January 2, 2014

Nak Jugak Buat Entry Acah Acah New Year Leulssss

Assalamualaikum

Happy New Year 2014 lah everybody walaupun sekarang waktu menulis ni dah 2 Jan. Peduli apa.
Maka dengan habisnya tahun 2013, I'll summarize what was my 2013. Dengan segala turun naik.
Rasanya macam roller coaster je tahun 2013. Super roller coaster.

Suku pertama 2013, tempoh dimana aku perlukan kekuatan mental dan rohani untuk melaluinya.
Awal awal tahun dah rasa down habis kot The feeling was like you're at the peak of the roller coaster track
And suddenly the roler coaster zasssssssss turun bagai ribut.
Dan saat ni lah aku tahu mana kawan yang bebetul amik berat pasal aku
Dan mana kawan yang still amik tahu tapi just buat tak tahu
Dan mana kawan yang memang taknak amik tahu langsung.
So far, kawan yang taknak amik tahu tu tak ada kot sebab aku pun taknak amik tahu ada ke orang yang taknak amik tahu pasal aku. Kesah pulak?

Juga dari segala hanyir lemparan kata kata orang lain, mak bapak dan famili aku sentiasa ada
Aku tahu Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Untuk orang sekeliling aku. Tiada penyesalan.
Aku tak boleh nak marah apa orang nak cakap.Aku yakin aku tak buat salah. Buat apa aku nak bising.
Orang macam ni memang patut dipedulikan. Kalau kena batang hidung dia sendiri baru dia diam.
Sebab orang yang kata tu, satu Tuhan dengan aku. Aku percaya Dia adalah sebaik baik perancang.

Suku kedua 2013, tempoh paling heaven lah gamaknya. Parti meliar ala ala gadis melayu terakhir gitu
Berjimba tanpa ada rasa bersalah kepada otak untuk memikirkan masalah lain
Bersua muka bertentang mata. Memenuhkan perut melebarkan pipi.
Aku langsung tak fikir masalah luaran masalah dalaman yang berlaku.
Memang segalanya lantaklah nak jadi aa. Tapi dalam diam aku fikir jugak. Hidup aku kot.

Enam purnama aku tahan. Dari awal tahun. Memang dahsyat aku rasa.
Suka ketiga tahun 2013, ingat bolehlah babas dari kata kata orang. Ya memang tak lah nak bebas dari kata kata orang. Ada saja yang tak kena. Aku diamkan lagi. Malas layan.
Yang paling terkilan suku ketiga 2013 rasanya bila aku didiamkan. Ini kwahaja namanya.
Hampir enam purnama. Tapi tak apa aku rileks. Jangan risau. I know everything's alright.
Sebab yang ini aku masih boleh bagi toleransi lagi. Sebab hati masih ada ihikss!

Suku terakhir 2013, ini aku suka. Sebab aku boleh buktikan kat orang orang yang duk sibuk bercakap
Yang aku boleh buat lebih baik dari yang mereka sangka. Jangan kau perlekeh aku.
Kau pandang aku sebelah mata, aku pegang kepala kau, pandang tepat kat mata kau. Puas hati.
Baru kau diam, kan?

Haaaa rasanya dah cukup ringkas dah kot 2013 aku. Nama pun summary. Kalau nak full version, scroll lah ke bawah ke bawah ke bawah ke bawah lagi, okay?

Farewell 2013
So, 2014 is saying hello. Be nice and be a good Muslim. Semoga 2014 ini lebih bererti dan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Insya Allah. Toddlesssss :*

No comments: