December 25, 2013

Almond Jelly With Lychee Syrup

Assalamualaikum

Hari ni macam rajin sikit nak buat post pasal resepi. Tbh, ni first time buat post resepi. Mungkin lepas ni boleh terus buat post pasal resepi kan. Memang semua resepi dalam buku Miss Zai ni aku keluarkan. Peace Miss. So, tak payah bebel panjang. Moh ler kita buat agar agar badam or sedap sikit nama dia almond jelly.

What we need are :

10   gm  Agar agar
500 ml  Air
120 gm  Gula pasir
3   cwn  Susu cair
Daun pandan
Esen badam
Buah laici
Buah longan
Ceri / Strawberry

Then, we need to :

1.  Didihkan 500ml air dan masukkan agar agar. Tunggu sampai agar agar larut like seriously larut sangat sangat before masukkan gula. Sebab kalau agar agar tak larut betul tapi gula dah masuk, kacau lah atas api sampai kucing berjambang memang tak lah agar agar tu nak larut lagi.
2.  Biarkan mendidih, then masukkan susu cair dan esen badam. Esen badam ni letak sikit je. Anggaran setengah sudu teh sebab haritu buat terletak banyak, rasa jelly jadi macam rasa ubat antibiotik. Sigh.
3.  Dan siap larut masak agar agar tu semua, tapiskan bagi clear jelly tadi then masukkan dalam acuan. Lepatu bolehlah sejukkan dalam chiller.
4.  So, untuk sirap, didihkan 100ml air, gula sikit, then amik sikit sirap laici dengan sirap longan. Panaskan atas api berserta daun pandan. Kalau suka manis, tambah gula bebanyak.
5.  Lastly, boleh lah hidangkan almond jelly yang dah disejukkan tadi dengan sirap laici ditambah dengan buah laici longan ceri strawberry tu semua. Hiaslah cecantik kalau ada party, yedak?


Almond jelly atas ni aku dengan Nina buat and Nina hias sebab bab bab plating memang lah aku out. Nina creative. Budak seni katekooo. Sesiapa yang nak cuba almond jelly ni bolehlah try. Sedap tak sedap tu terpulang citarasa masing maisng. Kerana sedap itu subjektif  :)

Untuk Purnama Ke 24

Assalamualaikum,

Mungkin agak terlambat sikit nak diceritakan. Lima hari lewat mungkin? Enam? Entah. Aku jadi lupa tarikh hari sejak usia makin kian menginjak ke arah puluhan ni.


Maaflah gambar curi dari laman sosial. Dah kau asyik memain bagi gambar entah player Arsenal mana kau sebat entah. Yang dua dari kanan sedang berpeluk tubuh tu. Ssup bro? Kau tahu sepanjang rasminya dua puluh empat purnama ini, aku selalu sengih sorang sorang bagai kera sumbing. Itu tak campur lagi tujuh belas purnama yang sebelumnya dulu kawan mesra lah gamaknya. Tolak lagi enam purnama yang lalu. Airmata aku enam purnama tu kalau disejatkan boleh buat bekalan garam tiga sem aku masuk dapur. Kau hilang entah ke mana. Aku hampir putus asa sepanjang enam purnama tu kau tahu? Tak tahu mari sini aku kabo.

Enam purnama lalu, aku macam mati anak kucing awalnya. Bayang kau pun entah ke mana. Lagikan nak dengar suara nak berbalas whatsapp. Andai saja Tronoh - Dungun tu dekatnya ibarat huruf A dan B. Tak mungkin bukan? Hati tisu aku pun entah ke mana. Last last aku decide aku tunggu kau bagi explaination. Aku tak gila lagi nak hukum orang tanpa dengar explanation. And I'm glad that you remember what you're suppose to remember. Tapi aku jadi agak kekok lepas enam purnama tu. Sarcasm aku tak payah cerita. Sentiasa agaknya.

Dan sekarang, banyak lagi yang aku perlu tahu tentang kau. Banyak lagi yang kita masih tak cerita bersembang kencang, kan? Tak apa. It takes time to be like we used to be. Apa apa pun, terima kasih aku ucap. Selain mak bapak aku, kau lah orang yang ada bila aku jatuh. Kau cakap tak apa, rezeki lain kan ada. Lepas aku nangis nangis call mak, aku call kau. Kau siap cakap lawak amende entah. Kwahaja kan buat lawak time aku tengah sedih. Dan memang rezeki aku di sini, insyaAllah. Tapi thanks buat aku gelak dalam sedih. Tapi rasanya kau je yang buat aku gelak bila aku sedih. Aku tak pernah pulak buat kau gelak time kau sedih. Ke sebab kau sembunyikan sedih kau? Entah.

Nampaknya cita cita aku nak sejawatan dengan kau boleh aku kuburkan dalam dalam. Mungkin nanti lepas ni kau boleh bawak aku tinjau tinjau complex tu malam malam. Aku nak tengok lampu je. Serius. Aku tak kacau bila kau kerja nanti. Kalau kau bawa aku jenjalan waktu malam kat complex tu, hari hari aku masakkan makanan favourite kau. Advance kan aku fikir? So, sekarang jangan marah aku kalau aku balik Johor malam sebab aku suka tengok lampu lampu kat complex tu waktu malam. Cantik dia pehhhhh! I'll keep your words.

Aku taip ni sambil dengar marathon lagu Secondhand Serenade. Bukan sebab kau suka lagu lagu dia. Bukan sebab kau pernah nyanyikan untuk aku. Jauh pulut dari panggang. Tapi lagu lagu ni soothing gila. Buat aku ingat kat kau. Buat aku rindu kau. Buat aku angankan picnic tepi padang kita yang masih belum terjadi. Ecehhhh geli mak noksss! Kau jangan ingat aku tak punya perasaan k. Bila nak jumpa woii? Jiwa aku merentan tahu tak? Distance yucksss! But still, I believe in you. I believe in us.

"Don't you know
My heart is pumping
It's putting up the fight
And I've got this feeling
That everything is alright
Don't you see?
I'm not the only one for you
But you're the only one for me" - Stay Close, Don't Go

p/s: Maaf kalau lepas ni gurauan lagi kasar bakhiangggg!

December 14, 2013

Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum,

Yesterday, a charity event was hold by UiTMT and it was great. Kitorang pergi melawat mangsa mangsa banjir yang kebanyakkannya air dah surut tapi still rumah masih belum sempat dibersihkan. And so berjalan punya berjalan, terjumpalah satu nenek ni and ikut dia pergi rumah kawan dia. Borak borak kosong je. Dalam erti kata sekarang, lepak lepak lepaskan stress.

Aku suka jumpa orang tua tua macam ni. Banyak pengalaman banyak cerita yang boleh dijadikan pedoman hidup. Tok yang pakai tudung kelabu gelap tu kaki dia patah. I mean tulang kaki dia patah dan terkeluar. You can see the bone macam pembaris patah tu seriouly. Cerita dia, masa 5 6 tahun lepas, dia accident kena langgar dengan motor time tengah turun bas. Dah la kena langgar, orang yang langgar tu lari pulak. Kesian aku tengok tok ni. Nasib baik anak anak ingat lagi kat dia. Masa diorang duk sibuk sibuk bercerita, teringat aku kat arwah nyai, kat wak menik.

Banyak tok tok ni bagi nasihat. "Belajo molek", ye kabo. Lepastu dia ajar lah wirid wirid lepas solat. Bagi sikit petua itu ini. Lagi satu dia cakap, dia amalkan habatus sauda.  Alhamdulillah sihat lagi boleh jahit tak pakai spec. Terima kasih banyak banyak tok sudi layan kami kami ni. InsyaAllah ada umur ada rezeki, kami datang lagi ye tok.

December 2, 2013

Thank You.

Assalamualaikum,

It's been six months, dude. Six months of blaming myself. Six months of wondering what was going on. Six months of ounce of bloody tears. Six months of puzzling the things that you did. Six months of dissatisfaction. Six months of mixed feelings. And the list goes on and on. After all, I'm still into you. Ihikss!

Instead of putting all the blame on you, and left the question marks unsolve, I'd like to thank you. Thanks for being silent pusher ewahhh pusher kau kemain. Like seriously. You pushed me to do my best in my study. Yes you did. You pushed me to stay focus. Yes you did. You pushed me to stop melagha. Yes you did. You pushed me to be good. Yes you did. But you cant stop me from sheding tears when you're not around. And the most important thing is, you are the most asdfghjklzxcvbnm best rival I've ever met. It's not the things that you do but it's you. You're the one who make yourself as my benchmark. Or should I say you inspire me a lot. If you can get the scholarship, why not me, aite? Just wait for the time and I'll make my parents smile. So do you.

And me, too. Together. Shall we?