November 29, 2013

Mim Ya Sin Sin Ya Nga

Assalamualaikum,

Mengambil tahu dan perempuan berpisah tiada. Iri hati dan makan hati. Akhirnya si perempuan menderita. Itu pembodohan kepada diri perempuan sendiri yang teramat sangat.

Aku kata aku menunggu. Itu dulu. Tidak lagi kini. Rasanya mungkin aku sekarang perlu kejar kau. Sedangkan kau berjalan, bukan? You keep walking. Never mind. I'll chase after you. Sabar dulu. Aku belum kejar lagi. Masih warm up. Lepas on-your-mark-get-set-go tengoklah, aku kejar kau macam Ussain Bolt.

Kenapa aku perlu kejar kau? Walhal kau dah berjalan tanpa berpaling ke arah aku lagi, mungkin. Sebabnya, berbalik kepada perenggan pertama. Dan aku rasa something bila berbalik perenggan pertama. Macam wow woww wowwww! Aku ada hati lagi. Mim ya sin sin ya nga.

Wasalam.

November 25, 2013

Assalamualaikum,

"Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah. Aku berdiri dan merenung"

Aku rasa tak sesuai aku bagi ayat ni. Aku sedar, I have to fight for you if I want to be with you. Sebab tu tadi aku buat kerja berani mati. Dah lama sangat rasa nikmat hidup lah mungkin. Dulu nombor tu mainan hujung jari aku je. Tapi tadi pertama kali aku tekan. Untuk tahu kau wujud lagi. Atau tak?

"Memang lah jodoh tu Allah tentukan. Tapi kalau kita tak usaha, mana jodoh nak datang bergolek?" - Sha

Aku dah give up mulanya. Tapi rasa nak move on tu macam rasa aku siat kulit sendiri lepas tu tabur garam. Tahu hiperbola. Tapi itulah dia. Hakikatnya aku bertatih ke depan tapi kepala masih toleh ke belakang macam mencari benda hilang. Macam orang bodoh sangat. So aku rasa dari jalan macam orang bodoh macam tu, baik aku pusingkan badan jalan macam biasa ke tempat yang aku pernah jalan. Mana tahu ada cela cela yang aku pernah buat, boleh baiki sikit sebanyak. Sampai aku jumpa benda yang aku hilang tu.

"A woman worries about her future until she gets a husband. A man never worries about his future until he gets a wife" - Allan & Barbara Pease.

Aku tahu aku tak perlu pun risau sangat masalah hati macam ni. But what is stated by Allan & Barbara is the truth. This is not about who is your partner and what he or she is but this is about the communication between us. Have we sit together and discuss? I'm sorry if I haven't asked you to do so. Could you help me to figure out what's going on? And I'm sorry if my existance is the most nightmare for you. But could you let me be your nightingale, again?

Aku terbawa emosi terlebih rasanya perenggan bawah ni. Tapi itulah yang aku rasa. Chan rat the, inikah ejaannya?

Toddlesssss :*

November 24, 2013

Tiada Sesal

Assalamualaikum,

Selamat datang semester dua. Dengan ini diri ini sudah bergelar senior part II. Senior sangat padahal nampak gaya macam budak part I je. Roomates best! Semua budak pantai barat. Kbai. Jangan racist.

Ada yang tanya, kenapa amik course foodservice? Tak menyesal ke kena hantar belajar jauh jauh?
Satu aku cakap.
Aku tak rasa menyesal dapat course foodservice sebab aku minat. Sebab foodservice lah aku dapat jejak kaki kat bumi Terengganu. Sebab foodservice lah aku gagahkan diri berdiri 6 jam dalam kitchen. Sebab foodservice lah aku tahu apa itu erti tak tidur malam di akhir akhir sem padahal baru sem satu masetu. Dan sebab foodservice lah aku boleh buat mak bapak aku tersenyum.

Ada pula yang tanya, kenapa masuk asasi dulu? Tak menyesal ke sia-siakan satu tahun tapi tak dapat apa apa?
Satu aku cakap.
Aku tak menyesal masuk asasi puncak alam 12/13 sebab banyak memori terpalit kat palam tu. Sebab asasi palam lah aku kenal apa itu member se-wavelength. Sebab asasi palam lah aku tahu macam mana rasa forever alone nya makan sorang sorang kat cafe yang dipenuhi pasangan pasangan yang seumpama belangkas urghh jealous kot dengan semua orang masa tu kbai. Dan sebab asasi puncak alam lah aku tahu macam mana rasa pecah kepala belajar engineering yang begitu sinonim dengan formula formula yang harus dihadam otak. Dan sebab asasi puncak alam lah aku berasa kerdil dalam lecture hall yang hakikatnya dikelilingi para jejaka yang maha ramai dan kami warga wanita sepertinya mahkluk mahkluk kecil yang amat minoriti dan sangat jarang sekali memakai baju kurung mahupun dress dress yang vogue itu. Tapi budak perempuan asasi sains comel comel woiii tak tipu.

Manakala ada pula yang tanya, kenapa dulu masuk MRSM? Tak menyesal ke keluar sekolah Dato?
Satu aku cakap.
InsyaAllah aku tak menyesal. Walaupun result SPM tak segempak member member yang kat sekolah Dato, walaupun aku tak dapat tawaran SPC pergi fly sana fly sini, tapi maktab tu lah yang buat aku tahu hidup berdikari. Sebab maktab tu lah yang buat aku tahu adakala kita hidup kena hipokrit, walau sedikit. Untuk terus hidup. Supaya tak ditindas. Sebab maktab lah aku belajar, kita boleh gaduh satu homeroom, but at the end of the day, kita akan cari budak homeroom sendiri jugak dan akan gelak bila ingat semula eh bodohnya kita kenapa gaduh tadi. Dan sebab maktab lah aku belajar percaya kat orang lain as I shared my problems with them and they are good listeners dan memang sesuai jadi pakar kaunseling semuanya. Dan yang pasti, aku tak menyesal masuk MRSM sebab dari maktab lah aku tahu hati aku tak sekeras yang dijangka. Ada taman rupanya.

Lepastu aku tanya diri sendiri, kenapa aku berani sangat main hati dengan kau eh? Tak menyesal ke kalau patah hati. Kau dah la hot panas berapi digilai ramai gadis gadis. Aku ni hanya budak kampung yang duduk kat dapur siang dan malam demi mencari ilmu. Bukan seperti kau yang insyaAllah bakal diberi gelaran dua huruf di depan. Tapi aku bersyukur aku kenal kau. Sebab kau lah, aku kenal ramai orang. Ye ramai orang kenal kau, aku terpalit sama. Sebab kau lah, aku beranikan juga diri travel sorang sorang jauh jauh ke Perak untuk rasa jejak kaki kat bumi yutipee tu. Kalau aku nak berangan masuk sana, memang jauh api jadi ayam lah gamaknya. Dan sebab kau juga lah, aku sedar betapa sedapnya nasi kerabu dengan somtam. Tapi aku agak kesal sebab ada beberapa perkara lagi aku belum selesai dengan kau. Kita tak belum sempat picnic tepi padang rumput yang luas sambil dengar bunyi angin.

Tak apa lah. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah. Aku akan berdiri dan merenung.

Tapi tak ada pula yang nak tanya, kenapa aku lahir kat bumi. Tak menyesal ke hidup?
Eh kau mari sini biar aku jentik kepala kau. Biar kau sedar siapa paling hebat yang Maha Berkuasa. Itu semua perancangan Dia. Jangan kau pertikai lagi. Live your life.

Wasalam.

November 21, 2013

Habuk

Assalamualaikum,

It's weird to start typing again. And it's hard to admit that I'm still waiting.
Rasanya macam malam tadi bantal aku berhabuk.
Berhabuk teruk.
Lebih teruk dari habuk kekapas dalam bantal tu sendiri.

Memang aku cakap aku mungkin dah move on.
Ahh bodoh aku rasa masalah hati macam ni mana boleh aku move on senang senang.
Tak sesenang makan kuaci.
Mungkin ada hukuman khas untuk orang macam aku ni.
Orang macam aku yang tak reti nak hargai orang lain.
Orang macam aku yang mulut terkadang puaka dengan sarsams.
Orang macam aku yang mungkin pentingkan diri.
Orang macam aku yang tak tahu nak express apa yang sendiri rasa.

Satu aku mahu. Penjelasan.