May 21, 2015

#Dhuha

Assalamualaikum,

The exam result was released last week. The day before it I went for a self treatment. Since I didn't complete my online survey, I couldn't view my result. So I decided not to do it until I got home. The result might ruin my date. Who knows, aite? And Alhamdulillah, the result is beyond expectation. I was targeting it would be that way, but never expect it could be beyond my expectation (I'm talking crap here)

Oh,

Anyway, adik adik akak akak abang abang, I would like to share some good things that we, should make as our routine. It's dhuha. You'll know the power of dhuha once you do it. Memang tak mudah nak mulakan, but believe in yourself, kalau dah mulakan, doa supaya Allah tetapkan hati kita untuk terus istiqomah dalam melakukannya, in shaa Allah. Mulakan slow slow dua rakaat dulu. Lama lama terbiasa.

Tak ada masa? Itu bukan alasan. I've watched a video from Mas Ippo. He's an Indonesian. He said, "jangan bilang kamu gak punya masa buat dhuha. Malah, jika kamu berdhuha, Allah akan tambah kelapangan masa kamu". Brain it. Tak rugi kalau luangkan masa barang sepuluh minit untuk dhuha di pagi hari (peringatan untuk diri yang selalu lalai), Allah akan lapangkan masa kita seterusnya. Pegang satu prinsip, kalau kita luangkan masa sejenak untuk ingat Allah, Allah akan ganti masa itu dan lapangkan segala urusan kita.

Dalam doa dhuha pun dah disebut,
Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
Jika di bumi, keluarkanlah,
Jika haram, sucikanlah,
Jika jauh, dekatkanlah.

Rezeki tu bukan sahaja dalam bentuk yang ringgit berkepuk kepuk boleh buat beli rumah berjuta ringgit. Rezeki boleh datang dalam bentuk anak yang soleh solehah, result yang baik, ingatan kuat dalam belajar, kesihatan yang segar, jodoh yang baik soleh solehah, kawan kawan yang selalu menolong. Itu pun rezeki jugak. Rezeki Allah tu luas. Tak perlu pertikaikan.

Kalau dapat sesuatu yang kurang memuaskan hati kita, mostly "orang kita" akan cakap, "dah takdir, nak buat macam mana".
Bukan ke takdir itu dapat diubah jika kita berusaha?
Nak result bagus, belajar.
Nak jodoh baik, mencari.
Nak anak soleh, mendidik.

Man jadda, wajada, bukan? And the rest, we leave it to Him. That's what we call, tawakal. Bukan tawakal buta buta je tanpa berusaha. And support our effort with dua'. Doa pun salah satu effort jugak. Doa tu senjata orang beriman. You'll never imagine the power of dua'. Ustaz Jawwad pernah cakap, percaya dengan keajaiban Allah. Bila kita berdoa, doa sungguh sungguh. Percaya kuasa Allah tu Maha luas.

Mari kita sama sama muhasabah diri. Mana yang elok, kita tingkatkan. Mana yang kurang, kita tinggalkan. Semoga kita samasama jadi Muslim yang berjaya. In shaa Allah.

Till then, ✌

No comments: