April 28, 2013

Some Nights I Stay Up Cashing In My Bad Luck Some Nights I Call It A Draw~

Assalamualaikum

Sedikit ulasan sebagai pemerhati, dan diri sendiri sebagai buah hati.
Selagi aku setia dengan tomyam, selagi tu aku setia jadi buah hati abam taff.
Ouchhh sila kembang.
Aku perempuan.
Biasalah meleweh jiwang sikit. Macam perempuan lain tak pernah pulak.
Tak gitu tak perempuan lah. Betul tak, perempuan?

Ada certain perempuan yang pantang partner  dia lebih sikit dari dia. Senang cerita ego.
Ego tinggi melangit. Apa kata runtuhkan sikit ego tu. Tak salah pun. Mati ke?
Ini tidak, she must have better educational, better financial management, better social skills, better life, better here better there. Mati nanti, kain kapan sama sama warna putih. Jangan risau.
Kenapa takut sangat kalau partner kita lebih lebih segalanya?
Takut dia lari kat orang lain? Or takut orang lain sambar dia?
Kalau dia lebih pandai, kita rasa tergugat? Itu pembakar semangat untuk kita jadi pandai sama macam dia bahkan boleh jadi lebih daripada dia satu hari nanti.
Kalau dia lebih kaya, kita rasa kecil? Yang kaya siapa sekarang ni? Mak bapak dia ke dia yang kaya? Siapa yang bagi kita semua kekayaan tu? Lupa yang Maha Kaya?
Kita nak pangkat kita lebih tinggi daripada partner kita? Kalau seandainya kita kahwin, pangkat suami kurang dari kita, mungkinkah akan terjadi suami tu jadi makmum dalam solat jemaah kita?
Never, aite?

And ada certain perempuan yang 24/7 nak fully attention from partner dia.
Kalau tak ada midnight call setiap malam rasanya tak sah hidup sehari. Kalau boleh tu phone tu memang sentiasa nak melekat kat telinga. Tak payah lepas. Kalau lepas boleh mati.
Sentiasa nak mesej. Sentiasa nak together gether happy ever after kat sana sini. Sentiasa terlalu nak tahu partner pegi mana. Sentiasa terlalu nak pantau partner buat apa. Sentiasa pastikan partner cakap “YES” to every command. QC, enuff said?

And ada jugak certain perempuan yang tak kisah kalau tak contact sebulan dua bulan tiga bulan empat bulan berbulan bulan. Perempuan jenis macam ni kat luar nampak cool je tapi dalam hati tu merentan.
Percayalah.
Kes macam ni nak cakap memasing ego ke kurang cerdik pun tak tahu lah. Mungkin rasional lah barangkali. Kalau sorang panas, sorang rebel, dedua diam je lebih baik. Dah reda baru slow talk.
Kalau pungpangpungpang tengah hati membara pun tak guna jugak. Makin sakit hati.

Ada certain perempuan lain pantang nampak partner dia sembang sembang dengan perempuan lain.
Even dengan classmate sendiri. Kalau dia nampak memang alamatnya siaplah perempuan yang sibuk menyembang dengan sang partner tu kena sembur.
Haaaa kelas kauu main sembur sembur. Ingat nyamuk?
Conclusion dia macam, “oke partner, hidup kau cuma ada family kau, aku, kalau nak masukkan family aku pun boleh, kengkawan kau tolak tepi, and kau boleh ada 3C je, college cafĂ© class”
Ini namanya cinta obses terlampau.

Ada certain perempuan lain pulak tak kisah sangat partner dia nak kawan dengan siapa nak sembang dengan siapa nak keluar dengan siapa. As long as partner tu tahu batas batas.
Kalau yang parah sikit sampai ada orang usha nak tackle partner dia, dia boleh buat dunno je.
Ni jenis yang “Lantak kau lah perempuan kau nak usha partner aku ke apa. Kalau partner aku nak setia dia setia. Kalau nak curang, meh langkah laut china selatan dulu. Aku tahu taste partner aku macam mana. Kau bukan taste dia. Tak payah malukan diri kau lagi. Baik blah.”

Yang best sikit perempuan yang mahu dilayan seperti pwinceshhhhh. Extremely princess. Tak cukup mak bapak tanggung, si partner pun kena tanggung dia jugak. Partner lah supir partner lah bank partner lah itu partner lah ini dan sebagainya. Macam 7E lah senang cerita. Kalau pergi makan tempat mesti nak grand je. No mamak no foodstall no makan tepi jalan. Ewahh lemak.
Ni hat yang dapat partner loaded cucu datuk nenek harta tujuh keturunan tak habis. Sayang sangat punya pasal lah kot. Seriously she must be someone that is not self-sufficient.
Nak goreng telur ayam pun pakai perisai. Lulss sikit.

Tapi ada jugak perempuan yang sangat self-sufficient. Jenis yang tak bergantung harap seratus peratus kat partner. Partner tak boleh nak amik sebab ada hal? No worries. Public transport ada. Kalau 24/7 nak harap partner, memang tak hidup.
Partner ada kerja nak kena siapakan? No worries. Dia pun ada kerja dia sendiri. Habis kerja boleh spend time sesame. Makan kat memana pun boleh as long dedua kenyang burppp burppp Alhamdulillah. Flexible.
Tak matilah tak kena layan macam princess segala bagai.

Last last last. Ini rasanya semua perempuan nak. Tanya aku, aku pun nak. Perempuan nak dihormati. And perempuan nak partner dia letak dia kat satu level yang sepatutnya. Level di mana si partner tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan yang dia alami. Perempuan nak partner boleh terima baik buruk dia. Boleh tolerates. Give and take. Forgive and forget.
Partner yang tak malu nak kenalkan dia dengan family and kawan kawan. Yang akan tegur salah dia. Yang ambil berat pasal dia. Yang sebagainya dan sebagainya dan sebagai bagai bagainya.
Tak dapat nafi perempuan memang susah difahami. Even perempuan pun tak boleh nak faham apa perempuan nak. Kau nak apa sebenarnya haaa perempuan?
Sebenarnya, ada yang dia nak. Tapi dia tak reti nak luahkan. Tak reti nak terus terang apa yang diinginkan. Dia nak tanya. Tapi penuh kias kiasan. Berbakul bakul kiasan dia bagi.
It’s like, when she’s asking “free tak?” or “tak pergi memana ke?” that means “I really miss you and I want to spend time with you”.

Penulisan berjela tahap meraban apa entah. Penulisan hanyalah cetusan idea dari minda. Dari perspektif pembaca, pemerhati, pemikir dan pemilik buah hati.
Harap tidak menyinggung mana mana individu. Pihak penaja tidak bertanggungjawab atas segala keterasaan di hati. Ada yang kena batang hidung sendiri tu nasib nasib lah ye. Sekian.

Aku pun perempuan jugak. Ada masanya aku sendiri tak faham apa yang aku nak.
Hafisamsuri
28/04/2013-1212HR

No comments: