March 31, 2013

Ini Syurga Kita Tiada Yang Menguasainya Tempat Kita Bersandar dan Bertahkta

Assalamualaikum

Teringat selalu wajah engkau
Saat aku mencoret hasil cernaan minda ini
Cuba engkau hadami
Bait bait kata ini
Bait bait kata sederhana
Kuceritakan kisah tentang kita
Mungkin tidak semua
Hanya cebisan cebisan darinya

Hati terpujuk
Sendiri. Ya. Sendiri.
Kerana aku pasti engkau datang
Aku pasti engkau menjemputku
Mohon mata
Jangan menangis 
Jangan jadi lemah macam sayur layu
Jangan biar ramai mata jadi saksi
Atas kebodohan diri sendiri
Atas kesalahan diri sendiri
Biar bantal Pooh jadi saksi
Tak apa.

Hati terpuujuk lagi
Walaupun kau berada di jauh sana
Kau tepati janjimu, kan?
Kerana kau susuk yang terhebat yang masuk dalam list hidup aku
Kau mahu seluruh jagad raya tahu kisah kita?
Ya.
Aku bahagia ada kau.

Maafkan kalau aku meggarit luka
Membuat kau kecewa
Membuat kau hilang percaya
Mengundang airmata
Phraxek,
Tak mengapa kau marah
Tapi satu kupinta
Jangan kau diamkan aku

Entry jiwang petang hari.
This is so not me?
No. This is me.

Hafisamsuri
31/03/2013-1910PM

No comments: