April 12, 2013

I'm Staring At the Glass In Front Of Me Is It Half Emptyyyyy~


Assalamualaikum

Dah reda pasal kes pukul budak tu? Dah cukup kot. Tak perlu panjangkan.
Apa yang dia buat memang lah salah tapi kita tak perlu bagi kata kata negative kat dia.
Kita yang buat dia makin mengganas. Dia dah tentu tentu ganas.
Makin negative kata kata, makin banyak dia absorb benda negative.
Then, nak salahkan dia lagi kalau dia ulang semula kesilapan dia?
Salah siapa? Ulang baca baris ketiga.

Nak salahkan mak bapak dia sebab tak ajar adab sopan?
Umum lah. Mana ada mak bapak nak anak diorang jadi jahanam. Seburuk buruk perangai mak bapak, still nak anak diorang berjaya.
So, kita yang pegang status sebagai anak tu silalah sedar diri sikit. Misal kata tak suka sangat dengan perangai orang tua, apa kata kita jadi anak yang baik.
Buat baik dengan mak bapak. Ikut kata. Jaga adab. Apa yang kita buat kat mak bapak kita, anak kita mungkin akan buat balik kat kita.
Pilihan kat tangan kita. Nak yang baik atau sebaliknya.
Kalau dah tak suka dengan perangai diorang lepastu pegi rebel sana sini, the next generation nak jadi apa? Jadi macam generasi kita, atau generasi generasi yang dulunya pernah kita menyampahkan?
Lepas tu the cycle continues until the next next generation. Bila nak habis?

Zaman dah moden kot. Tak ada masalah rasanya kalau nak berdiri sama gah dengan Mark Zuckerberg.
Tapi macam zaman makin maju manusia makin sempit otak.
Tak boleh nafi lah budak sekarang penampilan lebih matang dari usia.
Tapi akal macam orang jumud yang masih duduk dalam tempurung yang masih bersabut dan dihempap dengan kotak besi gerigi berselubung kain hitam.
Jangan nak tunggu orang lain jadi baik. Apa kata kita jadi baik dulu.
Kita. Tak payah tuding jadi kat orang lain dulu. Pergi depan cermin.

Sekian.
Hafisamsuri
12/04/2013-1428PM

No comments: