February 4, 2014

Sang Pengatur

Assalamualaikum

Bring back the keyboard because I need to express this out!

Hectic weeks. Nak berry berry pun tak sempat rasanya. Biasalah. Assignment dah mula nak kena hantar. Test quizzes bagai. Tak adventure la university life kalau tak ada semua tu yedak. Menangis lah kau kat tepi sungai kalau tak study awal awal. And and and I got the chance to mandi sungai haritu. Literally mandi. Main air je pun sebenarnya.

PKA. Pusat Kecemerlangan Akademik. Tak pernah tahu pun kewujudan PKA kat UiTM Dungun ni. Sehingga lah terpilih pergi MAKA haritu which was organised by PKA. Sampai lah dapat text yang bagitau dapat pergi kem Training for Tutors (TOTU) kat Lata Belatan, Besut. And I was like haaa bila masa pulak daftar nama ni. Rezeki dari Allah. Mungkin ada something lepas ni.

Tiga langit bersuria dua malam berbintang.
Banyak yang aku belajar selama itu. Apa itu kerjasama. Apa itu sahabat. Apa itu keluarga. Ya, aku harap sangat kami boleh jadi umpama keluarga. Aku ada empat sem lagi kat sini. Mohon. Aku tak mahu hidup universiti aku kosong. Tiada apa untuk dicerita.
Biar aku cipta cebisan kenangan di bumi Dungun ini. Biar pahit biar manis. Sekurang-kurangnya masih ada memori untuk diungkit kelak. Untuk generasi lain.

Sesuatu untuk dikongsi.
Sesuatu untuk dihargai.
Sesuatu untuk dirasakan kemeriahannya .
Sesuatu untuk dirasakan syukur kepada-Nya .
Sesuatu untuk membawa erti alam kehidupan universiti.
Sesuatu untuk buktikan apa yang kita fikir adalah tidak adil bagi kita tidaklah seburuk mana yang disangka.
Kerana setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Cantik Itu Bila..

Assalamualaikum,

Sering aku ajukan soalan, "apa yang ditakrifkan dengan cantik itu?"
Ramai yang jawab, cantik tu subjektif. Sebab itu aku bertanya. Aku mahu pendapat orang lain. Bukan hendak menghukum atau menilai sesiapa. Cuma ingin berkongsi pendapat. Apa yang diartikan dengan cantik itu sendiri. Kerana semua perempuan itu cantik bagi aku.

Aku terlalu mudah menyatakan seorang wanita itu cantik. Tak pernah aku jumpa wanita hodoh dalam muka bumi ini. Kalau kurang cantik sekalipun, mesti ada bakat lain yang buat seorang perempuan itu cantik dari segi yang lainnya. Mesti.
Pokok pangkalnya, cantik dari hati. Cantik hati perempuan itu, cantiklah serba serbinya. Tak perlu pun makeup tebal berjenama. Hanya bersahaja sudah memadai. Bahkan lagi cantik.

Kadang kala hati kecik aku jahat jugak. Kurang bersyukur. Tewas dimanipulasi syaiton. Terkadang rasa diri ni bukanlah tak cantik, tapi kurang comel berbanding orang lain.
Tahniah syaiton.
Sebenarnya comel je. Kot. Tapi ada satu perasaan di mana yang aku rasa boyfriend aku kalau bawa aku keluar dengan member member dia, mesti tak mengaku aku girlfriend. Sampai tahap rasa macam aku tak patut ada disekeliling kalian yang semuanya berprofile tinggi ini. Kalian sangatlah vogue sehingga sering diekori mata mata asing di sana sini. Sampai macam tu aku fikir.
Seriously.

Tapi tak perlu rasanya untuk ada berasaan tidak bersyukur. Allah tu Maha Adil, kan? Dia lagi tahu apa yang elok apa yang tak elok untuk hamba-Nya. Mungkin ada orang cantik, tapi tak bahagia dengan hidup dia. Dan mungkin ada orang yang lebih cantik, tapi dia rasa kekurangan dan dia pun nak sesuatu yang kita ada tapi dia tidak.
Bersyukurlah ada tubuh badan sihat, otak masih boleh berfungsi setiap masa. Cukupkan sepuluh jari kaki jari tangan? Cukupkan ada mata hidung telinga? Cukupkan ada suara boleh bercakap? Cukupkan satu perut untuk letak makanan?
"Allah tak akan kurangkan sesuatu nikmat daripada hamba-Nya selagi hamba-Nya itu tetap bersyukur."

Tapi apalah sangat cantik di mata orang tapi perangai tidak seindah rupa. Ayat cliche. Aku ingat pesan mak, "Kita ni keluarga bukan cantik sangat. Jadi, perangai tu jaga bagi cantik. Belajar pandai pandai. Nanti dah besar, dah berjaya, sendiri yang senang. Orang cantik boleh dapat suami kaya senang senang. Kita yang kurang ni, kalau sendiri berjaya kan sendiri yang senang." Aku percaya cantik itu bukan pada rupa semata.
Kita nak cantik, cantikkan dulu bahasa kita.
Kita nak cantik, cantikkan dulu perbuatan kita.
Kita nak cantik, cantikkan dulu amalan kita.
Kita nak cantik, cantikkan dulu akhlak kita.
InsyaAllah.

Wasalam.