February 6, 2013

Aku Telah Jadi Lupa Siapa Diriku Ini Kau Pula Dihanyutkan Oleh Arus Percintaan


Assalamualaikum

Wordless Wednesday should remain wordless. Who cares.
Terlalu banyak benda yang difikirkan sehingga tak dapat bezakan yang mana penting yang mana tidak.
Mungkin semuanya penting? Entah.
Hanya memikirkan hal sendiri dan orang orang penting dalam hidup saat ini. Pedulikan hal orang lain. Tetapi masih memerhati keadaan sekeliling. Hanya memerhati. Tak perlu melabel. Tak perlu menilai.
Perlu ke menilai orang lain? Suka kalau orang lain menilai kita?

Jangan anggap yang hitam itu hina. Mungkin yang hina itu bernilai.
Jangan anggap yang hodoh itu buruk. Mungkin yang buruk itu berhati mulia.
Jangan anggap yang gagal itu bodoh. Mungkin yang bodoh itu baik budi.
Jangan anggap yang pendiam tu sombong. Mungkin yang sombong tu pemalu.
Jangan anggap yang karok jamban tu suara tak sedap. Mungkin yang suara tak sedap tu muadzin surau.
Jangan anggap yang speaking berhabuk tu tunjuk lagak. Mungkin yang tunjuk lagak tu nak improve English biar dapat band 6.
Jangan anggap yang lu gwa lu gwa tu rewmpitzz. Mungkin yang rewmpitzz tu dalam hati ada taman.
Jangan anggap yang dok bercerita pasal boyfriend girlfiend tu batak. Mungkin yang batak tu kau. Ehhh~

Sila sedar kita hidup kat dunia ini bukan seorang. Kita berkongsi dunia ni dengan semua makhluk Allah.
Walaupun kita tak suka kat someone or something or whatever la, tak perlu hina macam orang tu or benda tu sehina hina kejadian.
Kalau pun tak suka someone tu, tak perlu comment pasal hidung dia kembang ke, gigi dia senget ke, kulit dia hangus ke, tangan dia panjang sebelah ke, bibir dia juih ke, itu ke ini ke.
Comment ciptaan Allah? Please. Stop labeling other people. Be thankful.

Tak perlu jugde sesorang tu kalau tak pernah jumpa face to face. Setakat tengok kat social network?
Blerghhhh~ Tak payah cakap kalau macamtu. Aku pun boleh kalau cengitu.
Habis kalau aku letak gambar bercium dengan si Pipa nanti aku kena cop lesbo la?
Kelas giteww kau melabel orang tak pasal pasal.
Somehow I wonder how people jugde me in social network. Yela kan dengan bahasa sarcasm. Dengan kata kata yang kadang kadang kurang sopan ye kurang bukan tak sopan and kadang kadang je oke kadang kadang. Siapa aku nak tutup mulut orang.
Ada orang cakap aku baik? Terima kasih HA HA HA HA!
So, apa kata kalian? Hehe. Kbye. Sekian.

Tatap dan kenal pasti muka mereka satu persatu
They know me, very well. Kot la. Kot.
Hafisamsuri
06/02/2013-1910PM

No comments: