April 13, 2013

If You Leave Me Tonight I'll Wake Up Alone Dont Tell Me That I'll Make It On My Own~~

Assalamualaikum

Bermotif.
That Winter, The Wind Blows.
Ini cerita paling sesuai bagi sesiapa yang rasa hidup dah tak bermakna.
Nak mati sangat. Selalu mengalah dalam hidup. Cepat putus asa. Selalu berfikiran negative.
Kurang kasih sayang.
Umur belum sampai tahap menopause endropause dah fikir nak mati.
Silalah anggap masalah yang datang tu sebagai cabaran.
Cabaran yang perlu ditempuh. Yang perlu diselesaikan.
Tak complete lah hidup kalau tak ada cabaran.
Ini tidak. Sikit sikit mengeluh. Sikit sikit menyalak tak pasal pasal kat social network. Apa motif?
Kalau setakat sekali dua tu boleh la tahan lagi. Kalau setiap masa?
So jangan nak sentap kalau orang lain tegur dengan pedas or gelar kau attention seeker.

Kita ada agama. Kita ada Allah. Mungkin kita rasa dengan cuba bagitau satu dunia, satu dunia boleh tolong selesaikan masalah kita?
Nehi babuji nehi mamaji. Kita siapa nak orang lain tolong fikirkan masalah kita?
Mungkin kita rasa “I need to talk to somebody but I don’t know who”.
Why not we talk to Allah? Ask Him to help us to solve the problems.
Sedikit sebanyak pasti akan kurang rasa terbeban tu.

Ingat. La yukallifullahu nafsan ‘illa us’ahaa. Percayalah.
Allah tak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak dapat kita tanggungi.
Mungkin ada yang lebih selesa simpan masalah sendiri dari share dengan orang lain.
Terpulang. Orang nak kata tak elok simpan sorang sorang, nanti lebih parah.
Siapa kata simpan sorang sorang? Allah ada.
Magma dalam kerak bumi tu pun kalau selalu kena tekanan gas tinggi, at last meletus jugak gunung berapi tu. Tapi kejap je. Then oke semula lah.
Lebih baik simpan sorang sorang daripada menyuarakan dekat orang lain dan tak dilayan.
At least, tak menyusahkan orang lain nak tolong fikirkan masalah yang sepatutna kita selesaikan sendiri.
Tu pun kalau ada yang sudi memikirkan. Kalau luahkan salah tempat, kena orang yang “kau dengan masalah kau boleh pegi jalan masuk kubur”, then kita? Terkapai kapai?

Jadi manusia tu kuat sikit. Tunjuk yang diri tu kuat walaupun hakikatnya rapuh kat dalam. Jangan biar orang pijak kepala.
Bukan semua orang boleh layan kerenah kita. Time time macam ni, mana partner yang selalu dibangga bangga kan? Kenapa tak cerita je kat dia?
Kenapa mesti cerita kat satu dunia? See? Ada function?
Kalau terlalu private untuk cerita dengan orang lain, why not pergi beli satu diary then tulislah segala macam kat situ. Sumpah private gila! Tak ada orang nak baca.
Kalau taknak pun, tulis kat DM or PM, send kat diri sendiri. Senang.
Mohon lah diri tu jadi kuat. Sentiasa positif. Sila tolong diri sendiri untuk maju ke depan.

Sekian.
Hafisamsuri
12/04/2013-1543PM

No comments: