January 13, 2013

Be Positive, Please?

Assalamualaikum

Al-Fatihah buat adik Saiful Edland Ghazi yang telah kembali ke rahmatullah. Anak kecil yang baru berusia lima tahun. Belum arif tentang kehidupan ini. Baru sehari melangkah kaki ke tadika. Baru sehari menyarung beg Ben10 ke tadika telah pergi menghadap Ilahi buat selama lamanya. Bersabarlah wahai si ibu ayah, Ed menunggu kalian di syurga kelak. Insya Allah.Tadi tergerak nak google pasal arwah adik Edland ni. Sebak kejap. Arwah baru sehari masuk tadika. Then demam dua hari and masuk hospital. Menurut sumber terdapat jangkitan virus kat otak awrah Edland. [sumber] Semoga Allah kurniakan ketabahan buat ibu dan ayah arwah Edland.

Teringat kat mak bapak aku kat rumah. Hmm nak nangis nak nangis. Aku rasa aku paling banyak buat onar berbanding adik beradik yang lain. Bukan onar apa. Anak bertuah la katanya. Bertuah sangat. Paling banyak perabih nasi, aku la tu. Tapi still tak membesar. Paling banyak kena bebel, aku la tu. Paling banyak kena motovasi pagi, aku la tu. Paling banyak kena betulkan, aku la tu. Tapi ada satu anasir negatif yang selalu sangat merasuk dalam minda aku. Aku boleh bilang itu semua medium untuk menjatuhkan semangat aku. Penat mak aku tegakkan aku, datang lagi anasir negatif tu. Aku tak tahu kenapa orang ini sangat tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Blerghhh! 

Antara mantera utama yang selalu digunakan untuk buat aku down: TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ TAK APA MASIH KECIL~ Jangan sesiapa berani cakap aku masih kecik dengan nada yang amat annoying. Elak aku tembak jarak jauh guna pistol air je. Segala kata kata negetif akan aku lontar semula ke arah pembicara. Tak kira apa tajuk sekalipun. Ingat best bila diri direndahkan? Kita tak selalu berada di atas. Ingat tu. Cuba bersyukur dengan apa yang Allah beri. Tak usah riak. Bantu orang lain untuk capai cita cita. Kita permudahkan kerja orang, insya Allah kerja kita Allah akan mudahkan juga. Be positive, pleaseeee? Sekian. Wassalam

I'm a small girl with big heart. Note that!
HafiSamsuri Cemerlang

No comments: