February 19, 2013

Tanya Sama Hati Apa Asal Sayang, Adakah Tandanya Nampak Dipandang~


Assalamualaikum

Post ini bukan post jiwang. Post ini bukan post yang boleh buat orang lain kencing manis
Sumpah bukan. Nak jejiwang, pergi beli diari sendiri sana.
Post ini hanya post peringatan bersama agar kita dapat respect orang lain.
Tak susah pun nak respect orang lain. Kita pun mesti nak orang lain respect kita, yedakkk?
Jangan buat apa yang kita tak suka bila orang buat kat kita.

Let say, ada sepasang couple yang baru clash. Of course tengah frust, kan?
Dulu time manis manis semua manis belaka. Hempedu pun dia kata manis.
But then, bila dah clash? Huiii~ Kalau boleh semua kata makian keluar.
Tak. Cerita dia sekarang ni yang nak disampaikan ni, kalau dah dapat orang baru.
Tolonglah jangan nak banding bandingkan dengan yang dulu. Please.
I never experience it. And hopefully I don’t have to go thru such that thingy.
Seriously. Stay away.

Penulisan berdasarkan pemerhatian dan penghayatan menonton drama melayu.
Bila dah terkubur hubungan tu, Girls and Boys, please, you don’t have to let the entire world
know that you’re suffering from that kind of blerghhhh situation. Girls especially.
I mean, don’t show your sadness. Yes, you may cry. Tapi perlu ke 24/7 nak kena tweet
“aku rasa tak kuat” “you, please be mine again” “airmata kenapa turun laju laju” “rasa macam nak tamatkan hidup malam ni” “mati lagi bagus”.
Ni kalau kena baling dengan selipar jangan tanya kenapa.
Aku tala bazooka kat kepala baru tau.
Memang hak tweet hak blogging hak update status hak anda.
Dan hak membaca milik siapa?
Siapa suruh baca? Dah 24/7 dengan menatang tu je. Tak ke hareee namanya tu?
Tak semua macam ni. Most of my friend know how to handle this situation, right?
Walaupun memang dia berada dalam situasi sangat asdfghjkl.
But some failed to control their emotion. Meroyan tak pasal pasal.
Kalau tengah emosi, just stay away from any social networks.
And boys agak agak ada yang hati kering sikit, lepas clash korang buat apa eh?
Terus cari pengganti? Ke layan mv girl generation kejap?
Merenung masa depan? Tidur tak bangun bangun?
Teruskan hidup dengan makan? Ke terus ber-dota ber-fifa? Yes. Lelaki sejati.

Bait bait seterusnya adalah intipati sebenar yang ingin disampaikan melalui post ini.
Bila clash then dapat someone new. Stop comparing.
Tak perlu beritahu satu dunia yang partner baru awak tu lebih baik daripada yang dulu.
Kalau nak cakap yang baru tu lah yang sempurna cukup pakej tiptop from head to toe,
just cakap personally. Tak perlu berbual lebat.
Pernah terfikir tak apa perasaan ex yang meninggalkan atau ditinggalkan tu?
Mungkin dia tak cakap banyak. Mungkin malas ambil peduli.
Pernah terfikir berapa banyak masa dia luangkan untuk awak?
Pernah terfikir berapa banyak usaha dia cuba untuk berbaik?
Pernah terfikir berapa kerap dia tersasul terpanggil nama awak?
Pernah terfikir berapa banyak gigabyte memori dalam otak dia tersimpan kenangan dengan awak?
Pernah terfikir gerak geri tingkah laku dia semua dah sebati dengan awak?
Pernah terfikir cara dia berfikir masih sama dengan cara awak?
Pernah terfikir kalau awak kat tempat dia?
Come on la. Kalau masing masing dah move on, tak perlu banding bandingkan.
Awak fikir dia loser bila dibandingkan dengan partner baru awak? Get a life.
Apa kata partner baru dia? Dapat loser?
Tak kisah la perempuan ke lelaki ke, stop comparing.
Walaupun hakikatnya partner baru tu beribu kali lebih sempurna berbanding yang dulu.
Bagai langit ke tujuh dengan kerak bumi paling dalam.

Menulis berdasarkan title sang pemerhati. Huhhh! Puas!
With technology, everybody’s a critic.
And now I’m being one of them.
Observe. Think. Rewrite.
Hak saya untuk meluahkan apa yang dicerna dalam minda.
Hak anda untuk mempertahankan prinsip anda? Silakan.
Ada ruang comment di situ.
Celik intelek. Preassumption. Jugdemental. Manusia kini.
Maaf jika ada kata kata yang sedikit sebanyak mungkin menyinggung sesetengah pihak.
Jari disusun meminta ampun jika ada khilaf.
Sekian.

Senyum macam tak ikhlas tak ada kaitan dengan yang masih bernafas atau nafas tersekat.


Hafisamsuri,
19/02/2013-2229PM

No comments: