February 3, 2013

Kotak Minda 19 Tahun

Assalamualaikum

Oversleep. Tidur dari pukul 8 sampai pukul 11 lepastu makan lepastu tidur balik pukul 12 terjaga pukul 4 ada nais ada tak nais jugak. Penat sangat lettuw sampai tidur berjam jam lamanya. And taktahu nak tulis apa. Tangan rasa gatal nak tulis something. Taktahu la apa yang bermain dalam otak ni. Kotak minda dan akal seorang remaja perempuan 19 tahun. Entah.  Entah. Entah.

Menulis berdasarkan pemerhatian. Masih minat memerhati dan berfikir sebab dan akibat. Pemikiran belum sematang tahun tahun mendatang tapi tidak seselebet beberapa tahun lepas. Muka molek cantik handsome tapi general knowledge pun taktahu, agak susah la. And one more thing. Kalau nak sangat tahu pasal satu satu benda, kenapa tak google je dulu. I mean, jangan terus tanya like you never know that item or person or whatever, is really exist. Dan lebih parah lagi kalau benda tu sangat la common general knowledge. Ini ke bakal bakal doktor negara? Ini ke bakal bakal pemegang saham terbesar? Ini ke bakal bakal engineer negara? Ini ke bakal bakal pemimpin sesebuah syarikat? Ini ke bakal pendidik bangsa? Nak hot boleh, make sure your brain is up-to-date too. So please kawan kawan semua, lets read more. Tak membazir pun kalau berhabis duit beli buku. Banyak ilmu dapat. Orang berilmu ramai orang segan. Allah pun sayang. Tak nak macamtu? 

Dan diri ini dah hampir menjejaki 19 tahun kot. Rasanya tak perlu berjiwang berlebihan sangat nak tulis pasal kisah kehidupan bercinta bagi tatapan umum. Tak perlu buka pekung di dada. Tak perlu nak raih simpati. Tak perlu perincikan satu satu tentang kisah cinta kami. Some people might find it sweet alololoo onomnomnom but, for other people? Perasan abadi boleh pergi mati. Mungkin hanya sedikit sahaja akan dirungkai. Cukuplah dua  insan yang menjalani hidup bercinta tu lah gamaknya yang merasa. Tak perlu melepaskan amarah cemburu buta. Oh dan kalau yang bercinta sakan tu, jangan sampai lupa family yang dari kecik jaga tu. Sibuk bercinta tapi abaikan family. There is no point dear. Ketepikan family demi pasangan? Belum jadi suami isteri tu. Kalau dah jadi entah macam mana. Pengaruh cerekarama.

Tak semua perkara kita boleh kongsi kat laman sesawang. Fikir dulu. Fikir. Lepastu kalau kena bash, nak salahkan orang lain? Fikir balik. Kalau tak buat salah, orang tak bash kita. Dan tak perlu ego nak minta maaf. Dan tak perlu terlalu berfikir diri sangat bagus dan orang lain hanya layak di bawah telapak kaki itu. Satu hari bila kau ada kat bawah, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Pandang orang atas atas yang berjaya. Kita akan berasa kerdil diri sebab ilmu belum cukup di dada. Sekian.

Special thanks to Dr Fatin Fazira. ILY.
Hafisamsuri Cemerlang,
03/02/2013-0520AM

No comments: