April 28, 2013

Some Nights I Stay Up Cashing In My Bad Luck Some Nights I Call It A Draw~

Assalamualaikum

Sedikit ulasan sebagai pemerhati, dan diri sendiri sebagai buah hati.
Selagi aku setia dengan tomyam, selagi tu aku setia jadi buah hati abam taff.
Ouchhh sila kembang.
Aku perempuan.
Biasalah meleweh jiwang sikit. Macam perempuan lain tak pernah pulak.
Tak gitu tak perempuan lah. Betul tak, perempuan?

Ada certain perempuan yang pantang partner  dia lebih sikit dari dia. Senang cerita ego.
Ego tinggi melangit. Apa kata runtuhkan sikit ego tu. Tak salah pun. Mati ke?
Ini tidak, she must have better educational, better financial management, better social skills, better life, better here better there. Mati nanti, kain kapan sama sama warna putih. Jangan risau.
Kenapa takut sangat kalau partner kita lebih lebih segalanya?
Takut dia lari kat orang lain? Or takut orang lain sambar dia?
Kalau dia lebih pandai, kita rasa tergugat? Itu pembakar semangat untuk kita jadi pandai sama macam dia bahkan boleh jadi lebih daripada dia satu hari nanti.
Kalau dia lebih kaya, kita rasa kecil? Yang kaya siapa sekarang ni? Mak bapak dia ke dia yang kaya? Siapa yang bagi kita semua kekayaan tu? Lupa yang Maha Kaya?
Kita nak pangkat kita lebih tinggi daripada partner kita? Kalau seandainya kita kahwin, pangkat suami kurang dari kita, mungkinkah akan terjadi suami tu jadi makmum dalam solat jemaah kita?
Never, aite?

And ada certain perempuan yang 24/7 nak fully attention from partner dia.
Kalau tak ada midnight call setiap malam rasanya tak sah hidup sehari. Kalau boleh tu phone tu memang sentiasa nak melekat kat telinga. Tak payah lepas. Kalau lepas boleh mati.
Sentiasa nak mesej. Sentiasa nak together gether happy ever after kat sana sini. Sentiasa terlalu nak tahu partner pegi mana. Sentiasa terlalu nak pantau partner buat apa. Sentiasa pastikan partner cakap “YES” to every command. QC, enuff said?

And ada jugak certain perempuan yang tak kisah kalau tak contact sebulan dua bulan tiga bulan empat bulan berbulan bulan. Perempuan jenis macam ni kat luar nampak cool je tapi dalam hati tu merentan.
Percayalah.
Kes macam ni nak cakap memasing ego ke kurang cerdik pun tak tahu lah. Mungkin rasional lah barangkali. Kalau sorang panas, sorang rebel, dedua diam je lebih baik. Dah reda baru slow talk.
Kalau pungpangpungpang tengah hati membara pun tak guna jugak. Makin sakit hati.

Ada certain perempuan lain pantang nampak partner dia sembang sembang dengan perempuan lain.
Even dengan classmate sendiri. Kalau dia nampak memang alamatnya siaplah perempuan yang sibuk menyembang dengan sang partner tu kena sembur.
Haaaa kelas kauu main sembur sembur. Ingat nyamuk?
Conclusion dia macam, “oke partner, hidup kau cuma ada family kau, aku, kalau nak masukkan family aku pun boleh, kengkawan kau tolak tepi, and kau boleh ada 3C je, college cafĂ© class”
Ini namanya cinta obses terlampau.

Ada certain perempuan lain pulak tak kisah sangat partner dia nak kawan dengan siapa nak sembang dengan siapa nak keluar dengan siapa. As long as partner tu tahu batas batas.
Kalau yang parah sikit sampai ada orang usha nak tackle partner dia, dia boleh buat dunno je.
Ni jenis yang “Lantak kau lah perempuan kau nak usha partner aku ke apa. Kalau partner aku nak setia dia setia. Kalau nak curang, meh langkah laut china selatan dulu. Aku tahu taste partner aku macam mana. Kau bukan taste dia. Tak payah malukan diri kau lagi. Baik blah.”

Yang best sikit perempuan yang mahu dilayan seperti pwinceshhhhh. Extremely princess. Tak cukup mak bapak tanggung, si partner pun kena tanggung dia jugak. Partner lah supir partner lah bank partner lah itu partner lah ini dan sebagainya. Macam 7E lah senang cerita. Kalau pergi makan tempat mesti nak grand je. No mamak no foodstall no makan tepi jalan. Ewahh lemak.
Ni hat yang dapat partner loaded cucu datuk nenek harta tujuh keturunan tak habis. Sayang sangat punya pasal lah kot. Seriously she must be someone that is not self-sufficient.
Nak goreng telur ayam pun pakai perisai. Lulss sikit.

Tapi ada jugak perempuan yang sangat self-sufficient. Jenis yang tak bergantung harap seratus peratus kat partner. Partner tak boleh nak amik sebab ada hal? No worries. Public transport ada. Kalau 24/7 nak harap partner, memang tak hidup.
Partner ada kerja nak kena siapakan? No worries. Dia pun ada kerja dia sendiri. Habis kerja boleh spend time sesame. Makan kat memana pun boleh as long dedua kenyang burppp burppp Alhamdulillah. Flexible.
Tak matilah tak kena layan macam princess segala bagai.

Last last last. Ini rasanya semua perempuan nak. Tanya aku, aku pun nak. Perempuan nak dihormati. And perempuan nak partner dia letak dia kat satu level yang sepatutnya. Level di mana si partner tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan yang dia alami. Perempuan nak partner boleh terima baik buruk dia. Boleh tolerates. Give and take. Forgive and forget.
Partner yang tak malu nak kenalkan dia dengan family and kawan kawan. Yang akan tegur salah dia. Yang ambil berat pasal dia. Yang sebagainya dan sebagainya dan sebagai bagai bagainya.
Tak dapat nafi perempuan memang susah difahami. Even perempuan pun tak boleh nak faham apa perempuan nak. Kau nak apa sebenarnya haaa perempuan?
Sebenarnya, ada yang dia nak. Tapi dia tak reti nak luahkan. Tak reti nak terus terang apa yang diinginkan. Dia nak tanya. Tapi penuh kias kiasan. Berbakul bakul kiasan dia bagi.
It’s like, when she’s asking “free tak?” or “tak pergi memana ke?” that means “I really miss you and I want to spend time with you”.

Penulisan berjela tahap meraban apa entah. Penulisan hanyalah cetusan idea dari minda. Dari perspektif pembaca, pemerhati, pemikir dan pemilik buah hati.
Harap tidak menyinggung mana mana individu. Pihak penaja tidak bertanggungjawab atas segala keterasaan di hati. Ada yang kena batang hidung sendiri tu nasib nasib lah ye. Sekian.

Aku pun perempuan jugak. Ada masanya aku sendiri tak faham apa yang aku nak.
Hafisamsuri
28/04/2013-1212HR

April 20, 2013

Gwiyomi gwiyomi, Ingat Comel Lettuwwww?

Assalamualaikum

Izinkan aku meluahkan sedikit sebanyak perasaan
Yang dah lama membenak dalam hati
Tapi sampai bila aku nak puaskan hati orang
Walhal aku sendiri yang tak puas hati.

Tolonglah tolong
Kepada individu yang berkenaan
Silalah jadi dewasa sikit
Umur kau bukan lagi sesuai untuk ditatang
Ditatang bagai anak raja
Makan suap berak cangkung
Kau anak raja mana?
Anak Raja Kiram tu?
Jangan tanya kenapa kalau aku rejam kau.

Tolonglah tolong
Kau boleh tak senangkan kerja orang lain
Jangan bagi susah orang lain
Kau ingat semua orang ada masa untuk kau?
Kau ingat orang lain ada waktu tambahan 38 jam sehari?

Kau dah besar
Dah mumayiz senang cerita
Tolong fikir untuk diri kau sendiri
Jangan suruh orang lain fikir masa depan kau
Orang lain ada masa depan sendiri untuk dirancang.

24 jam asyik dimomokkan dengan benda negative
Susah la nak hidup berdikari
Buat la perangai “anak raja” kau tu
Memang aku pandang badi sampai bila bila
Memang menyampah
Memang.

Hafisamsuri
20/04/2014-0138AM

April 13, 2013

If You Leave Me Tonight I'll Wake Up Alone Dont Tell Me That I'll Make It On My Own~~

Assalamualaikum

Bermotif.
That Winter, The Wind Blows.
Ini cerita paling sesuai bagi sesiapa yang rasa hidup dah tak bermakna.
Nak mati sangat. Selalu mengalah dalam hidup. Cepat putus asa. Selalu berfikiran negative.
Kurang kasih sayang.
Umur belum sampai tahap menopause endropause dah fikir nak mati.
Silalah anggap masalah yang datang tu sebagai cabaran.
Cabaran yang perlu ditempuh. Yang perlu diselesaikan.
Tak complete lah hidup kalau tak ada cabaran.
Ini tidak. Sikit sikit mengeluh. Sikit sikit menyalak tak pasal pasal kat social network. Apa motif?
Kalau setakat sekali dua tu boleh la tahan lagi. Kalau setiap masa?
So jangan nak sentap kalau orang lain tegur dengan pedas or gelar kau attention seeker.

Kita ada agama. Kita ada Allah. Mungkin kita rasa dengan cuba bagitau satu dunia, satu dunia boleh tolong selesaikan masalah kita?
Nehi babuji nehi mamaji. Kita siapa nak orang lain tolong fikirkan masalah kita?
Mungkin kita rasa “I need to talk to somebody but I don’t know who”.
Why not we talk to Allah? Ask Him to help us to solve the problems.
Sedikit sebanyak pasti akan kurang rasa terbeban tu.

Ingat. La yukallifullahu nafsan ‘illa us’ahaa. Percayalah.
Allah tak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak dapat kita tanggungi.
Mungkin ada yang lebih selesa simpan masalah sendiri dari share dengan orang lain.
Terpulang. Orang nak kata tak elok simpan sorang sorang, nanti lebih parah.
Siapa kata simpan sorang sorang? Allah ada.
Magma dalam kerak bumi tu pun kalau selalu kena tekanan gas tinggi, at last meletus jugak gunung berapi tu. Tapi kejap je. Then oke semula lah.
Lebih baik simpan sorang sorang daripada menyuarakan dekat orang lain dan tak dilayan.
At least, tak menyusahkan orang lain nak tolong fikirkan masalah yang sepatutna kita selesaikan sendiri.
Tu pun kalau ada yang sudi memikirkan. Kalau luahkan salah tempat, kena orang yang “kau dengan masalah kau boleh pegi jalan masuk kubur”, then kita? Terkapai kapai?

Jadi manusia tu kuat sikit. Tunjuk yang diri tu kuat walaupun hakikatnya rapuh kat dalam. Jangan biar orang pijak kepala.
Bukan semua orang boleh layan kerenah kita. Time time macam ni, mana partner yang selalu dibangga bangga kan? Kenapa tak cerita je kat dia?
Kenapa mesti cerita kat satu dunia? See? Ada function?
Kalau terlalu private untuk cerita dengan orang lain, why not pergi beli satu diary then tulislah segala macam kat situ. Sumpah private gila! Tak ada orang nak baca.
Kalau taknak pun, tulis kat DM or PM, send kat diri sendiri. Senang.
Mohon lah diri tu jadi kuat. Sentiasa positif. Sila tolong diri sendiri untuk maju ke depan.

Sekian.
Hafisamsuri
12/04/2013-1543PM

April 12, 2013

I'm Staring At the Glass In Front Of Me Is It Half Emptyyyyy~


Assalamualaikum

Dah reda pasal kes pukul budak tu? Dah cukup kot. Tak perlu panjangkan.
Apa yang dia buat memang lah salah tapi kita tak perlu bagi kata kata negative kat dia.
Kita yang buat dia makin mengganas. Dia dah tentu tentu ganas.
Makin negative kata kata, makin banyak dia absorb benda negative.
Then, nak salahkan dia lagi kalau dia ulang semula kesilapan dia?
Salah siapa? Ulang baca baris ketiga.

Nak salahkan mak bapak dia sebab tak ajar adab sopan?
Umum lah. Mana ada mak bapak nak anak diorang jadi jahanam. Seburuk buruk perangai mak bapak, still nak anak diorang berjaya.
So, kita yang pegang status sebagai anak tu silalah sedar diri sikit. Misal kata tak suka sangat dengan perangai orang tua, apa kata kita jadi anak yang baik.
Buat baik dengan mak bapak. Ikut kata. Jaga adab. Apa yang kita buat kat mak bapak kita, anak kita mungkin akan buat balik kat kita.
Pilihan kat tangan kita. Nak yang baik atau sebaliknya.
Kalau dah tak suka dengan perangai diorang lepastu pegi rebel sana sini, the next generation nak jadi apa? Jadi macam generasi kita, atau generasi generasi yang dulunya pernah kita menyampahkan?
Lepas tu the cycle continues until the next next generation. Bila nak habis?

Zaman dah moden kot. Tak ada masalah rasanya kalau nak berdiri sama gah dengan Mark Zuckerberg.
Tapi macam zaman makin maju manusia makin sempit otak.
Tak boleh nafi lah budak sekarang penampilan lebih matang dari usia.
Tapi akal macam orang jumud yang masih duduk dalam tempurung yang masih bersabut dan dihempap dengan kotak besi gerigi berselubung kain hitam.
Jangan nak tunggu orang lain jadi baik. Apa kata kita jadi baik dulu.
Kita. Tak payah tuding jadi kat orang lain dulu. Pergi depan cermin.

Sekian.
Hafisamsuri
12/04/2013-1428PM

April 7, 2013

I Know You Hate Me But I Miss You Too I Know It's Kinda Late But Happy Birthdayyyyyy~

Assalamualaikum

Tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Aku tak tahu nak tulis apa
Blank me is totally blank
Mana otak yang kata banyak sangat idea tu?
Mana mana manaaaaaaaa?
Berlalu pergi dibawa arus modenisasi pacsamerdeka
Haa jangan nak gila main politik kat sini.

Cerita dia sekarang ni harini 7 April. Saja je memang saja nak bagitau harini 7 April
Mana lah tahu sesiapa yang lupa. Mandi pagi pun boleh lupa apakan lagi tarikh hari.
Tak ada kaitan. Aku tahu. Peduli apa. Kesah.
Izinkan aku berjiwang kejap. Mohon laluan.

Hai Amiru Muhamad! Happy 19th birthday wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Pap!
I'm sorry that I'm not the first one who wished you
Bad me is really bad. Yes. I know. You can punish me. If you want. I'm okay. I already grew up.
Send my regards to your parents. 
Pakcik Muhamad dan isteri,
Terima kasih sebab hadirkan budak lelaki ini. Budak lelaki yang dahulunya saya langsung tak kenal.
Yang dahulunya saya pandang dari jauh. Acah acah sinetron indon gitu.
Yang dahulunya pernah jatuh basikal kepala berdarah. Ini acah acah The Matrix namanya.
Yang dahulunya entah saya tak tahu apa. Saya masih mengkaji sejarah silam dia.

Yang pasti,
Sekarang budak lelaki itu dah besar.
Dia dah tidak saya pandang dari jauh. Pandang dekat skrin phone boleh tembus.
Dia dah tak jatuh basikal. Jatuh di hati saya barangkali wihuuuuuuuu~

Mohon lelaki ini jangan nak tinggi lagi.
Mohon lelaki ini terus menerus jadi handsome.
Mohon lelaki ini sihat sihat selalu dan sila makan ubat bila kurang sihat.
Mohon lelaki ini tidak garang garang sangat.
Mohon lelaki ini diberi ketabahan dalam apa jua yang dia buat.
Mohon lelaki ini belajar rajin rajin walaupun hakikatnya dia memang rajin.
Mohon lelaki ini jadi lebih matang seiring usia yang kian berganjak.
Mohon lelaki ini tetap setia tidak terpengaruh dengan Dunhill dan Malboro dan seangkatan dengannya.
Mohon lelaki ini jadi pelajar yang berjaya dan kita sama sama berjaya.
Mohon lelaki ini jaga diri sendiri sebab dah besar, kan?
Mohon lelaki ini masih mahu dengar saya bebel.
Mohon lelaki ini masih mahu bebel kat saya.
Mohon lelaki ini masih ingat siapa saya.
Mohon lelaki ini sentiasa ada dengan saya.
Mohon lelaki ini dapat tolong saya bersihkan habuk dalam mata hmm

Maaf. Saya tak ada hadiah instant nak post hantar terus ke Tronoh untuk lelaki ini.
Andai kata saya menang loteri hadiah tiket flight express dari aiport Senai ke airport Sultan Azlan Shah,
saya post diri sendiri. Saya nak jadi hadiah untuk lelaki ini. Hamboii gitu sweetnya saya.
Level glukosa dalam darah naik mendadak barangkali.


Ini saja yang dapat saya hadiahkan buat masa sekarang. Entah bila hendak bertemu.
Itu pun jika lelaki ini mahu bertemu saya. Jika tidak, nak buat macam mana?
Malu nanti jika dikata hidung tak mancung pipi tersorong sorong
Buat lelaki ini, silalah berada di sisi saya untuk ulang tahun yang akan ke 20.
Dan ke-21 ke-22 ke-23 ke-24 ke-25 dan seterusnya dan seterusnya.
Sehingga? Sehingga infinity katanya.
Mana tahu saya mungkin boleh bagi hadiah surprise diulangtahun ulangtahun akan datang
Mungkin juga akan ada surprise "Miru Jr" di ulangtahun ke 26.
Hahahahahahhahahahahahahah! Oke dah hentikan lamunan.

Maaf penulisan effect empat hari tak tidur agak merepek.
Maaf jika saya ada buat perkara perkara yang memalukan diri anda.
Maaf jika saya terkasar bahasa.
Maaf jika saya terkurang ajar terbiadap.
Maaf jika saya sering buat andaian tak kena cara.
Maaf jika ada waktu anda terbuang sia sia demi saya.

Happy birthday. I love you. Always :')

Because picture of two is too mainstream.
Nevermind. This is picture of two also. Am I right or am I right?

Hafisamsuri
07/04/2013-0550AM