January 13, 2013

Privacy

Assalamualaikum

Macam gatal tangan nak menaip. Selamat pagi Ahad. Pagi yang selamat sejahtera aman dan bahagia. Yang tak sejahtera cuma segelintir mereka yang terlalu menjaga tepi kain orang. Terlalu menjaga hal orang lain melebihi batas batas privasi sesetengah hak individu. Cuba letak diri sendiri kat tempat individu tersebut, bengang tak bengang bila privasi dicabuli? Sejujurnya, kalau ada individu yang concern melampau macam ni kat aku memang aku bagi tenungan badi. 

Here we go. For example, this particular person is having his/her result for any test or exam so on and so forth. Let say dia taknak bagitau apa result yang dia dapat, there must be some reasons kenapa dia taknak bagitau. Ada kemungkinan dia masih tak bersedia nak bagitau. Mungkin dia masih perlukan sedikit ruang dan masa untuk tenangkan diri dengan  result yang dia sendiri tak jangka. Mungkin terlalu baik sehingga menimbulkan riak atau mungkin juga terlalu buruk buat diri dia. Apa yang kita sebagai komuniti terhampir boleh buat? Tolong tutup mulut dan senyap. Mudah.

Selagi tuan punya badan tak keluarkan sebarang kata putus, kita tak payah nak memandai mandai pergi cari sendiri apa result dia. Siapa kita? Mak dia? Ayah dia? Kawan? Maaf ye akak abang adik adik semua. Kawan tak akan suka suka hati mencabul privasi kawan sendiri. Sila tahu batas batas. Allah dah bagi akal kan? Kalau nak bertindak, ikut akal. Bukan ikut nafsu syaitoooooon sekeliling tu. Yang paling menyampah bila dah tahu certain perkara tu, pergi sebarkan pulak. Phewww! Macam nak kena tarah kat tar je mulut tu. Jangan fikir apa yang kita buat, semua orang suka. Tak. Lebih lebih lagi yang melibatkan privasi ni.

So, moral of the story. Tanya tuan punya badan terlebih dahulu. Tanya tuan punya badan terlebih dahulu. Sekali lagi. Tanya tuan punya badan terlebih dahulu. Tak payah la kita terlalu melebih lebih hiperbola nak ambil tahu pasal orang lain. Well, aku pun suka bergossip ambil tahu hal orang lain. Tapi bila dah kena tegur bila dah kena batang hidung sendiri, baru aku tahu bengangnya bila orang lain tak pasal pasal nak ambil tahu hal kita. Kalau fikir positif, mungkin mereka prihatin. Itu prihatin? Pada aku, tak. Itu menyibuk. Sekian. Wassalam.


HafiSamsuri Cemerlang

No comments: