May 27, 2013

Seandainya Ombak Laut Surut Lagi~

Assalamualaikum

I’ve been staring at the screen for almost two hours. Entah apa yang aku fikirkan.
Cari ilham barangkali. Menerjah instagram kawan kawan sekolah. Kawan kawan seuniversiti.
Yang kenal yang tak kenal yang separa kenal.
Yang dulu hingusan sekarang sudah segak sudah cantik.
Yang dulu kepunyaan sendiri kini kepunyaan orang lain.
Yang dulu menangis kini tertawa.
Yang dulu bermusuh kini berteman.
Yang dulu bermuram kini tersenyum.
Setiap gambar ada lagu sendiri. Setiap gambar ada memori tersendiri.


Apa aku cuba sampaikan ini aku sendiri tak faham.


 Hafisamsuri
27-05-13/0510hr

May 17, 2013

I Just Wanna Run Hide It Away, Run Because They're Chasing Me Down~

Assalamualaikum

16 May 2013.
Two events in one day. Dah lama rasanya tak enjoy luar biasa macam semalam.
If I could reach the cloud nine, I’ll be definitely be there and scream like a crazy woman.






Jumpa cikgu cikgu and certain friends yang lama gila tak jumpa. Jumpa cikgu homeroom dapat soalan cepumas. Bagus. Aku sengih je.



Muka ni buat aku sengih depan cikgu homeroom.
Ni makan dia kalau datang tak bagitahu awal awal. Biar orang kata muka lu tak handsome.
Memang tu motif gwa pun. Biar orang lain tak suka lu. Lu ingat muka lu handsome?
Depan gwa je lu boleh handsome. Depan orang lain, lu buat la muka siam lu, gwa buat muka jawa gwa.



Gwa tahu gwa ayu berbaju kurung. Lu suka kan gwa pakai baju kurung. Comel infinity katanya.
Atuk gwa asal Ponorogo, Jawa Timur. Apahal? Tak puas hati gwa jawa? Lu siam lu diam.

Sebenarnya aku terkilan sikit tak posing dekat rumput tu. Itu yang aku maksudkan padang yang indah.
Bukan padang rugby tempat kau bergelumang dengan bola rugby dan tanah itu. Bukan.
Aku bukan tipe wanita yang hanya mahu duduk dalam restaurant mewah makan makanan lazat.
Kerana aku yakin aku akan miliki beberapa restaurant mewah satu masa kelak. Bersama kau.
Cukup sekadar kau belikan aku satu cup ice cream dan kita lepak atas batu sembang kencang segala hal.
Nak sembang kencang ke nak gelak terbahak ke, tak ada siapa peduli. Kerana mereka juga melakukan.
Aku ada class tersendiri untuk buat bagaimana tema perjumpaan yang aku mahu. Ini yang aku mahu.
Lain hari aku nak kau rancang. Aku hanya menjadi pengikut setiap apa perancangan yang kau perincikan.
Terima kasih siam. Walaupun aku tak zahirkan, tapi aku gembira kau di sini hari ini.
Overall, terima kasih semua yang hadir untuk hari semalam.

Hafisamsuri,
17/05/2013-1846hrs

May 15, 2013

Usah Ditangis Lagi Usah Dirindu Lagi Pasti Kita Bertemu Pasti~

Assalamualaikum

Hanya sedikit coretan hasil pertemuan pada Hari Ibu ahad lalu. Bukan senang nak dapat cuti lebih dari utp. 
So pandai pandai lah manage masa nak jumpa, kan mok?


I know which level I am and which level they are. Please stay by my side and support each other, oke?
Sebab kau lah sampah aku, kau jugaklah tong sampah aku. Sekian.

Hafisamsuri
13/05/2013-1714hr