January 30, 2015

#DuitSyiling

Is binging the food. Move, imma monster.
_________________________________________

Minggu paling emotional taktahu lah kenapa hormones tak stabil lah kebarangkalian. Dicampur pula dengan perangai manusia manusia yang seperti hidup di zaman Paleolithic.

Pernah suatu ketika, kau rasa kawan kau itu betul betul adalah kawan kau? Yang sentiasa ada time susah time senang. Bergelak bersama. Dan tiba tiba, kau sedar, dia bukan lah siapa siapa melainkan seorang asing yang mempertikaikan baik buruk kau di hadapan yang lain? Perasaan itu sungguh tahi rasanya.

Tidak mengapa. Biarkanlah dia. Kerana sesungguhnya, manusia manusia begini tidak memproses emosinya dengan hati mahupun akal. Tetapi dengan lutut.
Tidak mengapa. Biarkanlah dia. Kerana sesungguhnya manusia manusia seperti ini adalah parasit dalam hidup. Hanya membawa kecelakaan kepada umat manusia.
Tidak mengapa. Biarkanlah dia. Kerana sesungguhnya manusia manusia seperti ini yang akan menjadi duri dalam daging jika kita muakan segala kehendaknya.

Tak perlu kau endahkan segala kata nistanya kerana manusia seperti ini tidak jemu mencari kesalahan orang lain malah mengadu domba. Persetankan.

No comments: