. I mean, lain macam banyak la kot. Maybe it is more to heart feeling. Suka touching tak tentu pasal. Sensitive sangat puiii~ Hormon apa tak stabil aku pun tak tahu. Mungkin perlu suntik hormone baru nak biar tak selalu terasa. The problem now is not the new hormone, tapi sebab aku menulis tengah tengah hening pagi buta ayam baru start berkokok. Memang semua rasa jiwang keluar muahaha! Nampak je muka tak kisah tapi dalam hati ada taman, siapa yang tahu kan? Miru sorang yang tahu. Kgedik.

Sebenarnya sangat terasa dengan seorang hamba Allah ni. Identiti dirahsiakan. Jantina dirahsiakan. Ketinggian dirahsiakan. Berat badan dirahsiakan. Siapa yang tersentap baca, dialah orangnya. Tak ada orang makan kuah kari rasa air kopi. Nak dijadikan cerita, I'm suffering from this disease called half-die overthinked depression syndrome. Kalau pergi jumpa doktor senang je kerja doktor tu. Dia bagi ubat tidur suruh tidur selama mana boleh tidur. Membazir je buang masa untuk tidur. Baik baca Al-Quran ke zikir ke. Dapat pahala. Tak cerita dia sekarang ni I dont know whether this sydrome ni wujud ke tak kan so let's assume syndrome ni wujud la, kat aku sorang je. Sahaja. Sahaja.

Rentetan kisah perjalanan kehidupan yang penuh pancaroba. Bila kita sedang berada dalam satu situasi di mana terasa diri ni kerdil, we might need some motivation from other people. Expected people. Orang yang rapat dengan kita. I'm the one who rarely share my secret with parents or siblings. So, the biggest share holders are those girlfriends and only boyfriend ehekk hekk! Tapi kan tapi kan lately kan, something goes within my plans. Allah has his own plan for me. And what I need the most right now besides family support is moral support and few motivated advice from someone that knows me well. Really well . Luckily I have those R3303 girls. Love you mumumuaaaah!

Kalau bab bab macam ni, I feel like I have a capital L on head. Fais pernah cakap, kalau gaduh dengan Miru tak macam ni pun. Kalau gaduh dengan Miru I'll try my best to smile. Acah acah taff lah kononnya puuii~ I write to express my feelings. Tapi tak tahu kenapa entry ni seperti tak membantu banyak. Banyak lagi masih dipendam. Sekian. Assalamualaikum.

Eyyoo girl~ Fake the smile ;')

Hafisamsuri Cemerlang
20/01/2013-0940AM

January 19, 2013

Entry Tak Bermotif

Assalamualaikum

Johor hujan. Pontian hujan. Hati ini turut hujan. Mata hujan? Tak perlu dipersoalkan lagi. Lately, I've been too sensitive. Too much sensitive. Entah. Mungkin masih boleh bergelak gelak. Masih boleh tertawa sana sini. Tapi dalam diam, hanya mampu menarik nafas panjang dan menghela bersama airmata. Macam badut. Senyuman terukir di bibir tanpa disedar cat di muka runtuh dek airmata yang jatuh. Bodoh bodoh berlakon. 

Acah acah dulu depan Fais tak boleh nangis. Kena macho. Tak ke mana pun macho tu. Fais pro bab bab detect perasaan orang lain ni. To be honest, I felt so sad like asdfghjkl. Entah la nak cakap macam mana. Tapi awal awal, rasa down tu of course lah kan. Dalam situasi macam ni, yang diperlukan hanyalah kata kata positif., insan insan yang faham keadaan macam ni. Jauh dari keluarga. Hanya berharap orang terdekat untuk luahkan perasaan. And luckily I have those R3303 girls yang sangat supporting. Yang selalu bagi motivasi tak berbayar. And the most important, dont forget to ask happiness from Him. Allah knows whenever we have problem. Make our dua'. Dont ever forget Him. Kita mengadu kat orang lain, orang lain ada masalah jugak. Kita nak mengadu kat kucing, kucing ada masalah jugak. Kan?

But then, if we need someone to talk with, choose someone that can understand us. Someone that can listen to our single nonsense word. Someone that can laugh at our silly jokes. Someone that can comfort us whenever we cry. Someone that can make some lawak hambar and we can give some boooo for those lawak. Someone that can make us forget those zhitty thingy. Someone that can keep our secrets. And someone that can really understand our weak point even though we're in the rough situation. Please choose this "someone". And I need this "someone". 

I'm not the one who keep talking and talking. I'm not good at telling stories but I'm good at writing to express my emotion. Tapi tak semua hal boleh dikongsi di laman sosial. Hal privasi tetap hal privasi. Tak perlu dijaja jaja sana sini. Tak perlu dilelong ibarat kain ela. Jika tak cukup kain, tak perlu jaga tepi kain orang sebelah. Sekian.


HafiSamsuri Cemerlang
19/01/2013-0340AM

January 13, 2013

Be Positive, Please?

Assalamualaikum

Al-Fatihah buat adik Saiful Edland Ghazi yang telah kembali ke rahmatullah. Anak kecil yang baru berusia lima tahun. Belum arif tentang kehidupan ini. Baru sehari melangkah kaki ke tadika. Baru sehari menyarung beg Ben10 ke tadika telah pergi menghadap Ilahi buat selama lamanya. Bersabarlah wahai si ibu ayah, Ed menunggu kalian di syurga kelak. Insya Allah.Tadi tergerak nak google pasal arwah adik Edland ni. Sebak kejap. Arwah baru sehari masuk tadika. Then demam dua hari and masuk hospital. Menurut sumber terdapat jangkitan virus kat otak awrah Edland. [sumber] Semoga Allah kurniakan ketabahan buat ibu dan ayah arwah Edland.

Teringat kat mak bapak aku kat rumah. Hmm nak nangis nak nangis. Aku rasa aku paling banyak buat onar berbanding adik beradik yang lain. Bukan onar apa. Anak bertuah la katanya. Bertuah sangat. Paling banyak perabih nasi, aku la tu. Tapi still tak membesar. Paling banyak kena bebel, aku la tu. Paling banyak kena motovasi pagi, aku la tu. Paling banyak kena betulkan, aku la tu. Tapi ada satu anasir negatif yang selalu sangat merasuk dalam minda aku. Aku boleh bilang itu semua medium untuk menjatuhkan semangat aku. Penat mak aku tegakkan aku, datang lagi anasir negatif tu. Aku tak tahu kenapa orang ini sangat tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Blerghhh! 

Antara mantera utama yang selalu digunakan untuk buat aku down: TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ Jangan sesiapa berani cakap aku masih kecik dengan nada yang amat annoying. Elak aku tembak jarak jauh guna pistol air je. Segala kata kata negetif akan aku lontar semula ke arah pembicara. Tak kira apa tajuk sekalipun. Ingat best bila diri direndahkan? Kita tak selalu berada di atas. Ingat tu. Cuba bersyukur dengan apa yang Allah beri. Tak usah riak. Bantu orang lain untuk capai cita cita. Kita permudahkan kerja orang, insya Allah kerja kita Allah akan mudahkan juga. Be positive, pleaseeee? Sekian. Wassalam

I'm a small girl with big heart. Note that!
HafiSamsuri Cemerlang

Privacy

Assalamualaikum

Macam gatal tangan nak menaip. Selamat pagi Ahad. Pagi yang selamat sejahtera aman dan bahagia. Yang tak sejahtera cuma segelintir mereka yang terlalu menjaga tepi kain orang. Terlalu menjaga hal orang lain melebihi batas batas privasi sesetengah hak individu. Cuba letak diri sendiri kat tempat individu tersebut, bengang tak bengang bila privasi dicabuli? Sejujurnya, kalau ada individu yang concern melampau macam ni kat aku memang aku bagi tenungan badi. 

Here we go. For example, this particular person is having his/her result for any test or exam so on and so forth. Let say dia taknak bagitau apa result yang dia dapat, there must be some reasons kenapa dia taknak bagitau. Ada kemungkinan dia masih tak bersedia nak bagitau. Mungkin dia masih perlukan sedikit ruang dan masa untuk tenangkan diri dengan  result yang dia sendiri tak jangka. Mungkin terlalu baik sehingga menimbulkan riak atau mungkin juga terlalu buruk buat diri dia. Apa yang kita sebagai komuniti terhampir boleh buat? Tolong tutup mulut dan senyap. Mudah.

Selagi tuan punya badan tak keluarkan sebarang kata putus, kita tak payah nak memandai mandai pergi cari sendiri apa result dia. Siapa kita? Mak dia? Ayah dia? Kawan? Maaf ye akak abang adik adik semua. Kawan tak akan suka suka hati mencabul privasi kawan sendiri. Sila tahu batas batas. Allah dah bagi akal kan? Kalau nak bertindak, ikut akal. Bukan ikut nafsu syaitoooooon sekeliling tu. Yang paling menyampah bila dah tahu certain perkara tu, pergi sebarkan pulak. Phewww! Macam nak kena tarah kat tar je mulut tu. Jangan fikir apa yang kita buat, semua orang suka. Tak. Lebih lebih lagi yang melibatkan privasi ni.

So, moral of the story. Tanya tuan punya badan terlebih dahulu. Tanya tuan punya badan terlebih dahulu. Sekali lagi. Tanya tuan punya badan terlebih dahulu. Tak payah la kita terlalu melebih lebih hiperbola nak ambil tahu pasal orang lain. Well, aku pun suka bergossip ambil tahu hal orang lain. Tapi bila dah kena tegur bila dah kena batang hidung sendiri, baru aku tahu bengangnya bila orang lain tak pasal pasal nak ambil tahu hal kita. Kalau fikir positif, mungkin mereka prihatin. Itu prihatin? Pada aku, tak. Itu menyibuk. Sekian. Wassalam.


HafiSamsuri Cemerlang